Nov 23, 2009

Interview dengan stesen radio unity state.

Minggu lepas aku amat bertuah sebab di panggil oleh stesen radio Unity State untuk di interview oleh stesen radio tempatan. berikut adalah skrip yang aku ingat masa dorang interview tuh.

DJ Radio:mala..malaa...malmagua...(hello apa khabar?)
aku:mala...malmadid..genetsin.(hello..kawe sihat jah..awok sihat ko?)
DJ Radio:yabaa....Genetsin?(Selamat pagi....Baik...)

aku:genetsin aii..malapoindu(baik. yaa..apa khabar?)
dj:shela madja..(saya baik..)

Perbualan selanjut nya telah aku terjemah kan dalam bahasa yang agak mudah untuk kita faham.

Dj: Encik Suhaimi telah berapa lama bekerja di kawasan Tharjath?
aku: Saya telah berada di Tharjath selama kurang lebih setahun setengah.

dj: Saya harap En. Suhaimi bergembira dan merasa selamat ketika berada di kawasan ini. Apa kah perkataan yang encik dapat gambarkan secara keseluruhan tentang kawasan ini.

aku: tempat ini bagus, tidak sesibuk Kota Bharu dan dan tidak ramai orang. Kadang-kadang hanya saya yang memandu di atas jalan raya. saya suka kedamaian dan jalan raya yang tidak sesak.

dj:saya kira encik sudah banyak melawat kawasan kampung dan bertemu dengan penduduk tempatan. apakah yang encik nak komen pasal ni?

aku: saya tidak banyak berjalan atau melawat kampung, masa saya banyak bertumpu di kawasan kerja, apa yang saya lihat keadaan kampung di sini masih lagi mengamalkan tradisi lama yang saya kira patut di kekalkan sebagai khazanah yang paling berharga. apa guna kita berbangga dengan kemajuan kalau kita tersepit di negara sendiri, membayar cukai yang mahal sebagai contohnya atau pun kenaikan kos sara hidup yang tinggi. mungkin kemudahan hospital dan bekalan air bersih perlu disediakan untuk kemudahan penduduk.

dj:saya di faham kan encik adalah seorang pegawai dari Petronas, sebuah syarikat minyak terbesar di Malaysia. Apakah peranan dan tanggujawab encik.

aku: saya cuma pekerja kecil yang di berikan tanggungjawab besar oleh syarikat yang berpusat di Malaysia. Saya dan kawan-kawan saya yang lain bertanggung jawab untuk menguruskan operasi pengeluaran minyak di sekitar Tharjath. Kami juga di berikan tanggungjawab untuk melatih pekerja baru secara percuma. kami tidak pernah di bayar untuk mengajar anak bangsa supaya di suatu masa mereka mampu bersaing dengan bangsa yang lain dalam bidang minyak dan gas.

dj: saya difaham kan encik boleh berbahasa arab dan juga bahasa tempatan dengan baik, macamana encik melakukan semua ini.

aku:saya hanya sedikit sahaja, perkataan dan perbualan harian itu sahaja, saya sebenarnya suka bahasa dan saya suka berkawan, semasa saya baru sampai di tempat ini saya hanya berbahasa Inggeris dan bahasa ibunda saya. saya tertarik dengan budaya masyarakat di sini dan mula belajar bahasa tempatan untuk mengenali lebih jauh adat resam budaya di sini. Ramai yang saya kenal dan ini memudah kan kerja saya.

dj:saya kira encik boleh berbahasa dengan baik

aku:terima kasih, kata-kata saudari memberikan lebih semangat untuk saya belajar dengan lebih lagi.

dj:encik kita rehat seketika dan saya akan putarkan lagu, saya harap encik terhibur dengan lagu tempatan kami?
aku:Owhh..saya meminati semua jenis muzik, silakan.

pintu konti di buka dan seorang perempuan masuk dengan haruman kopi dan juga kuih tempatan. aku mencampurkan gula dan menghirup kopi istimewa tetamu konti radio. sambil menggerak-gerak kan kepala menhayati lagu perjuangan yang yang dimainkan oleh dj.

dj: saya di fahamkan encik juga bertindak sebagai tenaga pengajar, apa komen encik tentang pelajar di sini.

aku: biasa jer dorang nie budak baru tapi angin tinggi bila saya tanya semua dah tau bila suruh buat kadang gabra gak laa pasal saya ada kot dorang nie malu2 kucing agak nya.

dj:ok kita beralih kepada cerita makan lak. apa yang encik nak cerita pasal makan?
aku:saya layan jer bab makan nie memang sensitive bagi setengah orang saya pon suka kalau tiap-tiap pagi ada nasik belauk macam kat kampung, tapi skrang saya suka makan roti dengan bawang dan ikan jer. kadang-kadang saya rasa macam ketagih bawang. lagi pon saya sedang berusaha untuk diet.

dj:saya tak sangka encik juga ber diet..hehehe...

dj:apa yang encik nampak perbezaan ketara antara Khartoum dan Tharjath?

aku:yang paling ketara kat sana org cakap arab jer kat kalau kat sini cakap bahasa Noir pon ada bahasa dingka pon ada, keto pon banyak kat khartoum. satu lagi kat sini pompuan selalu lambai-lambai pasal nak tumpang kereta kalau kat khartoum saya pon tak tau alasan dorang lambai-lambai kat saya.

dj:nampak nya kita sudah ke akhir masa, ada apa-apa yang encik nak katakan sebelum kita mengakhiri perbualan kita.

aku:saya harap kawasan ini akan terus menerima kemajuan walaupun tiada BN di kawasan ini. dan harapan yang paling besar saya ialah tiada lagi pertumpahan darah. saya berharap kedua-dua kerajaan mnenjaga kepentingan penduduk dan berusaha mengekalkan perdamaian.

dj: terima kasih di atas segala kata-kata encik, saya harap kita akan bertemu lagi.

dj:kita akan putarkan satu lagu arab sebagai memenuhi permintaan encik.


aku dan dj bersalam, dia mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana datang ke konti yang tak seberapa.


SILA AMBIL PERHATIAN
interview ni adalah rekaan semata-mata.