Sep 28, 2008

A quote...

"We have to drive our business, if not we will be driven out"
MD Johari Dasri

I remember this quote from my CHO visit few years back. This is to remind me how important how a good plan and future projection of the business trend will make up our business. In doing business we always have a clear direction to drive our business. Global market trend and wind of change towards a better company's growing and resilience.

Iam expexting a comment from friend on this, to include how you and globals champion point of view.

Pantun Dak Tharjath...

Pantun nie aku kopi pess dari email member gak laa..aku bukan reti nak buat pantun, aku biasa buat lagu patriotik jer..ahaks..pantun nie seswai ngan geng Tharjath aa..geng lain rasa cam kurang seswai.


Khoo..

Nasi kandaq kedai mamak
Anak cina jual udang.
Raya kat SUDAN jangan duk triak
pi jalan2 lah umah mat sudan..

Suhaimi (THO)..
Make ikke cicoh budu
Selero sangat d'oh buat lauk...
Kawe rayo doh disini dulu..
Tahun ni demo raso pulok..

Hj.Alias..
Makang ubi jamang lamo...
jangang makang lahap2..
terima kaseh masok sokmo...
hari raye, jangan lupe masok sedap2..

Rusli ( CPF supv)...
Wa cakap lu wa tak tau..
Yang nyata , wa respect same lu..s
Raya jangan buat tak tau..
Kawang beraya teringat kamu..

Kudin..
Feeder-1 & feeder 2 selalu mati....
Selalu mati (trip) malam-malam..
bowok kereta hati-hati..
Terutamanya waktu malam....

Hj.Saidi..
Cakap buat sakit hati..
Malah doh nok complaint lagi..
kawang sejati susah di cari..
minta maaf raya nanti..

Patrus..
Serawak bumi kenyalan..
Suasana kampung sungguh harmoni..
Makan kat CPF bersama kawan..
Raya kat sini jangan lupa kami..

T.Arasul..
Raya pose, raya kat sini..
Jauh sungguh dari family..
Tahun depan tak tahu lagi..
Deepavali nanti jangan lupa bersama family..

Hamid Som..
Hok gurau,gurau jugok..
Tetap hormat sebagai boss disini,.
Bila nok raya bersama pulok..
Beraya tuu..ingat-ingat lah Hj.Alias di sini..

Rahman (CPF T/L)..
Man.. sorry lah tak dapat bersama beraya disini..
Tapi wa cakap lu..Lain padang lain belalang..
Susah nok cari pengalaman disini..
Bersembahyang raya atas padang..

Abd.Kahar..
Hari-hari H2O ppm tinggi..
biar lah bulan pose pun lelah sikit...
arahan t'shooting dah di ikuti..
kat sini susah betul nak dapat repair kit..

Tarmizi..(Mala T/L)
Tahun ni beraya di sini lagi..
ooohh..mungkin nok tamboh wang or money..
tak ape lah tahun ni beraya lagi..
Niat ikhlas ,berkorban untuk company.. ( jangan maaree..gurau aje..berhibur hati di kala sepi..)

Nizam..
Masa curfew, aku tak balik dan diarahkan duk sini..
Tak apelah..aku pun berkorban untuk company..
tapi ingat pesanan ini..
everyting tak semestinya money.. ( uwang banyak..hati tarak sinang..tak boleh jadi bohhh..).

Rozlan..(HR manager)
Pergi opis dengan kereta..
pergi pulok pagi-pagi..
Macam biasa tradisi kita..
tak ade ape2 ker member2 yg beraya disini..

Kerja kat SUDAN kebangaan hati.. ( buat sedap hati je tu boss..)
Ikut surat expired doh ni...
gelap gambor nampoknya disini..
Tok nampok sungguh agenda kami.. (staff development)

Yang bergurau,bergurau juga..
Yang rasmi mesti diikuti..
Kami bukan menlanggar akta..
tolonglah adjust pertukaran kami..


Mat Olok..
Ambil yang jernih,buang yang keruh
Nasihat kawang ikhlas hati..
Jangan duk ikut hati amarah...
Bulan baik,hari baik..beristiqfar & bersabor jer leh penawar hatiii...

Last but not least..

Mr. Wan Mahmood...
beraya bermakna ujian pose dah lepas..
semua amalan harap diberkati..
Hok lepas tu biarlah lepas..
lepas ni,slow sikit "bamboo heater" kami..


Saya ingin mengucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin kepada semua kekawang yang berada disini. Sempena hari & bulan yang baik ni, " yang tak buruk tu jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan".

Terbang ke Malaysia bermasa-sama..
Hj Man, saya , Karim dan juga Harzuki..
Iringan doa dan harapan sentiasa bersama...
Doakan kami selamat sampai ke destinasi..



Wassalam..

M Latif B.Ibrahim,
CPF Team Leader,
White Nile Petroleum Operating Co Ltd ( WNPOC)
Block 5A, Thar Jath Oilfield
Republic Of SUDAN.

Sep 24, 2008


Budak yang wat keje nie bukan staff tapi trainee mekanikal, aku ada tanya Ravi budak-budak trainee dia camana. Dari cerita Ravi memang budak2 dia rajin buat kerja, tolong orang dan buat report. Kalau macam nie ok laa. Diorang bukan nya malas macam yang kita selalu dok label aa, cuma kita kena bersabar skit dengan karenah diorang, aku dulu time pegang tittle trainee macam-macam gak line trainer cakap ngan aku,komplen aku. Time tu aku pon bukan nya rajin sangat, paling rajin bila dapat nota member-member aa, standard aa aku wat drawing member wat report combine jadi aa satu citer hebat.

Tapi aku pon ade gak sometime angin ngan dak trainee aku, tapi aku rasa perlu untuk kebaikan diorang . Korang nya trainee camana aa???

Alam siapakah ini?



Kita sebenarnya hidup bersama-sama dengan kehidupan yang lain, sama-sama berkongsi alam pinjaman tuhan untuk menikmati hidup yang sementara. Ada digambarkan dalam banyak kepercayaan dunia supaya kita menjaga kehidupan liar dan yang tidak liar yang lain.

Kudin ngan Ashook ada jumpa ngan labi-labi sesat kat TJ-8, aku rasa labi-labi tu nak gi makan pucuk kayu, tak pon pasal dia nak cross ke satu kolam lain tiba-tiba GPS dia rosak dan tersasar ke well pad. Kudin yang terkenal dengan keprihatinan kepada binatang liar dan yang tidak liar telah mengambil keputusan untuk menghantar labi-labi tersebut ke kolam yang sepatutnya. Sikap cinta kepada alam dan penghuni alam sememangnya patut di semat kepada rakan-rakan kita semua untuk mengelakkan kepupusan binatang di tanah arab ini..Aku ingat kat sini tak de labi-labi tapi aku tersasar....

Sep 23, 2008

Nizam

Budak nie memang lama dah aku kenal. Budak nie slow jer nampak tapi ridgid giler. Kadang-kadang aku pon misjudge gak ingat kalau slow-slow mesti kena buli ngan dak Sudan, kena buli ngan dak Pilipin tapi turn out dia yang strict dalam keje, aku dok dengar kat radio dia dok buli operator kat luar plant. Kita memang nak pakai orang yang ridgid macam nie sebab kita nak tunjuk ketegasan kita dalam keje. Aku dengar citer kalau kat kampung Nizam nie kalau kat tengganu memang pantang dicabar kalau dengan kereta mesti kena kejar mesti kena tunjuk belang.

Nizam memang best la..

Gadget aku..

Mesti korang tertanya-tanya apa barang electronic yang aku bawak bila travel dan untuk keperluan mengisi masa lapang aku kat Tharjath

Gadget aku
  1. Motorola v3i- untuk aku talipon driver dan talipon bini masa sampai kat satu-satu destinasi, aku pakai maxis roaming jer, dulu aku ada gak beli satu sim card zain untuk Sudan nya line tapi kena block bila talipon jer kuar sora pompuan cakap arab, yang aku paham dia cakap "tak" jer. so aku amik kesimpulan kena block aa tu.
  2. iPod Nano- kadang-kadang nak tunggu connecting flight memang makan masa, so aku layan aa album aku yang lama-lama.boleh laa kurang kan skit boring aku kat airport.
  3. Digital Camera-Yang aku pakai skrang nie model Sony F-77 ingat dah 6 taun kot, 4 MPixel jer tapi bleh laa setakat nak amik gambar wat kenangan.
  4. Sunglasses-Yang aku pakai wat travel ngan wat keje sama jer. Aku kalau tak pakai sunglasses memang macam cina tua aa sepet giler mata aku pasal tak tahan silau. Yang aku ada skrang umo dia baya anak aku laa kot, 5 taun. Aku pon bukan nya suka nak bazir duit beli baru pasal dari segi functional memang ok lagi. 2 taun lagi aku nak tukar laa pasal spare part sumer dah obselete.
  5. Maglite-Ada dua yang aku bawak, satu solitaire satu yang pakai AA bateri dua-dua aku beli sendiri pasal dulu kroni jer dapat masa kat platform. Aku tengok kat ada kat supermarket so aku beli jer laa.
  6. E-sky simulator set- Yang nie aku wat training helicopter control, ade gak plan nak beli mainan nie sebab syok tengok mechanisme dia. Korang tau laa aku pon mekanik so suka aa benda-benda macam nie. insyaAllah aku nak beli aa.
  7. Laptop- Skrang aku pakai Sony VAIO VGN-SZ75GN yang nie memang aku baru pakai sebab twinhead aku dulu jatuh kat transit house, ko tau jer laa aku ngan computer macam bini no 2 aa. takde computer macam kucing ilang anak aa.Dual boot macam dulu gak, satu Vista satu Ubuntu
  8. External Hardisk- Aku rasa sumer orang ada pakai nie aa. so aku beli gak laa satu wat standby data aku.
  9. Palm TX- aku pakai wat check email aa time dekat airport, takkan nak check email nak bukak computer, malas gak aku.
So nie jer laa gadget aku setakat nie. 2 taun lagi aku nak tambah la skit lagi bagi cukup kilo beg aku hehehhe...

Sep 22, 2008

Roomate aku.




Nama: Khairuddin M Kasim
Umo: 49 Taun
Jawatan: FSF/Tok Gawwo sebeloh sungai.
Jawatan: Bibik Malaysia Hall dan penolong tukang masak.
Jawatan: Driver utility
Jawatan: Juruteknik Komputer
Jawatan: Tukang kejut aku pagi-pagi
Jawatan: Line Trainer kepanasan
Jawatan:

Kemahiran: Production operator, kelasi kapal, welder, FSO cargo tech dan ade lagi yang aku kena sembunyikan untuk kepentingan bersama.

Jumlah Isteri: 1
Jumlah anak: 4
Jumlah kereta: tinggal 3
Jumlah topi: banyak.

Kegemaran: Shopping, main golf, melancung dan DIY.
Kegilaan: Komputer software dan hardware
Gelaran: Low Yatt

Aku bernasib baik sebab sebilik ngan member aku nie, dulu masa aku kat DLB dia slalu jeling-jeling kat aku sebab aku lagi macho dari dia, mungkin dia jeles kot. Tak pon sebab aku suka bukak software yang dia install kat komputer.Roomate aku nie kira cam sekepala ngan aku la. suka computer suka tido macam aku( suka tido tak sama dengan banyak tido,maksud aku bila tido laptop ade kat tepi), suka borak macam aku tak pon dia yang sama macam aku.

Setakat nie aku tak de masalah dengan roomate aku kecuali aku yang biasa bagi masaalah kat dia, yelah sebab aku adik...dia abang so adekala abang kena tegur adik.

Keropok Lekor

Kalau aku cakap keropok Lekor mesti korang tau dan dapat bayangkan mende keropok lekor tuh. Keropok lekor atau keropok losong memang terkenal di Terengganu. Ada satu van modified aku tengok ada cop Keropok Losong Terengganu dok jual pasar malam sekitar KL, memang sohor la keropok nie. Memang laa korang tak rasa termendousnya kalau aku citer pasal kopok lekor tapi kalau korang imagine dekat tengah-tengah savana Tharjath nie aku pon dapat makan keropok lekor memang syok la. Rasa macam dekat jer ngan Malaysia, rasa can dekat jer ngan Losong, rasa cam dekat sangat. Orang yang selalu bawak kopok lekor nie ialah Hj Saidi dan Tengku Rahim. Last time Tg Rahim bawak 18 Kg kopok lekor siap ngan pencecah dari siam, pedas dan manis, memang syok laa...yang tukang goreng lak Nizam, kena lak kopi white house yang aku bawak dari Kota Bharu memang best aa...kalau korang rasa sedap makan kopok lekor kat rumah aku rasa macam 4 kali ganda sedap dari kat rumah.

kopok keping pon ada gak kat Tharjath nie, Hj Man slalu bawak 1 pek satu ari time bukak posa, tak tau laa aku bape banyak stok ade kat bilik dia, kalau kat mesia dah boleh cah cop bilik dia macam cop kat van modified.

Apa yang aku paham hormat

Korang ingat tak dolu-dolu ada citer "Crime Story" yang jahat nama Ray Luca, drug dealer dan macam-macam dealer. Aku memang minat citer nie pasal ada watak baik dan watak jahat, pompuan dalam citer nie pon lawa-lawa gak. Ada satu benda yang aku ingat pasal citer nie, bab last-lask gak laa.

synopsis
Ray Luca nie jahat dan licik tapi mana- mana dia lari ataupon kegiatan apa pon dia buat polis mesti tau gak, kalau ada sapa-sapa yang dia rasa mengkhianati kegiatannya maka hukumannya adalah bunuh, abyss memang tak bleh lari nya, talam dua muka memang tak bleh idup senang dengan Ray Luca. Dalam citer nie kalau Ray dihadapkan ke mahkamah dia tetap akan lepas kerana dia ada peguam yang hebat yang merupakan orang no 2 dalam kegiatan Ray. Bila tiba ke penghujung cerita Ray telah lari jauh dengan orang-orang kanan tetapi masih lagi dapat di kesan oleh polis. Ray Mula mengesyaki abyss adalah orang yang paling dekat dam sentiasa bersama nya. Peguam yang dibela oleh Ray adalah orangnya.

dipendekkan cerita semasa Ray mengacukan pistol di kepala peguamnya dia berkata " Respect is something that you can give but you cannot demand"

moral citer nie aku simpan sampai sekarang, hormat ialah satu benda yang kita boleh bagi tapi kita tak boleh mintak.

Aku selalu hormat dengan orang dan juga binatang, sebagai contoh aku hormat kat ular tedung tapi aku tak boleh nak mintak ular tedung hormat kat aku. Aku mungkin tak bunuh ular tedung tapi ular tedung mungkin boleh bunuh aku dengan racun dia yang power atau mungkin aku akan lawan balik untuk mempertahankan diri, paling simple aku lari la....

Kalau kat binatang pon aku hormat inikan pula orang yang lebih kurang sama macam aku. Macam-macam cara kita boleh tunjuk hormat kepada orang lain. kalau aku nak tulis memang satu page full aa blog aku nie.

Tapi ade juga kes bila aku hormat dengan orang tiba-tiba orang tu jadi garang macam ular tedung macam harimau. tapi aku hormat juga pasal aku tau dia bukan binatang, cuma hormat aku dah jadi kurang skit la.mungkin sama macam aku hormat binatang laa...

Sepanjang masa aku kat Tharjath aku tak de masalah dengan hormat dan menghormati sesama pekerja, sesama orang atasan dan binatang liar kat Tharjath. Aku selalu refer buaya kat OGM 5 sebagai kawan aku. Meercat pon kawan aku juga. kucing liar pon kawan aku.Badak air dah lama tak kelihatan kerana pemalu. bila ada kawan-kawan yang baru tak lupa aku kenalkan mereka dengan kawan-kawan aku. Korang jangan pula salah tafsir cakap aku nak jadi binatang sebab banyak kawan dengan binatang. Tapi itu lah cara aku hormat kat binatang yang aku rasa aku faham dan dok tengah nak faham. Aku harap orang yang baca ni pon hormat juga dengan tulisan aku. Walaupon aku tau ada yang tak brapa setuju dengan cara aku nie.

Sesamalah kita menghormati sesama kita.

Sep 21, 2008

Malasnya diorang nie..

seeing is believing....

kawan aku penah cakap orang kat sini malas skit, aku percaya. kawan aku cakap orang kat sini tak suka wat kerja, aku percaya gak. kawan aku cakap kat sini ketinggalan 20 taun dengan tempat kita, aku percaya gak.

Ok skrang aku nak bawak korang masuk dalam satu pemikiran yang luar biasa. pemikiran yang boleh mengubah persepsi sesuatu benda.

Kalau diperatikan kehidupan orang kat sini memang la diorang nampak macam pemalas tak suka bekerja dan macam2 lagi label yang kita bagi kat diorang. mungkin pasal kita dah bekerja sekian lama dan dah masak dengan pelbagai jenis kerja. kalau kat opis macam-macam kerja orang kita boleh buat. kalau dekat offshore macam-macam kerja kita boleh buat, ditambah lagi dengan Multi Skill atau pon dual skill. kadang-kadang satu orang ada macam-macam skil, ade skill kerja ada skill masak ada skill pancing ada skill bercakap ada skil wat modified ada skill bolasepak, member aku ada sijil kejurulatihan apa. rajinnya orang kita nak dapat kan skill dan yang paling bagus ialah skill bodek tak ramai yang dapat skill nie pasal kalau sumer ada skill bodek nanti penuh lak kota 2. orang kat sini sumer malas nak ratakan tanah pon malas.nak tolong org pon malas.

tapi....

memang betul laa org sini tak tau lagi buat keje sebab diorang nya pembangunan lambat. sebab diorang nya resources sumer limited.diorang nya skill belum develop lagi. bukan nya diorang ada internet kat rumah nak join skim cepat kaya macam kita.nka melabur swisscash pon diorang tak tau.kita kena gak laa pikir kenapa diorang jadi macam tu. kena laa kita faham kenapa diorang malas.ada member aku kat sini cakap budak suruhan dia rajin " time macam nie mesti dia dah mop lantai" maknanya diorang dah buat keje aa tu.maknanya diorang dah tau aa tu time keje diorang.orang kita pon tak de nak keje dari pagi sampai tengahari non stop cuma orang kita pandai bagi masa wat keje dah memang bleh budget aa satu ari apa benda yang bleh disiapkan.aku rasa kalau kita betul cara nak bagi keje kat diorang, diorang suka jer wat keje. member aku cakap kita kena provekan kat diorang dulu lepas tu memang diorang akan ikut cara kita.ade gak kadang-kadang dah 4 kali prove tapi tak jalan jugak.mungkin pendekatan kurang seswai kot.mungkin sekali sekala kita tukar skit dari kerja jadi hiburan dari hiburan jadi beban baru diorang faham kot. ade gak dikalangan diorang disebut2 bila dah pandai jadi eks semacam dah tak dengar cakap orang, tu maknanya mereka tetap dengan pendirian mereka.sebab mereka rasa mereka dah pandai dah bleh buat keputusan.kita pulak label diorang tak dengar cakap orang.tak dengar cakap kita yang sudah puluhan tahun dengan urusan keja.kalau asyik kita keluar arahan memang laa diorang malas nak ikut.sekali sekala kena laa bagi peluang kat diorang.bagi sedikit tanggungjawab kat diorang.biar diorang buat keputusan.kalau tak betul kita tegur kemudian.malasnya diorang nie...kita memang suka labelkan orang, macam kita labelkan lembu jantan.

dulu malaysia pon mundur juga, nasib baik ada UMNO uruskan kerajaan. tolong atur kedudukan kaum dan kewangan.kalau tak melayu pon jauh ketinggalan.ingat cina pon dok gali timah jual getah sampai sekarang.dulu kita pon malas macam diorang pasal sumber pekerjaan tak banyak.pasal pengangkutan pon tak bagus macam sekarang.tapi bila kita dah maju dari diorang kita label diorang macam tu pulak.diorang berperang dengan senjata tapi kita menikam dengan label-label malas kita. kita kena kuatkan iltizam datang kesini nak bagi sokongan bukan nak tikam dari belakang.kita lakukan dengan terbaik untuk tolong saudara sedunia kita.saudara seislam kita.untuk kebajikan dan kemakmuran.kita pon bukan nya tak dapat keuntungan.

aku dulu memang suka tempek label kat orang, macam-macam aku bleh labelkan macam amik kertas kat printer jer aku tempek kat orang tapi bila kawan aku bagi nasihat jangan suka labelkan orang.aku pikir-pikir gak laa..sapa laa aku disisi tuhan nak labelkan orang dengan macam-macam.

kadang-kadang aku pikir gak laa kenapa virus label nie cepat berjangkit mungkin punca dari media kita yang suka-suka melabelkan orang, melabelkan puak sebagai pembangkan. labelkan mat rempit, labelkan bohsia,labelkan orang atasan yag paling best skali kalau dapat label ornag kaya.kawan kalau kita kerja susah skit kita pon sekali sekala ade gak keluhan cuba pikir pasal diorang yang tak dapat training macam kita orang memang malas aa diorang.

korang mesti tak suka baca pasal nie. tapi ade gak yang dok ulang-ulang.aku memang sengaja tak atur ayat baik-baik sebab aku pon malas juga kadang-kadang.

Harap korang tak label aku jadi macam-macam.sekian


This entry is to demostrate how perception overcome the situation and how twisted thinking could be an advantage in your normal life.

Fasting month at Tharjath...

Ramadhan Al Mubarak is coming, the month of fasting, the month where Muslim extending their practice to Allah. Muslim God SWT. It was challenging to have a fasting period in here. The temperature could be 28 deg C in the morning and goes up to 38 deg C in the afternoon. For approximately 12 hours drinking and eating are prohibited stating from dawn to sunset. According to a doctor, the digestion period for a normal people is 12 hours, about the same to a fasting period. No harm to the people and good for a stomach too. Imagine working in this kind of temperature without water and food during fasting month, imagine the thirsty and empty stomach. It was once a while in Malaysia reaching the highest degree of temperature but humidity is the different bettween here. It was hot and dry, your laundry can be dried in 3 hours. Allhamdulillah Most of us are fasting lke no different. All those thing mentions above is to attract readers in this kind of writing.

Lucky me to have the same crew with Hj Saidi A Ghani, Khairuddin M Kassim, Hj Azman, Ravi Kumbong, Amit Som and Hj Fadhilah to names few. All of them take a very good play to organise and cook something for break fasting(bukak Puasa).
Hj Saidi- Chef One form Hilton
Khairuddin- Bibik
Hj Azman-Special appearance chef from Park Royal Trengganu
Ravi-Utility services and hygiene coordinator
Rosli Jamaluddin- Material coordinator
Amit Som- Good Tester and veteran cook from Sarawak River View
Hj Fadhilah- Tradisional food coordinator, sambal belacan specialist
Me- Bibik and second cook, Thai's food, Kelantan delight.

4:30 I will fetch Hj saidi provided of his free time from duty
4:40 Khairuddin will arrive and clean all the stuff left during sahur.
4:45 Khairuddin prepare all the cooking stuff while Hj Saidi prepare the hot plate and some light food.
5:00 Hj Saidi finished 2 main meal.
5:05 I finished 1 extra meal
5:06 Hj Saidi thinking of another meal.
5: 10 Rice cooked by Khairuddin.
5:30 Ravi arrived and clean/vacuum the floor.
5:45 Nizam the water boy arrives and boil tea or coffee.
6:00 Amit and pineapples arrived.
6:01 Hj Azman And Keropok Arrived.
6:30 Most of us are waiting at Malaysia Hall.
6: 45 Special extra pineapples from Amit ready to roll out.
6: 48 Drinks served
6: 50 Keropok Served
7: 00 Ad Doa from Hj Azman or Hj Fadhilah.
7:05 Eating time.

The charges of the food basically depends on the menu, usually 3 main course and 4 additional side dish offered at Malaysia Hall Tharjah during fasting months. Everybody brought their own raw material to lower down the cost of the buffet. Everybody's seem to enjoy the food served on eve

I used to address Hj Saidi as Chef from Hilton because of the food serve by him was very nice, tasteful and wonderful. I bet that he was a good chef at home too.



The cost of the food?
FREE but limited to 1 extra additional rice....

Sep 20, 2008

Here comes the trainees...

They call it sudanization, its where Malaysian will be replaced by Sudanese to work in the field and the office too...149 trainee already posted to Tharjath to go through their on the job training. i was told that it was part and parcel of the assignment as well. in other word we will not get paid to teach the trainee. the training coordinator stay in Al Khartoum and all the trainee is 1000km at Tharjath. The line trainer was here last month for a short briefing on how they are going to get us to implement the successful training activities.

Its easier to speak rather than to get involved face to face with the trainee, some of them are eager to learn some of them are cool enough that a snake can pass through their feet. The task book is 99% the same like what we use before for our own training program, sooner all the trainee will become a good skill worker to take over the whole plant operation.

They were divided into a few group and assigned to every deparment at the site, for every 2 weeks they switch their position into other deparment, that was a fast track lane to train all of them into a basic plant operation.

Personal point of view

Good things first
  1. 2 weeks rotations means that i will see different type of trainees in a very short time.
  2. I have new friends for every 2 weeks.
  3. They can become my helper during my normal job. Because my helper already left for a better job in Ad Doha( this what I heard from a friend)
  4. Different type of people makes me feel more challenging.
  5. They help me out sometime on my workload
  6. I can capture their level of knowledge and social culture.
  7. I know more bout Sudanese.
  8. I can learn more local dialects and Arabic Language.
  9. I can show my anger(sometime).
  10. Remind me to my old days during my training period back in 1995.
Bad things are;
  1. They tend to ask the same question.
  2. Too many of them and I cannot commit to all the trainee
  3. I wasn't attend any formal training to become a trainer.
  4. Some of them are quite stiff, they don't want to listen to me
  5. I cannot stay punctual to pick up them because of my work nature and unscheduled working time.
  6. My expectation is very high.
  7. They don't understand my simple English and need translation
  8. Sometime they asking for something out of the job scope, I'm not a driver to sent them to their village for example.
  9. I kept wondering? who teach them engineering drawing, definitely not Mr Saidin if not no wonder their drawing are like Picasso's.
I ask them a simple question to acquire their personality, to capture the state of understanding and communication.

"What is the function of the car?"

  1. The car make us move faster to the destination and make people happy.
  2. We can reach the destination faster. More people like us because we have car.
  3. We are less affected by weather and dust by traveling with a car.
  4. No answer at all, don't know how to express things in English.
The answer above will be the key indicator towards their creativity and communication level. Some of them tend to keep quiet and talking in Arabic to their friend to have their answer voice out, some of them are writing a novel to answer my question, some of them just kept on smiling. The intonation will determine their level of knowledge.

I'm looking for short and meaningful answer.
" the function of the car is to transport people from one point to another"

When we talk about technical stuff, we don't usually write or express thing like what they did to create a Harry Potter. Have a look at your pump manual and Lord of the Ring. The different is wide, this is where you can differentiate the need, accessories and functionality.

Coming back to the story, not all of them will have the same chance to get the job here some of them will be transferred to other location, they are competing amongst themselves to be the best oil and gas skilled worker.

I'm willing to teach as long as they are willing to grab my tiny knowledge. Otherwise I will be staying longer than what I'm suppose to be.

Jangan cakap pasal rindu

Aku memang sorang yang gagah, aku memang sorang yang kasar, aku lelaki sejati, aku memang sorang yang keras... tapi

Den masih lagi consider den nie bertuah sebab dibagi cuti sama ngan hari bekerja, maknanya kalau den kejo 28 ari cuti pon 28 ari. Masa cuti den bleh laa jumpo ngan anak-anak den, ngan bini den dan sedara mara den kek kampong. Bila time cuti den biaso bawak family den pi jalan-jalan den hepi depa pon hepi. Bila time nak gi keje biasa bini den pi antar kat airport, bawak budak-budak sumer, budak-budak bukan reti lagi pasal nak gi keje, anak den yang kecik baru 2 tau lebih tapi cakap dah pandai " babah gi keje ke Ummi?" soalan lazim aa kot untuk budak yang pandai cakap. Boys sumer dok ralit main troli beg tak layan sangat tapi sebagai bapa aku tau diorang macam ade silent protest sebab bila aku hulur tangan nak salam diorang Nampak cam semacam jer...susah den nak gambarkan, diorang tau kot aku nak tinggalkan diorang. Dalam mata ada gak signal yang aku bleh tengok dan faham. Bila dah start terbang aku terbayang wajah anak-anak aku, aku terbayang ketawa diorang aku terbayang tangis dan karenah diorang. Aku terbayang semua kenangan. Bila aku makin jauh dengan diorang aku pujuk diri sendiri, insyaAllah kalau dizinkan berjumpa lagi dengan diorang...kadang-kadang aku malas nak cakap pasal rindu.


 

Aku pon orang biasa jer bukannya ati kering sangat.

Merdeka

31th August aku celebrate birthday anak aku yang no dua, tak de belah-belah kek Cuma ucap selamat jer, nasib anak aku kecik lagi tak Nampak sangat frust walaupun Nampak macam protest skit2 ade gak tanya2 birthday kek tapi aku wat dunno jer pasal aku dah nak kena travel petang nanti. Pukul 6 aku dah ada kat airport, flight pukul 8, pukul 9 aku kat KLIA. Tipon member dari KT tak sampai lagi....

Dekat pukul 12 aku dengar music patriotic, ada sambutan kemerdekaan rupanya dekat KLIA, diorang distribute bendera free, aku dapat gak laa 2 yang aku lekat dekat beg aku sempat juga aku jerit2 merdeka dekat Malaysia. Aku geng ngan staff KLIA nyanyi lagu patriotic diorang pon bagus ada yang hafal banyak lagu partiotik ok laa kan lagu2 macam nie bukan ada kat pusat karaoke pon kira patriotic gak laa.. aku, Hj Nawi ngan shafie dok layan gak laa sambutan kemerdekaaan KLIA. Setelah sekian lama kita merdeka aku ada la peluang keje kat sudan org lain pon ade keje kat luar Negara, tempat lain yg lebih canggih dan glamer dari tempat keje aku tapi bagus sangat dah pasal dapat gak aku tengok2 negara orang yang dah merdeka tapi tak membangun macam Malaysia.

Kalau nak dibandingkan Malaysia dengan sudan secara keseluruhan kita memang lebih aman walaupun ada perarakan bersih kalau dekat sudan diorang tak de nak berarak bersih, diorang kalau boleh nak sapu bersih jer. Aku malas nak taip lebih2 ko piker laa sendirik karang tak pasal2 aku kena ISA kat sudan lak.

Nie aku ada snap few pic untuk kawan2 sumer.

Korang rasa aku nie patriotic ke?

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

Selamat Hari Merdeka/Happy National Day 2008

30th August aku celebrate birthday anak aku yang no dua, tak de belah-belah kek Cuma ucap selamat jer, nasib anak aku kecik lagi tak Nampak sangat frust walaupun Nampak macam protest skit2 ade gak tanya2 birthday kek tapi aku wat dunno jer pasal aku dah nak kena travel petang nanti. Pukul 6 aku dah ada kat airport, flight pukul 8, pukul 9 aku kat KLIA. Tipon member dari KT tak sampai lagi....

Dekat pukul 12 aku dengar music patriotic, ada sambutan kemerdekaan rupanya dekat KLIA, diorang distribute bendera free, aku dapat gak laa 2 yang aku lekat dekat beg aku sempat juga aku jerit2 merdeka dekat Malaysia. Aku geng ngan staff KLIA nyanyi lagu patriotic diorang pon bagus ada yang hafal banyak lagu partiotik ok laa kan lagu2 macam nie bukan ada kat pusat karaoke pon kira patriotic gak laa.. aku, Hj Nawi ngan shafie dok layan gak laa sambutan kemerdekaaan KLIA. Setelah sekian lama kita merdeka aku ada la peluang keje kat sudan org lain pon ade keje kat luar Negara, tempat lain yg lebih canggih dan glamer dari tempat keje aku tapi bagus sangat dah pasal dapat gak aku tengok2 negara orang yang dah merdeka tapi tak membangun macam Malaysia.

Kalau nak dibandingkan Malaysia dengan sudan secara keseluruhan kita memang lebih aman walaupun ada perarakan bersih kalau dekat sudan diorang tak de nak berarak bersih, diorang kalau boleh nak sapu bersih jer. Aku malas nak taip lebih2 ko piker laa sendirik karang tak pasal2 aku kena ISA kat sudan lak.

Nie aku ada snap few pic untuk kawan2 sumer.

Korang rasa aku nie patriotic ke?

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan.