May 28, 2009

Joni and Miki....

Memang dasar dan lumrah setiap orang kat dunia ni suka berkawan, macam-macam cara dan bentuk perhubungan di cipta untuk mendekatkan kita dengan kawan. Semakin tiada halangan malah lebih memudahkan kita untuk berkawan. Syarikat besar di dunia menjadikan lumrah berkawan untuk mengaut keuntungan dengan mencipta berbagai-bagai aplikasi web untuk memudahkan manusia berkawan, nama-nama friendster, myspace, MSN,facebook dan banyak lagi di cipta untuk kita menguruskan persahabatan.




Selain dari mempunyai kawan dari kalangan manusia den juga suka berkawan dengan binatang. Nama anjing den ni adalah Joni dan Miki. Den jumpa anjing ni masa menatang ni kecik2 lagi, den ingat nak bela dari kecik tapi kesian tengok dok tengah isap susu ngan mother dia, so den tunggu dia besar skit baru den kawan ngan dia. Den pernah tanya mak dia bleh dak kalau den nak bela tapi mak dia tak bagi sebab dia sayang kat puppy nya...lagipon dia cakap anak2 dia yang lain dah besar-besar ada yang mati kena tembak masa orang komplen banyak anjing, ma dia cakap tunggu besar bleh laa wat kawan. den ok jer..tak pe laa kalau mak dia cakap cam tuh..

Sekarang nie anak-anak dia dah besar skit, ada 4 ekor sumer. Joni yg paling den suka, Miki kaki lawak, vikto yang panas baran pastu Junior yang paling manja...sumer jadi kawan den.

Mesti korang cakap den pelik sebab suka anjing, ok skrang den nak cerita. Dulu masa den umur 5 taun, den penah bawak balik anak anjing kat umah sebab nak bela. den bawak sekor, adik den bawak sekor..bukan main suko den ngan adik den dapat sorang sekor...peluk macam kucing...telinga anak anjing nie eee cute jer den tengok..suka bangat. TAPI ....bila sampai rumah..Mak den nampak...memang terperanjat...mak den serta merta soh antar balik anak anjing tuh kat tempat den amik. Time den nak antar den tengok Mak anjing tuh dok tunggu jer, den lepas balik anak anjing tu den blah....sempat juga den toleh tengok Mak anjing tu gigit anak dia bawak masuk sarang...
Bila sampai rumah Mak den dah ready ngan baldi...ada air tanah.air selut ke apa...disamak nya tangan den ngan adik den. Sambil basuh-basuh den tahan gak laa telinga donga Omak den berleter cakap anak anjing tak bleh pegang, tak bleh main bla..bla..bla...

Skrang ni aku pon sebenarnya takut-takut gak ngan kawan baru aku nie..tapi tak pe laa pasal aku berkawan je. Nanti bila-bila dah biasa ok laa kot.

semalam bila aku panggil dia gerak-gerakkan telinga...den tau dia donga aa tuh...


Orang cakap anjing nie kawan yang baik. Bila den dah rapat ngan kawan den nie..baru den realise yang anjing den ni betina...skrang den tukar nama dia jadi Jeni...

1 comment:

  1. Mmg la kalau nak berkwn tu baguss jang,,tp den pikir gak nii,,,pandai anjing tharjath ni leh dengar kecek nogori...pas tu kecek kelate,,buleh belaka kwn ko ni jang...

    ReplyDelete