Jul 24, 2009

kunci..

Sejak kunci dicipta lebih dari 4001 taun yang lalu kunci telah mengalami beberapa perubahan. Daripada seketul kayu yang di ukir menjadi menjadi kunci hinggalah kepada kunci electronik. Sebuah rumah yang besar bergantung kepada beberapa anak kunci yang kecil untuk menjaga persekitaran didalam dan di luar rumah. Terdapat berbagai-bagai jenis kunci dicipta pada masa kini. Kunci selalu digabungkan dengan ibu kunci ataupun alat yang seumpamanya supaya dapat berfungsi dengan cekap. Kunci juga selalu digambarkan sebagai alat yang penting dalam hidup. Banyak perumpamaan dan kata kias menggunakan kunci. Ada juga lagu-lagu yang tersohor menggunakan kunci sebagai kiasan contoh nya "Kau kunci hatiku" nyanyian Ramlah Ram.

Dalam bidang kmputer juga kunci memainkan peranan penting dalam transaksi eletronik masakini. Pelbagai kunci dicipta untuk membantu manusia hidup dengan aman.

Cerita kunci pada kali ini sebenarnya hendaklah dirujuk kepada gambar ini. Gambar kunci ini sebenar di ambil dari kereta yang aku pakai setiap hari untuk menjalankan kerja. Kunci ini sebenarnya digunakan untuk membuka pagar kepada telaga minyak, tampa kunci ini sesiapa pun tidak berhak untuk mendekati telaga minyak, inilah amanah yang aku terima dari pihak syarikat Aku pun sebenarnya lupa dari mana aku mendapatkan bendera kecil ni.

Sebagai kiasan dan perumpamaan dan juga semangat untuk aku supaya berhati-hati, bahawa aku sebenarnya memegang kunci perniagaan kami disini.


Bendera kecil yang terdapat pada tempat gantungan kunci juga merupakan alat pengenalan, bahawa aku sebenarnya rakyat Malaysia, bukan dari China, bukan dari Filipina bukan dari Vietnam. Pengenalan negara amat penting dari sebagai pengenalan kepada negara kita Malaysia dan juga untuk diri sendiri, aku selalu di anggap orang dari Tanah Besar Cina kerana berkulit cerah dan mirip Cina Bukit. Mereka mempunyai pandangan yang berbeza-beza dengan warga negara yang lain. Aku pernah di halang dari mengambil makanan kerana mirip muka yang agak berbeza dari kawan Malaysia ku yang lain. Semoga kita semua terus bersemangat untuk memegang kunci.