Mar 30, 2009

Bulan March yang busy...

Sebesar mana pun kuasa kita di dunia ini kita masih belum mampu mengawal semua pergerakan, beberapa perkara akan berlaku dengan tiada suruhan dan arahan. 

Den dah lamo aa tak taip kek blog den ni....skrang den baru abih tulis assignment dan antar setelah due seminggu. Den ado gak laa amik time leisure dok chatting, pastu dok layan skype ngan member-member, tiba-tiba idea datang....

Aku dan member sumer hidup dengan macam-macam kesulitan, kesulitan komunikasi dengan rakan pekerja kesulitan untuk mendapatkan bekalan makanan, kesulitan untuk perjalanan dan macam-macam kesulitan yang aku hadapi ketika menjalani kehidupan di perantauan. Apapon aku tetap dengan pendirian dan berusaha untuk membantu syarikat dengan sumbangan kecil ku.

den raso skrang den dah blaja berbahagia dengan kesulitan, semua kesulitan dah jadi bahan jenaka untuk di gelak kan dengan kawan-kawan. Idea kreatif memang berputar untuk menukar kesulitan menjadi bahagia, menunggu untuk di manipulasikan sebagai bahan jenaka. Mungkin satu hari nanti den tak dapat nak bezakan apakah jenaka atau kesulitan. Dulu bila den ado free time den biaso baca buku, buku self enrichment, ada satu buku karangan Sharifah binti ( den lupo aa) pasal macamana nak idup dengan tenang dan mengatasi masaalah.  Satu benda yang selalu den ingat ialah persepsi. Sharifah selalu cakap kita kena tanam satu benda dalam otak kita supaya kita selamat " My world is always safe" phrase ni ado lam buku dan den tanam dalam otak. Bila den bangun pagi den siram lagi lagi pokok persepsi ni. Sekarang nie dah tumbuh skit kot.walau pun kepanasan matahari kat sudan nie mencecah 43 deg C.  Apa pun yang akan berlaku akan berlaku dengan persepsi yang den tanam nie. InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment