Jun 7, 2009

Nasi Briyani nya ceto....

Aku masih lagi merasakan hentakan tayar Blue Bird Aviation flight Beech 200 yang agak keras ketika mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum. Bahang panas terus hinggap di lengan seketika keluar dari pesawat. Aku mengenakan kacamata hitam untuk mengelakkan silau dari panas terik matahari. Terasa debu-debu halus memasuki lubang hidung dan bergerak tanpa batasan ke kerongkong dan seterusnya. Terasa juga bahang seakan jalur halus di lengan ku yang yang agak cerah. Orang asia agaknya memang tak tahan panas. Aku, Mgie dan Rosdi bergegas ke conveyor yang berpusing untuk mengambil bagasi.

Kami berdiri di luar bangunan untuk menunggu kenderaan untuk menghantar kami ke Kompleks Pejabat. Aku mengeluarkan sebatang rokok untuk di nikmati setelah dua jam menahan gelora ketika berada diparas 17 ribu kaki di atas paras laut. Sesekali aku melihat diriku di cermin bangunan, sesekali aku berbisik kepada diriku sendiri, aku tetap macho ditengah panas ditemani kepulan asap dari sebatang rokok. Aku sudah terbayang Nasi Briyani yang lazat untuk di santap nanti. Mgie juga menngiyakan cadangan untuk makan Nasi Briyani yang di jual di kantin pejabat. Selain dari melunaskan urusan pejabat Nasi Briyani dan Roti Canai memang menjadi urusan kedua penting ketika berkunjung ke pejabat. Setelah sebulan mengambil makanan yang sama ketika berada di Tharjath, peluang yang ada untuk mengecap makanan yang lain tentunya menjadi keutaman kepada kami.Pemandu van datang...


Tho:guano kereto tak banyok ari nie?

Mgie: ye laa skrang baru pukul 11 pagi orang tak keluar lagi.

Driver: Mashi wein?

Aku: nahnu mashi maktab.

Rosdi : ( senyap yoo mungkin ngantuk, nite shift)

Perjalanan dari lapangan terbang ke pejabat hanya mengambil masa 15 minit, kenderaan agak lenggang mungkin kerana penghuni Khartoum belum keluar dari kantor maktab untuk mencari makan, mungkin masih awal seperti yang Mgie katakan. Sempat juga aku bertanya khabar kepada pemandu sambil melihat poster yang memuji-muji Presiden Al Basyir, pembawa perubahan kepada Negara Sudan. Mgie dan Rosdi berborak-borak mengenai keadaan bandaraya Khartoum, aku dengan selesa melabuhkan punggung disebelah pemandu dihadapan. Aku cuma memerhatikan keadaan jalan raya yang bersipang siur dan sempat juga aku membebel tengtang pusingan bulatan yang juga terdapat landasan keretapi di tepi nya. Keadaan belum tersusun tidak seperti jalinan jalan raya disebelah pantai barat Malaysia.

15 minit berlalu, kami sampai di pejabat.

Sudah beberapa kali aku menjejakkan kaki ke pejabat yang tersegam indah. Pejabat yang berdiri teguh mengadap sungai Nil. Begitu lah gahnya pejabat kami yang menunjukkan kuasa dang pengaruh urusniaga kepada Sungai Nil. Taman hijau dan pokok bunga kecil menjadi hiasan dilaman pejabat. Hati kecil bertanya "kenapa kosong jer pejabat nie".

Mgie: Jom kita amik tiket.
Tho: Alaa..skrang lunch time org sumer gi makan tak de orang gak kat opis, elok kita gi makan ...
Rosdi: mana-mana aa aku ikut jer...

Setelah mendapat kad pelawat kami bergerak ke kantin untuk menikmati Nasi Briyani. aku seperti biasa berjalan dihadapan di ikuti Mgie dan Rosdi yang melangkah agak perlahan.

Tho: mano abih blako doh ni... Nasik Briyani ado? (den tanyo kek budak Pinoy tu, memang sah dia tak paham cakap kelantan sebab dia tak respon cuma terpinga-pinga jer)
Tho lagi: Tak dok lauk a ari nie cepat abih...
Mgie: Memang aa kita dah lewat skit orang lain sumer dah kebas..
Tho : We want Nasi Briyani, three Chicken Nasik Briyani (den order kek dak pinoy tuh..)
Budak tuh: Mengangguk-angguk tanda paham.

Rosdi berjalan perlahan menuju ke kaunter pembayaran, sempat juga aku memberitahu rosdi untuk menikmati Nasi Briyani sebelum membuat pembayaran, Rosdi mengatur langkah membasuh tangan dan meneruskan pembayaran

Mgie: berapa bayar?
Rosdi:40
Tho: mahalnya pasala cam dobel jer..
Mgie:Aku rasa last time murah jer aku bayar...pasal mahal lak ari nie.
Mgie: agak nya bila nasik dah abis diorang baru masak kot..so mahal aa skit.
Tho:Nyum.nyum.nyum...makan yoo..

Nasi Briyani sudah sedia terhidang. Aku mencari ayam yang di timbus dengan nasi. Kami menikmati Nasi Briyani dengan tenang, jenaka kecil Mgie menemani hidangan. Aku sempat juga menoleh kepada dua aweks yang sedang makan di di sebuah sudut yang agak jauh dari tempat kami. Setelah habis mengisi perut kami menikmati Teh Tarik dan asap dari rokok jenama Malaysia.

kami berjalan perlahan menuju ke blok pejabat untuk melunaskan urusan sebelum berangkat ke Malaysia, kami menggunakan lif ketingkat tiga, kami memang sedikit terperanjat kerana suasana pejabat tidak seperti biasa, pejabat amat kosong dan malap dan kami juga sebenarnya tersalah tingkat, urusan sebenar nya di tingkat 2. Sempat juga aku melihat dan memuji karya Ismail Mat Husain yang digantung ketika bergegas keluar untuk ke tingkat 2. "karya Ismail Mat Husain semestinya bernilai puluhan ribu, Ismail Mat Husain pakar lukisan Batik" komen ku kepada kawan-kawan yang mungkin kurang mahir menilai hasil seni.

Kami meneruskan langkah ke tingkat 2. Kali ini kami memang kami terpinga-pinga, kami seperti tidak percaya dengan apa yang di beritahu, kami seperti di tipu, kami hanya mampu ketawa sesama sendiri apabila di beritahu. "Today is Saturday, no people working today"
Kata A Malik yang masih setia di pejabat.

Kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Kepada kawan-kawan semua sila ingat hari dan haribulan sebelum menapak.....

Sepanjang hari kami ketawa kerana tidak percaya hari Sabtu adalah hari cuti. Den raso ari sabtu cuti gak kat tompat den..aheheeheh...

2 comments:

  1. Tho,
    The name ROSDI seems like to official laaa....
    Maybe you can change it to... SEDI perhaps, in your next issue.
    Solly.
    Just my seposen of view.

    ReplyDelete
  2. ada geng kena tipu gakk ... hahaaaaaa.. nak suka aku baca citer nasi briyani hari sabtu ... haaaaa heeeeee

    ReplyDelete