Jul 17, 2009

Sekitar Tharjath July 2009


Dua ekor Rusa yang berkeliaran di kawasan operasi Tharjath.

Kadang-kadang idea untuk mengisi blog menjadi kosong, tiada cerita-cerita yang hebat untuk dipaparkan. Tiada issue penting yang nak di kongsi bersama teman-teman. Kami mula menerima hujan bermula pertenganhan may 2009. Kesan rumput-rumput yang terbakar semakin hilang, rumput baru mulai tumbuh dan menghijau. Suhu yang dahulunya meningkat sehingga 46'C kini mulai turun kepada 37'C Hujan mulai turun. Permulaan musim sejuk akan bermula. Musim sejuk di kawasan Tharjath tidak sama seperti musim sejuk di Eropah. Tiada salji dan suhu sejuk yang melampau. Musim sejuk di kawasan Tharjath sebenarnya adalah perubahan ekstrim suhu pagi dan petang. Pernah direkodkan suhu pada sebelah pagi menurun sehingga 16'C dan meningkat sehingga 37'C ketika petang.

Musuh utama ketika musim hujan ialah nyamuk yang membawa penyakit Malaria. Simpanan ubat yang sudah luput tarikh masih lagi tersimpan di dalam almari dan akan dibuka apabila menerima gigitan nyamuk yang pertama, ini bukan lah preskripsi doktor,ini adalah preskripsi saya. Kawan-kawan yang lain mungkin sudah mula mengambil ubat anti Malaria apabila tiba musim nyamuk. Mungkin suatu hari blog ini akan terhenti kerana aku di jangkiti Malaria. Keadaan ini lah yang kami hadapi sepanjang musim berbeza dengan kawan-kawan yang lain. Betapa bertuahnya menjadi rakyat malaysia.

Pada ketika ini terdapat banyak rusa berkeliaran di sekitar kawasan operasi, setiap pagi dan petang aku melihat Rusa berlari dan melompat di jalan tanah berwarna merah kawasan operasi. Sebahagian daripada cerita Rusa terpaksa aku rahsiakan supaya tidak menjadi havoc, denda yang tinggi akan di kenakan jika didapati menangkap Rusa walaupun untuk tujuan peliharaan.(den golak skit2 time tulis neh). Aku hanya melihat Rusa berlari-lari, terbayang juga bara api yang membara.

Itulah saja coretan budak Tharjath untuk kali ini. Makhtoub..makhtoub..makhtoub..