Jan 20, 2012

Baru ku sedar

Baru ku sedar

Saat kelahiran ku, papaku yang mengazankan di telinga ku
Saat aku masih kecil ummi yang menyusukan aku sehingga aku bisa sihat dan membesar.
Ketika aku masih kecil bapaku tidak putus putus memanjat kan doa ke hadrat illahi, mendoakan kesejahteraan ku.
Baru kusedar, ketika aku mula bertatih meniti gelegar kayu, papaku lah yang memegang jari kecil ku untuk memimpin, aku tau papaku tersenyum ketika itu, saat aku mula melangkah.

Baru kusedar, azan pertama yang aku dengar adalah janji kepada yang esa, tuhan yang satu.

Baru ku sedar papaku yang selalu mengajarkan pertuturan pertamaku.
Baru ku sedar papaku yang mengaturkan doktor ketika aku mula batuk dan hingus di hidung.
Baru ku sedar, papa ku bekerja membanting tulang mencari rezeki untuk membesar kan aku,
Baru ku sedar papa dan ummi begitu sayang kepadaku.

Baru ku sedar, ketika umurku semakin meningkat, aku lupa akan jasa papa dan ummi
Baru ku sedar betapa aku semakin degil ketika itu.
Baru ku sedar, perkataan ku menguris hati papa, padahal papa yang mengajarkan percakapan ku dulu.
Baru ku sedar kenapa papa menyuruh aku solat dan baca quran, tapi kedegilan ku menguji kesabaran papa.
Baru ku sedar kenapa papa ku sesekali amat marah dengan ku, baru ku sedar papa cuma mengajarku erti kehidupan.

Suatu ketika aku membayangkan suara azan papa ku
Suatu ketika aku bayangkan papa terbongkok bongkok memimpinku bertatih.
Suatu ketika aku bayangkan papaku "a a a" ketika menyuapkan bubur nasi kepadaku
Suatu ketika aku bayangkan papa mengajarkan doa suci kepadaku.
Suatu ketika aku bayangkan papa menepuk belakang supaya aku tidur.
Suatu ketika dimana papa menyanyi untuk tidurkan ku.
Suatu ketika papa memeluk erat tubuh kecilku.

Masih lagi ku ingat senyum papa melihat ku.

Ayah, semakin hari, semakin rindu dengan ayah.
Ayah, semakin hari semakin segar senyuman mu kelihatan.
Ayah, semakin hari semakin kuat rasa rindu

Ayah, Mie dah pandai baca quran
Ayah, Mie dah sembahyang
Ayah, Mie dah tak degil macam dulu
Ayah, Cucu ayah tak macam Mie dulu, dorang dengar cakap
Ayah, Mie memang sangat rindu dengan ayah.
Ayah, Mie doakan ayah selamat
Ayah, Mie doakan kesejahteraan ayah.

Al Fatihah untuk ayah.

Baru ku sedar.



- Almost on the dot.

Dec 16, 2011

Lama rasanya

Memang lama rasanya tak menulis kat blog ni sebab client blogger sudah kaput. So baru dapat penganti and baru nak kumpul idea untuk blog..hehehe

Jul 25, 2011

SMPC 88 reunion

Semua orang pon ade zaman skolah, skolah rendah skolah menengah, skolah tinggi. Aku belajar di Sek Men Pengkalan Chepa. Bukan skolah sains skolah biasa jer.. Bila habis SPM taun 88 semua kluar bawa diri masing masing, ade blajar tinggi ade terbang tinggi ade sambung perniagaan family. Daddy ade bisnes gerai buah tapi aaku tak minat sangat.huhuhu.

Pengalaman skolah memang best terutamanya bila cerita pasal gewē lamo. Tapi aku takde gewē pon tapi memang banyak kenangan manis masa skolah. Masa skolah kita ade kawan baik, kawan seponteng dak kawan setuysen.

Lepas 20 tahun skolah kami adakan reunion di Pengkalan Balak, Melaka. Memang meriah memang best. Jumpo kengkawan lamo. Banyak cerita banyak jenaka.


Rasa macam balik ketahun 88 bila jumpa ramai kawan. Rasa macam nak jumpa lagi kawan kawan.



- Almost on the dot.

Jun 28, 2011

Pasal cita cita oram putis cakap ambition or cherished desire

Bla sebut pasal cita cita semua orang akan ingat zaman persekolahan, mesti ingat muka cikgu yang tanya " ok murid murid hari ni cik gu nak tanya apakah cita cita murid murid semua, sila bangun dan bagi tau apa cita cita awak".

Saya suka tengok cerita spy dan cerita polis masa kecik. Saya minat dengan perkataan Diplomat dan kekebalan yang di perolehi oleh diplomat seperti yang di tunjukkan dalam tv. Bila tiba giliran saya maka cita cita saya ialah Diplomat, walaupun saya sebenarnya tak tahu apa itu diplomat.

Kita pon selalu tanya anak anak kita, apa cita cita mereka? Jawapan mereka rupanya lebih baik dari jawapan kita dahulu, anak saya yang pertama nak jadi pakar senjata , yang kedua nak jadi spiderman dan yang ketiga nak jadi doktor princess ( ade ke watak doktor dalam patung Barbie?).

Korang rasa korang memang dapat ke cita cita korang yg dari kecik dulu, korang rasa tepat ke cita cita korang. Penah tak rasa macam tak puashati sebab belum capai cita cita korang?

Kebiasaanya kalau cakap pasal cita cita mesti nak jadi seorang yg berjaya. Berpendapatan tinggi dan dihormati rakan rakan yang lain. Mesti bercita cita untuk menambahkan kuasa dan pengaruh. Kita akan dianggap lemah jikalau tidak berjaya melunaskan hutang cita cita kita. Mesti melakukan yang terbaik, caiyunnnnk macam drama korea.

Setelah beberapa tahun berlalu saya mula mengkaji dan berfikir apakah cita cita saya sebenarnya. Mungkin ramai yg tidak setuju jika saya katakan cita cita saya ialah menjadi hamba, woahhh ini suda terbalik kod, daripada jawatan yang bagus kenapa nak jadi hamba pula. Sebagai seorang islam saya bercita cita nak jadi hamba yang baik kepada tuhan.

Rileks, cita cita bukanya satu dosa jika tidak di teruskan, cita cita boleh berubah ubah. Cita cita tak mestinya satu jer, tak best. Cari la beberapa cita cita yg bagus sebagai motivasi untuk terus berjaya dalam hidup.

Selamat bercita cita kepada semua pembaca.


- Almost on the dot.

Location:Jalan Cta 2,Klia,Malaysia

Jun 25, 2011

Sama jer

Dulu aku fly ke selatan sudan, naik kapal terbang kecik campur campur ngan org sana, selamba jer dorang pakai talipon masa nak take off dan masa nak landing. Aku pon kecut juga mana laa tau kot masa dia pick up call rudder jadi terkonar berubah arah landasan. Huhuhu.

Bulan lepas masa aku balik kota bharu pon sama, ade laa penumpang sebelah aku tetiba jer tipon dia ringging 5 minit sebelum landing kat sultan Ismail Airport, padahal pramugrari dah cakap melayu bagi peringatan suruh matikan tipon masa dalam aircraft. Samada dia tak berapa nak dengar arahan sebab bising ataupon dia lupa dalam poket ade talipon.

Point yang aku nak cakap ialah jangan nak mengata orang afrika tak faham arahan, orang kita pon sama.

Kalau pakai talipon biasa tolong la matikan talipon anda kalau pakai smartfone tolong la activatekan airplane mode.


- Almost on the dot.

Location:Jalan Cta 2,Klia,Malaysia