Nov 23, 2009

Interview dengan stesen radio unity state.

Minggu lepas aku amat bertuah sebab di panggil oleh stesen radio Unity State untuk di interview oleh stesen radio tempatan. berikut adalah skrip yang aku ingat masa dorang interview tuh.

DJ Radio:mala..malaa...malmagua...(hello apa khabar?)
aku:mala...malmadid..genetsin.(hello..kawe sihat jah..awok sihat ko?)
DJ Radio:yabaa....Genetsin?(Selamat pagi....Baik...)

aku:genetsin aii..malapoindu(baik. yaa..apa khabar?)
dj:shela madja..(saya baik..)

Perbualan selanjut nya telah aku terjemah kan dalam bahasa yang agak mudah untuk kita faham.

Dj: Encik Suhaimi telah berapa lama bekerja di kawasan Tharjath?
aku: Saya telah berada di Tharjath selama kurang lebih setahun setengah.

dj: Saya harap En. Suhaimi bergembira dan merasa selamat ketika berada di kawasan ini. Apa kah perkataan yang encik dapat gambarkan secara keseluruhan tentang kawasan ini.

aku: tempat ini bagus, tidak sesibuk Kota Bharu dan dan tidak ramai orang. Kadang-kadang hanya saya yang memandu di atas jalan raya. saya suka kedamaian dan jalan raya yang tidak sesak.

dj:saya kira encik sudah banyak melawat kawasan kampung dan bertemu dengan penduduk tempatan. apakah yang encik nak komen pasal ni?

aku: saya tidak banyak berjalan atau melawat kampung, masa saya banyak bertumpu di kawasan kerja, apa yang saya lihat keadaan kampung di sini masih lagi mengamalkan tradisi lama yang saya kira patut di kekalkan sebagai khazanah yang paling berharga. apa guna kita berbangga dengan kemajuan kalau kita tersepit di negara sendiri, membayar cukai yang mahal sebagai contohnya atau pun kenaikan kos sara hidup yang tinggi. mungkin kemudahan hospital dan bekalan air bersih perlu disediakan untuk kemudahan penduduk.

dj:saya di faham kan encik adalah seorang pegawai dari Petronas, sebuah syarikat minyak terbesar di Malaysia. Apakah peranan dan tanggujawab encik.

aku: saya cuma pekerja kecil yang di berikan tanggungjawab besar oleh syarikat yang berpusat di Malaysia. Saya dan kawan-kawan saya yang lain bertanggung jawab untuk menguruskan operasi pengeluaran minyak di sekitar Tharjath. Kami juga di berikan tanggungjawab untuk melatih pekerja baru secara percuma. kami tidak pernah di bayar untuk mengajar anak bangsa supaya di suatu masa mereka mampu bersaing dengan bangsa yang lain dalam bidang minyak dan gas.

dj: saya difaham kan encik boleh berbahasa arab dan juga bahasa tempatan dengan baik, macamana encik melakukan semua ini.

aku:saya hanya sedikit sahaja, perkataan dan perbualan harian itu sahaja, saya sebenarnya suka bahasa dan saya suka berkawan, semasa saya baru sampai di tempat ini saya hanya berbahasa Inggeris dan bahasa ibunda saya. saya tertarik dengan budaya masyarakat di sini dan mula belajar bahasa tempatan untuk mengenali lebih jauh adat resam budaya di sini. Ramai yang saya kenal dan ini memudah kan kerja saya.

dj:saya kira encik boleh berbahasa dengan baik

aku:terima kasih, kata-kata saudari memberikan lebih semangat untuk saya belajar dengan lebih lagi.

dj:encik kita rehat seketika dan saya akan putarkan lagu, saya harap encik terhibur dengan lagu tempatan kami?
aku:Owhh..saya meminati semua jenis muzik, silakan.

pintu konti di buka dan seorang perempuan masuk dengan haruman kopi dan juga kuih tempatan. aku mencampurkan gula dan menghirup kopi istimewa tetamu konti radio. sambil menggerak-gerak kan kepala menhayati lagu perjuangan yang yang dimainkan oleh dj.

dj: saya di fahamkan encik juga bertindak sebagai tenaga pengajar, apa komen encik tentang pelajar di sini.

aku: biasa jer dorang nie budak baru tapi angin tinggi bila saya tanya semua dah tau bila suruh buat kadang gabra gak laa pasal saya ada kot dorang nie malu2 kucing agak nya.

dj:ok kita beralih kepada cerita makan lak. apa yang encik nak cerita pasal makan?
aku:saya layan jer bab makan nie memang sensitive bagi setengah orang saya pon suka kalau tiap-tiap pagi ada nasik belauk macam kat kampung, tapi skrang saya suka makan roti dengan bawang dan ikan jer. kadang-kadang saya rasa macam ketagih bawang. lagi pon saya sedang berusaha untuk diet.

dj:saya tak sangka encik juga ber diet..hehehe...

dj:apa yang encik nampak perbezaan ketara antara Khartoum dan Tharjath?

aku:yang paling ketara kat sana org cakap arab jer kat kalau kat sini cakap bahasa Noir pon ada bahasa dingka pon ada, keto pon banyak kat khartoum. satu lagi kat sini pompuan selalu lambai-lambai pasal nak tumpang kereta kalau kat khartoum saya pon tak tau alasan dorang lambai-lambai kat saya.

dj:nampak nya kita sudah ke akhir masa, ada apa-apa yang encik nak katakan sebelum kita mengakhiri perbualan kita.

aku:saya harap kawasan ini akan terus menerima kemajuan walaupun tiada BN di kawasan ini. dan harapan yang paling besar saya ialah tiada lagi pertumpahan darah. saya berharap kedua-dua kerajaan mnenjaga kepentingan penduduk dan berusaha mengekalkan perdamaian.

dj: terima kasih di atas segala kata-kata encik, saya harap kita akan bertemu lagi.

dj:kita akan putarkan satu lagu arab sebagai memenuhi permintaan encik.


aku dan dj bersalam, dia mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana datang ke konti yang tak seberapa.


SILA AMBIL PERHATIAN
interview ni adalah rekaan semata-mata.

Nov 22, 2009

sajer jer

itu ari ada gi swissland. dulu masa mula-mula sampai Tharjath memang rasa tempat ni jauh ketinggalan dengan Malaysia. Orang cakap 20 taun ketinggalan. Kalau tanak caya pon kena caya gak laa sebab memang lebih kurang cam tu la. Masa mula-mula sampai swissland ada gak terpikir agak2 malaysia ngan swiss ni bape taun lak mesia ketinggalan.

sajer jer nak test google toolbar hehehe..

in reference to:

"không có nạn nhân thêm hy vọng"
- Google Translate (view on Google Sidewiki)

Sep 20, 2009

Eid Mubarak 2009, Tharjath, Southern Sudan.













Selamat menyambut EidulFitr kepada semua..seperti tahun lepas tahun aku gak yang terpilih raya kat sini, daripada berjuta-juta rakyat Malaysia aku amat bertuah mendapat peluang untuk menyambut Eid Mubarak di kawasan Tharjath, Selatan Sudan. Selama 2 tahun berturut-turut aku mendapat peluang keemasan ini. Melihat sambutan Eid Mubarak di salah satu benua Afrika. Aku amat bertuah untuk melihat dan belajar adat dan cara hidup orang tempatan ketika menyambut Eid Fitri di seluruh dunia.


Sep 19, 2009

Selamat kembali ke Malaysia...

Ketika seluruh umat Islam bersedih untuk melepaskan bulan Ramadhan yang mulia, kesedihan kami di tambah lagi dengan perpisahan rakan kerja. Masa berlalu begitu pantas, 2 tahun berlalu bagaikan beberapa bulan yang lalu.

Setiap pertemuan ada perpisahan, itu lah realiti yang kami hadapi untuk melepaskan 3 orang rakan sekerja yang akan memulakan tugas di negara sendiri. 10 tahun yang lalu aku pernah sama-sama bekerja di tempat yang sama. Seorang yang berpendirian teguh dan agak tegas ketika menjalankan tugas harian. Tidak hairan lah jika Encik Rosli Jamaluddin terpilih untuk menyertai ekspedisi "PETRONAS Silk Road"pada tahun 2001. Rosli Jamaluddin atau RJ merupakan seorang yang berpengalaman dan berwibawa ketika bertugas untuk WNPOC.

Kamaron Shukri merupakan seorang lagi rakan yang akan berpindah ke Malaysia. selama 5 tahun saya berada di satu tempat kerja dengannya. Seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang operasi sistem dan alatan elektronik. Seorang pekerja yang selalu menggunakan kopiah dan seorang yang bertakwa.

Khoo Kheong Heng adalah seorang lagi rakan yang baru aku kenal. Seorang yang suka berjenaka dan tenang ketika menjalankan tugas harian. Meminati seni fotografi dan cintakan alam sekitar.

saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Eidul Fitri dan selamat kembali ke Malaysia, semoga kejayaan sentiasa bersama anda.

Patah tumbuh hilang berganti...Selamat datang juga kepada Encik Zilmee, Encik Mustapa dan Encik Isa yang akan mengantikan tempat mereka.

Sep 7, 2009

cerita

Aku masih lagi memandu di jalan yang sama, aku masih lagi mengikut trek yang sama aku gunakan dua bulan yang lalu. Jalan dari tanah merah yang lembut ketika hujan. Terdapat juga kawasan jalan yang menjadi becak dan merbahaya akibat dari hujan yang kerap turun minggu lepas. Apa yang menarik tentang jalan yang aku lalui ialah pokok-pokok kecil yang dulu tumbuh di tepi-tepi jalan sudah tinggi, kalau dulu aku memandu perlahan untuk meneropong anak-anak rusa yang berkeliaran. Kalau dulu dari jauh sudah nampak kelibat rusa dan burung-burung yang berterbangan mencari makanan di lopak-lopak air. Kini pandangan sudah terhalang.

Pokok-pokok jerami yang sudah tinggi menjadi hiasan pandangan di kiri dan kanan jalan. Ada juga yang sudah mula mengeluarkan bunga-bunga yang berwarna kuning. Burung-burung kecil juga kelihatan berterbangan mencari makanan, ulat dah serangga kecil yang sememangnya menjadi hidangan manakala daun-daun kering akan di kutip oleh burung kecil untuk membuat sarang. Beberapa kawasan yang dahulunya kering kontang sudah mula di penuhi air.

Kehadiran nyamuk mula dirasakan ketika aku keluar dari kenderaan untuk melakukan tugas seharian. Kehadiran nyamuk juga bermakna aku patut mengambil ubat untuk mencegah Malaria yang di bekalkan. kehadiran nyamuk juga bermakna aku terpaksa mengurangkan kegiatan di malam hari. Nyamuk yang aku hadapi semuanya bersemangat tinggi menyerang mangsa ala Kamikaze askar Jepun, kalau di kampung ku nyamuk akan berlegar-legar dengan suara yang nyaring sebelum mengigit mangsa berbeza dengan nyamuk kamikaze yang terus menyerang dan mengigit.

Begitulah peredaran masa dan musim, betapa cepat masa berlalu meninggalkan kita, betapa musim berubah. Ada juga aku berfikir tentang perubahan sikap dan perasaan yang aku lalui sejak dua bulan yang lalu. Perubahan memang berlaku dan akan terus berlaku. Aku berharap supaya perubahan yang seterusnya membawa manfaat dan kebaikan kepada semua.

Jul 24, 2009

kunci..

Sejak kunci dicipta lebih dari 4001 taun yang lalu kunci telah mengalami beberapa perubahan. Daripada seketul kayu yang di ukir menjadi menjadi kunci hinggalah kepada kunci electronik. Sebuah rumah yang besar bergantung kepada beberapa anak kunci yang kecil untuk menjaga persekitaran didalam dan di luar rumah. Terdapat berbagai-bagai jenis kunci dicipta pada masa kini. Kunci selalu digabungkan dengan ibu kunci ataupun alat yang seumpamanya supaya dapat berfungsi dengan cekap. Kunci juga selalu digambarkan sebagai alat yang penting dalam hidup. Banyak perumpamaan dan kata kias menggunakan kunci. Ada juga lagu-lagu yang tersohor menggunakan kunci sebagai kiasan contoh nya "Kau kunci hatiku" nyanyian Ramlah Ram.

Dalam bidang kmputer juga kunci memainkan peranan penting dalam transaksi eletronik masakini. Pelbagai kunci dicipta untuk membantu manusia hidup dengan aman.

Cerita kunci pada kali ini sebenarnya hendaklah dirujuk kepada gambar ini. Gambar kunci ini sebenar di ambil dari kereta yang aku pakai setiap hari untuk menjalankan kerja. Kunci ini sebenarnya digunakan untuk membuka pagar kepada telaga minyak, tampa kunci ini sesiapa pun tidak berhak untuk mendekati telaga minyak, inilah amanah yang aku terima dari pihak syarikat Aku pun sebenarnya lupa dari mana aku mendapatkan bendera kecil ni.

Sebagai kiasan dan perumpamaan dan juga semangat untuk aku supaya berhati-hati, bahawa aku sebenarnya memegang kunci perniagaan kami disini.


Bendera kecil yang terdapat pada tempat gantungan kunci juga merupakan alat pengenalan, bahawa aku sebenarnya rakyat Malaysia, bukan dari China, bukan dari Filipina bukan dari Vietnam. Pengenalan negara amat penting dari sebagai pengenalan kepada negara kita Malaysia dan juga untuk diri sendiri, aku selalu di anggap orang dari Tanah Besar Cina kerana berkulit cerah dan mirip Cina Bukit. Mereka mempunyai pandangan yang berbeza-beza dengan warga negara yang lain. Aku pernah di halang dari mengambil makanan kerana mirip muka yang agak berbeza dari kawan Malaysia ku yang lain. Semoga kita semua terus bersemangat untuk memegang kunci.

Jul 17, 2009

Sekitar Tharjath July 2009


Dua ekor Rusa yang berkeliaran di kawasan operasi Tharjath.

Kadang-kadang idea untuk mengisi blog menjadi kosong, tiada cerita-cerita yang hebat untuk dipaparkan. Tiada issue penting yang nak di kongsi bersama teman-teman. Kami mula menerima hujan bermula pertenganhan may 2009. Kesan rumput-rumput yang terbakar semakin hilang, rumput baru mulai tumbuh dan menghijau. Suhu yang dahulunya meningkat sehingga 46'C kini mulai turun kepada 37'C Hujan mulai turun. Permulaan musim sejuk akan bermula. Musim sejuk di kawasan Tharjath tidak sama seperti musim sejuk di Eropah. Tiada salji dan suhu sejuk yang melampau. Musim sejuk di kawasan Tharjath sebenarnya adalah perubahan ekstrim suhu pagi dan petang. Pernah direkodkan suhu pada sebelah pagi menurun sehingga 16'C dan meningkat sehingga 37'C ketika petang.

Musuh utama ketika musim hujan ialah nyamuk yang membawa penyakit Malaria. Simpanan ubat yang sudah luput tarikh masih lagi tersimpan di dalam almari dan akan dibuka apabila menerima gigitan nyamuk yang pertama, ini bukan lah preskripsi doktor,ini adalah preskripsi saya. Kawan-kawan yang lain mungkin sudah mula mengambil ubat anti Malaria apabila tiba musim nyamuk. Mungkin suatu hari blog ini akan terhenti kerana aku di jangkiti Malaria. Keadaan ini lah yang kami hadapi sepanjang musim berbeza dengan kawan-kawan yang lain. Betapa bertuahnya menjadi rakyat malaysia.

Pada ketika ini terdapat banyak rusa berkeliaran di sekitar kawasan operasi, setiap pagi dan petang aku melihat Rusa berlari dan melompat di jalan tanah berwarna merah kawasan operasi. Sebahagian daripada cerita Rusa terpaksa aku rahsiakan supaya tidak menjadi havoc, denda yang tinggi akan di kenakan jika didapati menangkap Rusa walaupun untuk tujuan peliharaan.(den golak skit2 time tulis neh). Aku hanya melihat Rusa berlari-lari, terbayang juga bara api yang membara.

Itulah saja coretan budak Tharjath untuk kali ini. Makhtoub..makhtoub..makhtoub..

Jul 13, 2009

Perubahan yang bagus...


Semakin giat dijalankan kerja-kerja untuk meningkatkan lagi kesegaran persekiratan Tharjath Base Camp.

Tadi maso den jalan2 nak keluar keje den ado tengok pegawai mano tah duk amik gamba taman-taman hijau kek dalam Base Camp. Den amik gak laa gambar nie sebab den pon suko suasano hijau neh. Memang skrang ni dorang tanam banyak rumput hijau nak bagi nampak cantik. Perubahan persekitaran walau macamana pon tak semestinya akan mengubah tahap dan pemikiran seseorang.

Dalam hati den ado gak cakap " esok-esok taun-taun depan hijau lagi ke kawasan neh" nanti bila balik mesia esok den nak tropong lagi area nie..salah satu kegunaan Geotag.

Jul 5, 2009

Jul 3, 2009

Bila balik cuti....2

Selain dari menghabiskan banyak masa untuk belajar di Mashiwein.com, den juga ada bekerja siang dan malam untuk menjadikan impian seorang peniaga wanita yang bergelar Che Salmah.

Sejak 4 tahun yang lalu beliau telah menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan dengan menjual Serunding Daging dari Kelantan. Beliau nampaknya sangat yakin dengan pasaran serunding dan ingin menjual secara online, maka bermulalah masa kerja den yang tak tentu untuk memikirkan konsep dan aliran laman web yang akan dihasilkan. Simple and functional adalah kunci utama den dalam setiap pembikinan laman web baru. Ciri-ciri baru akan ditambah dari masa kesemasa mengikut kesesuaian pelanggan den dan seterusnya tidak membebankan poket pelanggan den.

Oleh kerana beliau bersetuju dengan konsep den maka lahirlah sebuah lagi laman web Che Salmah.Com

Grafik dan content laman web ini amat minima supaya pengunjung tidak hilang fokus. Sistem order yang di pasang mengambil masa yang lama untuk alihan bahasa dan mengikut citarasa Che Salmah. Beliau mahukan konsep niaga dan santai, berfungsi sepenuhnya dengan perbelanjaan yang minima.

Tahniah Che Salmah kerana berjaya merealisasikan impian anda untuk berniaga di Internet. Sesungguhnya peluang terbuka luas selagi ada kemahuan.

Jun 22, 2009

Bila balik cuti....

Ok this time cuti den agak meletihkan skit. Walaupun letih ada juga kepuasan apabila dapat menyiapkan satu projek dalam masa yang agak singkat.

Projek kali nie bertajuk geotagging, geotagging mula menjadi ketagihan sejak den ado Nikon P600 dan GPS enable PDA. Apa sebenarnya geotagging?

Ok sebagai contoh, kamera P6000 dari Nikon mempunyai GPS yang terbina dalam (ayat skema lak), kamera ini mampu berkomnikasi dengan satelite GPS yang banyak terdapat diruang udara, apabila feature ini di aktifkan kamera akan merekodkan data kepada setiap gambar yang di ambil. Data ini akan disimpan sebagai "EXIF" file yang terdapat pada kebanyakan kamera.

Kebiasaannya den menggunakan Picasa 3 dan Google Earth untuk mendapatkan lokasi dimana gambar di ambil. Satu fail akan disimpan untuk menunjukkan lokasi dan photo, tetapi hanya den saja yang syok sendiri ...skrang nak bagi sumer kawan-kawan syok lak tengok peta, bleh zoom-zoom lagi.

Picasa web juga mampu mengesan data GPS dan memaparkan peta lokasi.

Projek yang sedang den usahakan sebenarnya adalah tiruan dari beberapa website yang telah sedia ada.

Objective project
  1. Pecuma pada setiap masa
  2. Untuk kawan-kawan semua
  3. Untuk orang lain.
  4. Untuk tujuan perniagaan.
  5. Untuk menghabiskan masa cuti.
  6. Untuk mengelakkan diri dari kerahan tenaga oleh ......( ya marra..i nak buat nie kejap, u antar budak2 ek...) hehehe..

Status projek- siap dah, tunggu nak promote jer...

laman web Mashiwein.com ( baca dulu jangan tokan lai.... )

kawan-kawan yang ada GPS nya PDA bleh la... register dan upload gambar dan seterusnya memaparkan lokasi di google map. Bila balik, gi jalan mana-mana bleh tunjuk kat member-yang lain. Malaysia pon bleh upload gak...upload dari PDA pon bleh...no hal nya...

kalau nak bagi cadangan pon memang dialu-alukan (bleh spend masa lagi wat web neh....)

sekian...

Jun 12, 2009

menakjubkan...

Setiap hari kita cuba melakukan sesuatu perkara, kita belajar dan terus belajar supaya kita dapat menjadi pelajaran kita berguna kepada kita dan orang lain.

Kesungguhan sebenarnya merupakan kunci utama dalam proses pembelajaran. video ini adalah salah satu perkara yang menakjubkan

.

Jun 7, 2009

Nasi Briyani nya ceto....

Aku masih lagi merasakan hentakan tayar Blue Bird Aviation flight Beech 200 yang agak keras ketika mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum. Bahang panas terus hinggap di lengan seketika keluar dari pesawat. Aku mengenakan kacamata hitam untuk mengelakkan silau dari panas terik matahari. Terasa debu-debu halus memasuki lubang hidung dan bergerak tanpa batasan ke kerongkong dan seterusnya. Terasa juga bahang seakan jalur halus di lengan ku yang yang agak cerah. Orang asia agaknya memang tak tahan panas. Aku, Mgie dan Rosdi bergegas ke conveyor yang berpusing untuk mengambil bagasi.

Kami berdiri di luar bangunan untuk menunggu kenderaan untuk menghantar kami ke Kompleks Pejabat. Aku mengeluarkan sebatang rokok untuk di nikmati setelah dua jam menahan gelora ketika berada diparas 17 ribu kaki di atas paras laut. Sesekali aku melihat diriku di cermin bangunan, sesekali aku berbisik kepada diriku sendiri, aku tetap macho ditengah panas ditemani kepulan asap dari sebatang rokok. Aku sudah terbayang Nasi Briyani yang lazat untuk di santap nanti. Mgie juga menngiyakan cadangan untuk makan Nasi Briyani yang di jual di kantin pejabat. Selain dari melunaskan urusan pejabat Nasi Briyani dan Roti Canai memang menjadi urusan kedua penting ketika berkunjung ke pejabat. Setelah sebulan mengambil makanan yang sama ketika berada di Tharjath, peluang yang ada untuk mengecap makanan yang lain tentunya menjadi keutaman kepada kami.Pemandu van datang...


Tho:guano kereto tak banyok ari nie?

Mgie: ye laa skrang baru pukul 11 pagi orang tak keluar lagi.

Driver: Mashi wein?

Aku: nahnu mashi maktab.

Rosdi : ( senyap yoo mungkin ngantuk, nite shift)

Perjalanan dari lapangan terbang ke pejabat hanya mengambil masa 15 minit, kenderaan agak lenggang mungkin kerana penghuni Khartoum belum keluar dari kantor maktab untuk mencari makan, mungkin masih awal seperti yang Mgie katakan. Sempat juga aku bertanya khabar kepada pemandu sambil melihat poster yang memuji-muji Presiden Al Basyir, pembawa perubahan kepada Negara Sudan. Mgie dan Rosdi berborak-borak mengenai keadaan bandaraya Khartoum, aku dengan selesa melabuhkan punggung disebelah pemandu dihadapan. Aku cuma memerhatikan keadaan jalan raya yang bersipang siur dan sempat juga aku membebel tengtang pusingan bulatan yang juga terdapat landasan keretapi di tepi nya. Keadaan belum tersusun tidak seperti jalinan jalan raya disebelah pantai barat Malaysia.

15 minit berlalu, kami sampai di pejabat.

Sudah beberapa kali aku menjejakkan kaki ke pejabat yang tersegam indah. Pejabat yang berdiri teguh mengadap sungai Nil. Begitu lah gahnya pejabat kami yang menunjukkan kuasa dang pengaruh urusniaga kepada Sungai Nil. Taman hijau dan pokok bunga kecil menjadi hiasan dilaman pejabat. Hati kecil bertanya "kenapa kosong jer pejabat nie".

Mgie: Jom kita amik tiket.
Tho: Alaa..skrang lunch time org sumer gi makan tak de orang gak kat opis, elok kita gi makan ...
Rosdi: mana-mana aa aku ikut jer...

Setelah mendapat kad pelawat kami bergerak ke kantin untuk menikmati Nasi Briyani. aku seperti biasa berjalan dihadapan di ikuti Mgie dan Rosdi yang melangkah agak perlahan.

Tho: mano abih blako doh ni... Nasik Briyani ado? (den tanyo kek budak Pinoy tu, memang sah dia tak paham cakap kelantan sebab dia tak respon cuma terpinga-pinga jer)
Tho lagi: Tak dok lauk a ari nie cepat abih...
Mgie: Memang aa kita dah lewat skit orang lain sumer dah kebas..
Tho : We want Nasi Briyani, three Chicken Nasik Briyani (den order kek dak pinoy tuh..)
Budak tuh: Mengangguk-angguk tanda paham.

Rosdi berjalan perlahan menuju ke kaunter pembayaran, sempat juga aku memberitahu rosdi untuk menikmati Nasi Briyani sebelum membuat pembayaran, Rosdi mengatur langkah membasuh tangan dan meneruskan pembayaran

Mgie: berapa bayar?
Rosdi:40
Tho: mahalnya pasala cam dobel jer..
Mgie:Aku rasa last time murah jer aku bayar...pasal mahal lak ari nie.
Mgie: agak nya bila nasik dah abis diorang baru masak kot..so mahal aa skit.
Tho:Nyum.nyum.nyum...makan yoo..

Nasi Briyani sudah sedia terhidang. Aku mencari ayam yang di timbus dengan nasi. Kami menikmati Nasi Briyani dengan tenang, jenaka kecil Mgie menemani hidangan. Aku sempat juga menoleh kepada dua aweks yang sedang makan di di sebuah sudut yang agak jauh dari tempat kami. Setelah habis mengisi perut kami menikmati Teh Tarik dan asap dari rokok jenama Malaysia.

kami berjalan perlahan menuju ke blok pejabat untuk melunaskan urusan sebelum berangkat ke Malaysia, kami menggunakan lif ketingkat tiga, kami memang sedikit terperanjat kerana suasana pejabat tidak seperti biasa, pejabat amat kosong dan malap dan kami juga sebenarnya tersalah tingkat, urusan sebenar nya di tingkat 2. Sempat juga aku melihat dan memuji karya Ismail Mat Husain yang digantung ketika bergegas keluar untuk ke tingkat 2. "karya Ismail Mat Husain semestinya bernilai puluhan ribu, Ismail Mat Husain pakar lukisan Batik" komen ku kepada kawan-kawan yang mungkin kurang mahir menilai hasil seni.

Kami meneruskan langkah ke tingkat 2. Kali ini kami memang kami terpinga-pinga, kami seperti tidak percaya dengan apa yang di beritahu, kami seperti di tipu, kami hanya mampu ketawa sesama sendiri apabila di beritahu. "Today is Saturday, no people working today"
Kata A Malik yang masih setia di pejabat.

Kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Kepada kawan-kawan semua sila ingat hari dan haribulan sebelum menapak.....

Sepanjang hari kami ketawa kerana tidak percaya hari Sabtu adalah hari cuti. Den raso ari sabtu cuti gak kat tompat den..aheheeheh...

Jun 4, 2009

Wahai anak ku...


Wahai anak ku. Gambar ni babah amik masa babah keje, budak-budak neh dok tengah carik ikan kat tepi kolam. Budak-budak ni pakai nya tak sempurna macam kita di Malaysia, yang sorang tu tak de seluar pendek pon. Wahai anak ku di Malaysia, anak ku masa lapang nya bermain playstation, anak kita masa lapang nya bermain komputer, anak kita masa lapang nya bermain basikal dan anak kita setiap masa di jaga bonda.

Mereka suka bergambar, mereka akan senyum dan mintak untuk bergambar, dengan berbagai-bagai aksi mereka bergaya di depan kamera tanpa malu dan segan. Mereka tak kenal takut, mereka tak kisah berjalan di gigi air maupun bermain kolam, mereka adalah kanak-kanak yang hidup dengan dunia mereka yang riang, mereka jauh sekali dengan tusyen yang membosankan.

Apakah mereka mempunyai masa depan? masa depan untuk membangunkan diri sendiri dan kampung halaman. Sekolah mereka berbatu jauh di hadapan.

Wahai anak ku di Malaysia, suka sangat babah nak buat perbandingan apakah mereka yang bertuah atau anak ku di Malaysia. Wahai anak ku di Malaysia, babah harap kamu sentiasa bersyukur dengan apa yang kamu dapat ketika kamu masih di Malaysia.

Buat anak ku di Malaysia selamat berjaya di hari hadapan.

Jun 3, 2009


About photography. I am not really good in taking picture. I know the above picture will not describe you the story, its only a leaning well head sign located at one of the WNPOC, Tharjath . I know the picture mean nothing to you except for a black and white normal picture. I know you can have this kind of picture too, even better in vibrant colours.

What make this picture so special to me?. I drove twice a day passing by the sign without notice how it will look like in black and white. I know, after few years I can only see the picture in colour while others will see this in black and white.

Some people taking picture for money and glory and glamorous, I took picture for something in my life.

Jun 2, 2009

Korang tengok lah betapa serious nya member den. Kalau dulu kita keje sesama mesia memang kita wat biasa2 jer. Kita jarang nak serious sangat pasal kita tau kita serious bila kita nak mintak tolong kawan ataupon kalau kita nak tolong kawan kita. Orang kita memang macam tuh, memang terkenal dengan sikap yang suka berlembut. tapi bila kita mencapai tahap gaban malaikat kerja maka kita kena lah mengabdikan sikap tegas dan sentiasa serious.

Eldin memang orang yang serious walaupon belum lagi mencapai tahap malaikat kerja, persekitaran kerja dan panas terik matahari mungkin menjadi pemangkin kepada ke seriousan Eldin. Bekerja dengan orang bukan mesia juga merupakan faktor utama keseriousan beliau.

Disebalik keseriousan kerja Eldin sebenarnya seorang yang baik. Den tau sebab dia roomate den.

Jun 1, 2009

Lets do it nicely....

Ok then ..I am just thinking of contributing something to my friend out of my not so boring days. Still have to wait for few days to leave Tharjath. Not to deny Nikon had gain a good reputation to be with us capturing every priceless moment during the stay. Ranging from D40 to D300, these are our companion to record every journey.

Have you ever wonder why our picture are not really good as what they publish over National Geographic Magazine.!@?...

Have you remember your Nikon editing software and tweaking a photo just to make it look like what they did?

Ok now take a look between these two photos.




normal picture from the camera on the left and National Geographic style on the right side






The picture on the right looks more dramatic with a shiny skin and sharper skin tone, shadow on the face look more accurate to tell the audience the the girl are photograph on a hot day. Texture on the shirt and the necklace are more sharper than the stock photo even the background looks more detail.

Kind of this picture usually found on established well known magazine.

Now I am going to tell you a secret to make it like other professionals. There will be two simple step to do it.
  1. Go to Gimp and download this free image editing software.
  2. Download plug-gin file to do the job for you. Can click here for the start.
Gimp software is totally free and simple to use, Gimp can be run on Linux and Windows environment.

Happy shooting to all my friends, my Nikon friends. Lets do it nicely.....

(I am taking more time to write a post than tweaking the picture above)

May 28, 2009

Joni and Miki....

Memang dasar dan lumrah setiap orang kat dunia ni suka berkawan, macam-macam cara dan bentuk perhubungan di cipta untuk mendekatkan kita dengan kawan. Semakin tiada halangan malah lebih memudahkan kita untuk berkawan. Syarikat besar di dunia menjadikan lumrah berkawan untuk mengaut keuntungan dengan mencipta berbagai-bagai aplikasi web untuk memudahkan manusia berkawan, nama-nama friendster, myspace, MSN,facebook dan banyak lagi di cipta untuk kita menguruskan persahabatan.




Selain dari mempunyai kawan dari kalangan manusia den juga suka berkawan dengan binatang. Nama anjing den ni adalah Joni dan Miki. Den jumpa anjing ni masa menatang ni kecik2 lagi, den ingat nak bela dari kecik tapi kesian tengok dok tengah isap susu ngan mother dia, so den tunggu dia besar skit baru den kawan ngan dia. Den pernah tanya mak dia bleh dak kalau den nak bela tapi mak dia tak bagi sebab dia sayang kat puppy nya...lagipon dia cakap anak2 dia yang lain dah besar-besar ada yang mati kena tembak masa orang komplen banyak anjing, ma dia cakap tunggu besar bleh laa wat kawan. den ok jer..tak pe laa kalau mak dia cakap cam tuh..

Sekarang nie anak-anak dia dah besar skit, ada 4 ekor sumer. Joni yg paling den suka, Miki kaki lawak, vikto yang panas baran pastu Junior yang paling manja...sumer jadi kawan den.

Mesti korang cakap den pelik sebab suka anjing, ok skrang den nak cerita. Dulu masa den umur 5 taun, den penah bawak balik anak anjing kat umah sebab nak bela. den bawak sekor, adik den bawak sekor..bukan main suko den ngan adik den dapat sorang sekor...peluk macam kucing...telinga anak anjing nie eee cute jer den tengok..suka bangat. TAPI ....bila sampai rumah..Mak den nampak...memang terperanjat...mak den serta merta soh antar balik anak anjing tuh kat tempat den amik. Time den nak antar den tengok Mak anjing tuh dok tunggu jer, den lepas balik anak anjing tu den blah....sempat juga den toleh tengok Mak anjing tu gigit anak dia bawak masuk sarang...
Bila sampai rumah Mak den dah ready ngan baldi...ada air tanah.air selut ke apa...disamak nya tangan den ngan adik den. Sambil basuh-basuh den tahan gak laa telinga donga Omak den berleter cakap anak anjing tak bleh pegang, tak bleh main bla..bla..bla...

Skrang ni aku pon sebenarnya takut-takut gak ngan kawan baru aku nie..tapi tak pe laa pasal aku berkawan je. Nanti bila-bila dah biasa ok laa kot.

semalam bila aku panggil dia gerak-gerakkan telinga...den tau dia donga aa tuh...


Orang cakap anjing nie kawan yang baik. Bila den dah rapat ngan kawan den nie..baru den realise yang anjing den ni betina...skrang den tukar nama dia jadi Jeni...

May 19, 2009

kawan saya...


saya ada kenal dengan sorang kawan...tapi dia bukan melayu dia cina...tapi dia baik laa..biasa laa cina kadang-kadang dia pon tak tau adat dan ugama orang Islam. Ada la satu kali dia tanya.."semua orang melayu potong ka" saya cakap bukan orang melayu saja semua orang Islam kebiasaan nya kena potong la sebab dalam agama macam tu. Cerita ni sebenarnya dah lama, masa aku kecik-kecik dulu..

Sekarang nie baru aku terpikir kenapa kawan aku tanya macam tu...baru aku dapat relatekan soklan member aku dengan orang melayu, baru aku tau jawapan yang tak official kenapa melayu suka potong kenapa tak ditanya orang islam suka potong tapi di tanya orang melayu suka potong..aku pon sama suka potong sebab aku melayu..memang orang melayu segelintir jer yg tak suka potong..

contoh orang melayu suka potong ialah potong kiu, potong cakap, kereta potong, potong wayar talipon dan banyak lagi bab-bab potong yang serasi denagan orang melayu dalam bab politik pon banyak juga kes potong nih.

korang mesti pelik kenapa aku wat cerita potong lak time ni..bukan apa ...aku baru tau jawapan dari member aku tuh...sekarang baru aku rasa kenapa beriya-iya benar kawan aku tanya soalan tu...kenapa potong jadi topic hari nie...

korang mesti nak tau kenapa ayat potong diulang sebanyak mungkin dalam post nie...

OK...sekarang heboh dok cerita ..ELAUN KENA POTONG...yang tukang potong semua orang melayu..memang betul lah soalan member aku. "Kenapa melayu suka potong"

Aku pon melayu, bukan aku nak malukan melayu pulak. korang mesti pikir tak elok ooo wat post camni...tak elok oo cakap kat org melayu cam nie...tapi cuba korang pikir potong elaun elok dak..

aku cool jer..kalau ye pon elaun aku kena potong...sebab kebisaan nya yang kena potong tu buleh di sambung balik...nak ikat buleh nak welding pon buleh..tapi kalau dikat2 elok tak rupanya?
kalau di gam pon mungkin nampak kesan skit-skit. Tak pe la kalau diorang rasa diorang lagi bagus berkhidmat untuk syarikat dengan adegan potong-potong cam tuh, biaq pi la depa .... tapi kalau itu dah memang hak yang dijanjikan oleh syarikat untuk aku...esok-esok ko terima lah padah nya...sebab aku rasa yang potong tu melayu..dan aku rasa yang melayu tu Islam...akan ku tuntut segala hak aku di akhirat. tidak pernah aku pikir nak potong hak orang macam tu....


last skali aku setuju dengan kawan aku..."orang melayu suka potong".

korang mesti terpikir macam aku gak..(kalau bagi kat member cina aku tu wat keje terpotong dak elaun aku?)

May 18, 2009

Last yer..

I still remember arrived Al Khartoum last year on the the 17th May 2008. I was completely blank on this country.

Every journey begin with the first step, the first step was the stiff one.

I don't speak Arabic, I cannot stand the dust and I don't usually breathe the air from the stove. It was hot, it was dusty during the days.

I always said myself as a flexible person adaptive to changes and the new word I learnt was resilience.

I still remember dropped my Twinhead laptop and damage the screen, lucky me the main engine is working but the blank screen, for few day with an extra lighting I able to check my mail and browsing the Internet.

The thing is everything look different after a year and probably for another year....ho ho ho..

wsalam.

May 16, 2009

i just get bored ..sometime

May be my friend is right...may be I should reveal the truth sometime. Its actually I don't really like to share the boringness with other people. I usually cope with my life without complicated problem. As I am writing this post, it was long pause between words, it was a long sigh and long stop. Its like my mind loitering, slowing down all activities arranging the next word to be appeared on the screen.

The main source to the instability of the mental state is all coming from hocus-pocus from the regional office back in Malaysia. I am getting confuse or should I say confiuse.

Thanks for reading.

(I took 1 hour to reach the full stop after the word reading)

May 15, 2009

Moving Foward....My point of views

It was popular it was the whole company wanna be and it was glamorous. Everybody's in the whole organization are encourage to embed the same word setting the same direction as we are going froward. I remembered few giant company's coming out with a nice motto and good slogan, war cry sort of toward Moving Forward. "The power of Dream" from Honda Motors for examples, is a motto to let the world know the the Japanes can dream better than any other peoples in this world, they have the ability to visualize their motor works, to dream of the future of motoring.

Consultant company are making billions of profit out of their recommendations, they will trudge the way for company towards a global player. Consultants are making money before we did.

Ok now everybody's on the same ship to move forward, the engine is ready, Captain giving orders. Dynamic organization always got a dynamic peoples to handle the most sophisticated business ship in the millennium where competitor harsh and cruel.

We are moving forward, faster than what we think off.

The question is are we moving into the right direction? are we fast enough to be ahead of others?, are we utilize all the momentum powered by nice war cry and slogan. The question is what is our acceleration rate?

To be part of the world successful business organization is like grinding a nice into a very sharp knife. The quality of the grinder and the workmanship must be "made in swiss" grade watch making.

I just get bored laying in the room and type something so that I can read later.


May 14, 2009

Biasa laa....




Orang cakap setiap yang bermula akan berakhir...sama la ngan kawan den, Rizal dari PMT setelah 5 tahun berada kat Sudan specific nya di Tharjath akhirnya mengambil keputusan untuk bertukar angin ke tempat lain. Mini farewell diadakan seadanya untuk meraikan kawan kita nih..

Den baru kenal gak laa sebab den orang yang paling lewat sampai kat Tharjath kem. Rizal ni memang baik sebab 2 hari lepas dia blanjer den nasik minyak ngan ayam kurma kek bilik Asri (Rizal satu bilik ngan Asri, dia gak laa yang masak sumer2 tuh) den ngan Kudin (Khair Elden) memang kenyang 2 hari makan nasik minyak..

Kepada Rizal den ucapkan selamat berjaya dan lebih berjaya lagi (Oman ke mana..den ado donga org cakap) semoga di doakan juga kesejahteraan kawan-kawan yang tersangkut lagi kat Tharjath.

May 11, 2009

Oberseas restoren


bayangkan lah kalau dekat Khartoum ada restoren yang provide masakkan macam kat mesia..memang best. ok ari nie nak ceto pasal overseas restaurant kat kawasan Al Riyald..aku sampai kat sini sebab member aku yg keje embassy tuh bawak. kitaorang panggil kedai Ah Poon sebab tokeh dia nama cam tuh..dah lama dio dok sudan sampai bleh bukak restoren cam tuh..
masa aku kat restoren aku tengok memacam org gak laa yg datang..yang best bleh makan seafood, ada nyonya stlye yg jadi peberet aku sambal sotong... u all kalau datang Khartoum memang di galakkan untuk makan kat situ laa..kalau nak rasa seafood or Chinese food.

Ada satu lagi tarikan kat kedai Ah Poon...tapi aku malas nak ceto kat sini..korang datang sendiri laa..

May 10, 2009

behind enemy line....

The blog tittle and the post will be different as the tittle is used to grab attention towards readers. Ok, you have read the articles, you have seen the picture of us. How lucky to have met new friends and tasted a new foods, Arabic cuisines. Most of the post theme was "not bad" everything looks fine and don't put too much worry on us, everything s under control. Iam posting this entry after a triggered conversation with my friend.

He said that my blog are not telling the whole things the good and the bad thing are not included to match every entry. Theres always an angel and evil in this world. The package are always like that. My suggestion to the reader is to have the reading skill to be able to read in between the lines, the ability to determine the white subject and the black spot hidden in the story. Some bad thing cannot be exposed to the public for a severals consideration.

Iam writing this entry in dedication to the hazy days and the boringness and part of my English learning.

May 7, 2009

They call me Shuib...

Ari nie den sampai lagi kat Tharjath...jumpo lagi dengan kawan2 den kat Tharjath...dulu masa baru2 sampai diorang ingat den orang Cina..diorang tak friendly penah gak dulu diorang cakap ngan den.."no food for Japanese" "no food for chinese" aku bukan cam cina tapi ade gak laa kalau tengok dari 10 kaki jarak...kalau dekat lam jarak sekaki aku cam vietnam...bukan cina.

Tapi skrang den memang ramai kawan dari kalangan Sudanese. Dorang panggil den Shuaib sebab diorang cakap Suhaimi tak do lam kamus arab. Tapi den tak kisah sebab diorang pon baik ngan den...kadang2 malu gak bila tak ingat nama diorang al maklum jer laa sebulan tinggal kampung...

nak cakap suka tak jugak tapi setakat nie enjoy gak laa ngan keje...masa nak boarding Qatar Airways dah rasa aa berat kaki ..dulu baca lam novel jer "berat kaki melangkah" tapi skrang memang betul rasa berat nak angkat kaki..bila nak angkat kaki rasa cam ada weight lekat kat buku lali cam nak start training badminton, lutut pon rasa cam stiff jer nak atur langkah bila boarding....

bila den jumpa ngan kawan2 den raso happy gak laa...welcome kita salam peluk2 arab sumer...raso cam dihargai gak laaa kedatangan den tapi diorang still panggil den shuaib...

Apr 11, 2009

Musika...

Org cakap kalau travel ke timur tengah kena lah berkenalan dengan irama dan music.

Ni laa lagu yg den dok minat skrang ni....



Lyricnya


بحبك أنا كتير

بحبك أنا كتير
يا حبيبي ضلك طل عليه و وعيني بكير
اغمرني و المسلي ايديه
نسيني بين ايديك أنا شو مشتاق عليك
يا حببي خلي قلبك، خلي
يحملنا و نطير

وينك يا حبيبي؟ اشتقتلك كتير
ارجع أشوفك حبيبي، ما اتوقعت يصير

فكرتك ناسيني و ما بدك تحكيني

يا سارق حنيني

بحبك أنا كتير
يا حبيبي ضلك طل عليه و وعيني بكير
اغمرني و المسلي ايديه
نسيني بين ايديك أنا شو مشتاق عليك
يا حببي خلي قلبي، خلي
يحملنا و نطير

حبك بعده باقي و مش ممكن انساه
و ما بيقدر عا فراقي و أنا اللي بهواه

ارجعلي و ضلك حدي، أنا غيرك ما بدي

لا غيرك ما بدي

بحبك أنا كتير
يا حبيبي ضلك طل عليه و وعيني بكير
اغمرني و المسلي ايديه
نسيني بين ايديك أنا شو مشتاق عليك
يا حببي خلي قلبي، خلي
يحملنا و نطير


I Love You So Much

b7ebbak ana kteer / I love you so much
ya 7abiby dallak tel 3alaye w wa3eeny bakkeer / my love, keep checking up on me and wake me up early
eghmorny welmesly eidaye / surround me and touch my hands
nasseeny bein edeik ana shu meshta2 3alayk / make forget in your hands how much I miss you
ya 7abiby khally albak, khally / my love let you heart, let it
ye7melna wenteer / carry us and fly
(2x)

weinak ya 7abiby? eshta2tellak kteer / where are you my love? I missed you so much
erja3 ashoufak 7abiby, ma etwa2at yseer / come back I wanna see you my love, i didn't expect that that would happen

fakkartak naseeny, w ma baddak te7keeny / I thought you forgot me, and didn't wanna talk to me
(2x)
ya sare2 7aneeny / you who stole my longing

b7ebbak ana kteer / I love you so much
ya 7abiby dallak tel 3alaye w wa3eeny bakkeer / my love, keep checking up on me and wake me up early
eghmorny welmesly eidaye / surround me and touch my hands
nasseeny bein edeik ana shu meshta2 3alayk / make forget in your hands how much I miss you
ya 7abiby khally alby, khally / my love let my heart, let it
ye7melna wenteer / carry us and fly
(2x)

7obbak ba3do ba2y w mesh momken ensah / your love is still staying and I could never forget it
w ma bey2der 3a fra2y, wana elly behwah / and it couldn't leave me, and I love it

erja3ly w dallak 7addy, ana ghayrak ma baddy / come back to me and stay by my side, I don't want anyone but you
(2x)

la ghayrak ma baddy / no I don't want anyone but you

b7ebbak ana kteer / I love you so much
ya 7abiby dallak tel 3alaye w wa3eeny bakkeer / my love, keep checking up on me and wake me up early
eghmorny welmesly eidaye / surround me and touch my hands
nasseeny bein edeik ana shu meshta2 3alayk / make forget in your hands how much I miss you
ya 7abiby khally alby, khally / my love let my heart, let it
ye7melna wenteer / carry us and fly

Ok nie dia english translation yg den jumpa...member den cakap ni lagu kantoi...tapi den raso nie lagu cinta...

Apr 6, 2009

Pepatah Arab....

Kadang-kadang kita selalu membayangkan hidup kita penuh dengan kekurangan. Kita membayangkan hidup kita penuh dengan malang, penuh dengan dukacita. Apa yang kita harapkan tidak pernah menjadi kenyataan. Perasaan kecewa selalu menjadi teman.

Aku juga pernah merasakan hidup seperti terbuang tanpa keluarga dan teman-teman, tanpa wang yang banyak dan hidup yang kurang membahagiakan. Semakin hari aku melangkah kehadapan. Pernah juga bertanya kenapa tuhan begitu kejam melayan aku berbanding dengan hamba lain yang penuh dengan kesukaan. Sehingga aku menemui satu titik dalam kehidupan.

Aku bangun dan berjalan, menuju kesatu tempat yang penuh dengan kebahagian, tanpa ada rasa bosan, tanpa kesulitan. Bermula satu titik yang pertama aku menemui titik yang kedua dan seterus nya, titik itu kunamakan pelajaran.

Apabila murid telah bersedia maka akan ada guru yang akan datang. Aku belajar tentang kehidupan. Aku melangkah dengan tenang walaupun jalan seakan kabur dihadapan. Apakah kabur itu kesempatan yang menjanjikan kebahagiaan? Aku cuma melangkah ke hadapan.

Apapun yang berlaku akan berlaku dengan baik kepadaku, inilah yang aku tanam selama mana aku mampu berjalan.

Hari ini Tharjath sudah mula hujan, ada awan hitam dan rintik hujan. Debu-debu yang berterbangan sudah hilang bersama kenangan. Tanah yang gersang menjadi merah seakan baru lahir. Sempena hujan , pepatah Arab yang ku belajar menjadi hadiah kepada rakan.

"Pandang lah dunia dengan bunga yang penuh,
bergembirah disetiaphari kehidupan,
bergembiralah umpama anak-anak kecil"



Tharjath basecamp

Being Gemini

Traditional Gemini Traits

Adaptable and versatile
Communicative and witty
Intellectual and eloquent
Youthful and lively
Nervous and tense
Superficial and inconsistent
Cunning and inquisitive( pebenda nih...jap nak check komus )

Interests

Communications, computers, broadcasting, reading, writing, acting, talking, debating, playing music, speaking foreign languages

Hates

The same old routine

Suitable Careers

Journalist, broadcaster, commentator, travel agent, chauffeur, writer, linguist, secretary, commercial traveler, traveling salesman, postman, telephone operator, navigator

Ok..I took the test....

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with? (Never serious..to be honest)

Your views on education:

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel. (Anger means nothing to me)

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Interesting hah...take your test here

Apr 2, 2009

Resepi Bulan March


Cara nya.

Masukkan cili boh kedalam kuali dengan minyak panas.
masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah di blend.
Tumis secukup masa.
Masukkan sos tiram jika ada.
masukkan sos tomato jika ada.
masukkan kobis jika ada.
masukkan cili merah dan cili hijau jika ada.
masukkan sayuran lain jika ada.

Bukak penutup tin sardin dan tuangkan kedalam kuali.
Campurkan sedikit air mineral.
masak secukup masa.
Tambah garam secukup rasa.


Pesan kepada bakal chef

Kalau nak sedap bleh tambah macam-macam perencah bergantung kepada kreativiti masing-masing.kalau nak cepat sila tingkatkan kepanasan dapur....


Senang kan???

Selamat mencuba.

Mar 30, 2009

Bulan March yang busy...

Sebesar mana pun kuasa kita di dunia ini kita masih belum mampu mengawal semua pergerakan, beberapa perkara akan berlaku dengan tiada suruhan dan arahan. 

Den dah lamo aa tak taip kek blog den ni....skrang den baru abih tulis assignment dan antar setelah due seminggu. Den ado gak laa amik time leisure dok chatting, pastu dok layan skype ngan member-member, tiba-tiba idea datang....

Aku dan member sumer hidup dengan macam-macam kesulitan, kesulitan komunikasi dengan rakan pekerja kesulitan untuk mendapatkan bekalan makanan, kesulitan untuk perjalanan dan macam-macam kesulitan yang aku hadapi ketika menjalani kehidupan di perantauan. Apapon aku tetap dengan pendirian dan berusaha untuk membantu syarikat dengan sumbangan kecil ku.

den raso skrang den dah blaja berbahagia dengan kesulitan, semua kesulitan dah jadi bahan jenaka untuk di gelak kan dengan kawan-kawan. Idea kreatif memang berputar untuk menukar kesulitan menjadi bahagia, menunggu untuk di manipulasikan sebagai bahan jenaka. Mungkin satu hari nanti den tak dapat nak bezakan apakah jenaka atau kesulitan. Dulu bila den ado free time den biaso baca buku, buku self enrichment, ada satu buku karangan Sharifah binti ( den lupo aa) pasal macamana nak idup dengan tenang dan mengatasi masaalah.  Satu benda yang selalu den ingat ialah persepsi. Sharifah selalu cakap kita kena tanam satu benda dalam otak kita supaya kita selamat " My world is always safe" phrase ni ado lam buku dan den tanam dalam otak. Bila den bangun pagi den siram lagi lagi pokok persepsi ni. Sekarang nie dah tumbuh skit kot.walau pun kepanasan matahari kat sudan nie mencecah 43 deg C.  Apa pun yang akan berlaku akan berlaku dengan persepsi yang den tanam nie. InsyaAllah.




Mar 24, 2009

IBU MISALI

IBU MISALI 



PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi. 

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. " 

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun. 

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput? 

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas. 

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas. 

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.' 

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak. 
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan. 

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam. 

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa. 

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini." 


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu. 

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya" 


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi." 
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran. 

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak." 

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun." 
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya. 

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka." 
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri." 

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya 

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!" 

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka." 


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!" 

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya. 

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. 
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya." 

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. 
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi." 

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu. 

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. 
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya." 

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. 
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka." 
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu. 

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. 
Penat saya membersihkannya. " 


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan." 

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak." 

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah." 

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal. 

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami." 

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain." 

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?" 

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah." 

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah. 

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak." 

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu." 

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak. 

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak." 

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu." 

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah." 

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu." 

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. " 

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah." 

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur." 

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah" 

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu. 

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak." 

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya. 

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..." 

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis. 


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka. 

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara. 

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut. 

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?" 

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?" 

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! " 

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?" 

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya. 

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti. 
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. " 

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya. 

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin. 

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik. 

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa. 

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat. 

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. " 

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya." 

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah." 

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu. 

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?" 

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak." 

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka. 

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain. 

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah." 

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan." 

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental." 

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak." 

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. " 

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara. 

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain. 

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.' 
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku. 

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula. 

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan." 

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi. 

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung. 

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu
.__._,_.___

NORHASHIMAH HASHIM