Jul 3, 2009

Bila balik cuti....2

Selain dari menghabiskan banyak masa untuk belajar di Mashiwein.com, den juga ada bekerja siang dan malam untuk menjadikan impian seorang peniaga wanita yang bergelar Che Salmah.

Sejak 4 tahun yang lalu beliau telah menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan dengan menjual Serunding Daging dari Kelantan. Beliau nampaknya sangat yakin dengan pasaran serunding dan ingin menjual secara online, maka bermulalah masa kerja den yang tak tentu untuk memikirkan konsep dan aliran laman web yang akan dihasilkan. Simple and functional adalah kunci utama den dalam setiap pembikinan laman web baru. Ciri-ciri baru akan ditambah dari masa kesemasa mengikut kesesuaian pelanggan den dan seterusnya tidak membebankan poket pelanggan den.

Oleh kerana beliau bersetuju dengan konsep den maka lahirlah sebuah lagi laman web Che Salmah.Com

Grafik dan content laman web ini amat minima supaya pengunjung tidak hilang fokus. Sistem order yang di pasang mengambil masa yang lama untuk alihan bahasa dan mengikut citarasa Che Salmah. Beliau mahukan konsep niaga dan santai, berfungsi sepenuhnya dengan perbelanjaan yang minima.

Tahniah Che Salmah kerana berjaya merealisasikan impian anda untuk berniaga di Internet. Sesungguhnya peluang terbuka luas selagi ada kemahuan.

No comments:

Post a Comment