Dec 12, 2008

Ubuntu...everyone?




To strengthen my computer and knowledge, I would like to introduce alternative Linux based computer Operating System which usually referred as Computer OS. Starting from Ubuntu 6.10, I been using Ubuntu as a second OS. I would like to recommend the OS to all my friend after taking a few consideration and benefits to the user.

They are;
  • Installation of Ubuntu Linux are much easier and shorter compared to Windows OS
  • Compatible with most laptops sold in this world. (Might not compatible for the laptop from Mars).
  • Faster boot up and shutdown.
  • Resilience to virus attack.
  • Stunning theme and free selection over the web.
  • Faster Firefox web browser.
  • Thousands of free software.
  • Free support*
  • Free Update
  • Operating in your language.
  • And many more....
for more information click here 



Cucuk jer..

Biasa kalau kita naik kapal terbang amoi tu dah sediakan headfon untuk kita dengar lagu ataupon tengok movie..headfon yang dia bagi tu memang untuk di pakai di dalam kapal terbang jer. Kalau kita peratikan dia nya penyambung pun tak sama macam yang kita selalu pakai. Kita nya single jack, dia punya sepasang. Mungkin dia tak bagi kita cilok masuk poket so dia design pelik skit.

Salah satu jack yang di sediakan memang kita bleh cucuk dengan heaadfon sendirik, mungkin ramai diantara kita yang bawak walkman ke, Ipod ke so bleh dengar pakai headfon sendiri.

Itu ari aku ngan kudin dah try memang boleh, kalau tak boleh tak tau laa den...

Dec 10, 2008

Bila sampai di Doha...

1230am: Aku landing kat Doha. Bas penumpang membawa aku dan penumpang lain ke tempat pemeriksaan dan seterusnya menuju ke Lounge. Semasa pemeriksaan dan imbasan di jalankan aku terpaksa melalukan diri dibawah alat pengesan besi beberapa kali akibat dari bunyi penggera. Walaupun terpaksa membuka tali pinggang tetapi penggera masih lagi berbunyi, aku meraba-raba poket seluar Jeans yang biasa di pakai, kemudian aku mengeluarkan iPod Nano yang selalu ku simpan semasa perjalanan. Aku bolos, Kudin seterusnya.

Dengan gaya bahasa Arab Sudan Kudin dengan yakin menyebut Assalamualaikum dan ucapan ringkas "Kullu sana wa enta toyb" sempena Eid Mubarak kepada pegawai yang bertugas. Kudin juga menghulurkan tangan dan bersalam dengan pegawai tersebut, sesuatu yang tak ku duga Kudin boleh berkelakuan demikian, ramah dan mesra.

Aku juga mengambil peluang untuk mengucapkan salam dan ucapan ringkas. Pegawai yang sedang duduk bertanya kepada ku tentang perjalanan ku, "awak hendak kemana" yang aku rasa maksud nya, "aku hendak ke Malaysia" jawab ku separuh yakin.

Pegawai yang pada mulanya nampak garang dengan aku tadi mula menunjukkan senyum " rupanya kamu boleh berbahasa Arab" katanya. " Saya hanya boleh bercakap dengan sedikit" balas ku tenang.

Kudin tersenyum melihat gelagat aku dan pegawai pemeriksaan tadi.

Tiba-tiba pegawai yang sedang duduk bertanyakan sesuatu kepada Kudin. "Anda datang dari mana?" Katanya. Kudin memandang terus kepadaku, seperti mengarahkan soalan tadi kepada ku.

"Kami dari Sudan hendak Ke Malaysia" jawab ku. Aku hulurkan tangan dan bersalam dengan pegawai tadi. Mesra juga mereka sebenarnya.

Soalan berputar di benak fikiran ku, kenapa mereka agak garang dengan ku tadi dan begitu mesra dengan Kudin. Mungkin raut muka yang membuat mereka berkelakuan demikian, teringat juga peristiwa yang berlaku semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, Ketika menunggu untuk daftar masuk, seorang warga cina datang kepadaku. Dengan penuh yakin dia menghulurkan tiket dan menanyakan sesuatu kepadaku. Aku cuma menahan telinga untuk menjaga hati kawan baru.

Sebelum habis kawan Cina berkata-kata Kudin memberitahunya bahawa aku adalah warga Malaysia, kemudian dia terhenti. "Apa khabar?" tanyaku perlahan."Hendak kemana" tanyaku lagi. Dia menunjukkan tiket dan memberitahu bahawa dia akan ke Guang Dong dengan bahasa Inggeris.

Aku orang Malaysia...

Perbualan dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia dan Bahasa Klate.

Dec 6, 2008

Malaysia Hall Today....

Mmmm...not bad.. everybody's happy aa..










Watch slideshow click here.

Sembilan Langkah Asas...

Menghadapi Masalah

Dalam tips motivasi kali ini, saya berikan Anda 9 langkah asas dalam
menghadapi masalah.

Langkah-langkah tersebut adalah :

* Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

* Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

* Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

* Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

* Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat pada diri.

* Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung, ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

* Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

* Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

* Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih ada pilihan dan alternatif- alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu. Pilih untuk jadi orang yang sentiasa bermotivasi hari ini juga!


Sumbangan: Ab Latif Ibrahim

Dec 4, 2008

HSE Day 2008

As part of the company major concern to the Environment and Health, WNPOC organized the HSE Day 2008 to cultivate Safety and Environmental awareness among workers at all level.The event attended by Mr Sabri Zain, Mr Sam and Petronas/WNPOC top managers and WNPOC Partners.I rush the the wellheads in the morning so that I can catch the event and shoot some photos, unfortunately my friend Khoo will have to stay at CPF to take care of our daily operation. He handed me the SB-900 and I drove to the event.

Its a small world




Bill in action during WCIT volunteer training

May 2008, I did register for WCIT 2008 (World Congress on Information Technology) volunteer. Mr. Bill was the moderator for the volunteer intensive course. One day sort of familiarization and motivation for volunteer wannabe.

I did not attend the WCIT program because I choose to come here. Today, I met him during HSE Day, I was the photographer shooting for the event and he gave a talk on Stress Management.

We met again, its a small world.

Yess..he is taller with the shoes, if not I'm the same height with him....ahehehehe...

"SAY NO TO STRESS"

Sudan-K. Lumpur = 11 000 Km(app)




Dec 1, 2008

Golfing... anyone?



Walaupun berada jauh di pendalaman, tetapi minat dan semangat kesukanan yang tinggi tidak pernah luntur dari hati. Berbekal kan pengalaman sebagai kedi dan pemain golf separa profesional Ravi dan John Justin tidak melepaskan peluang untuk untuk mengadakan sessi latihan Golf setiap petang isnin, khamis dan jumaat. Kayu golf peninggalan Jumat memberi manfaat kepada pemain muda berbakat besar ini.



Kami masih lagi menunggu wakil dari PMO yang agak ketinggalan di dalam sukan golf ini yang pada masa ini hanya di terajui oleh pemain veteran.

Siapa mereka..

Apakah kita kenal dengan mereka? Berapa ramai yang anda boleh nyatakan nama mereka? kalau jawapan anda 2 ini bermakna kita belum kenal dengan mereka. Apakah kita cuba untuk berkawan dengan mereka? Apakah label kita terhadap mereka selama ini? Aku juga pernah merasakan mereka ini garang dan tidak pernah menghormati orang lain. Aku juga pernah mengatakan mereka ini garang dan tidak membantu orang lain. Aku pernah melabelkan mereka sebagai orang bawahan yang tidak menghormati tuan besar berkereta tinggi apabila mereka menahan kenderaan pacuan 4 roda ku. Pandang lah gambar-gambar mereka yang bengis itu.

Bermodalkan baik pulih komputer terpakai dengan percuma, salah seorang dari mereka mendekati Kudin untuk meminta pertolongan kecil untuk melakukan senggaraan kepada komputer riba salah seorang kakitangan di dalam gambar sebelah. Mereka datang kebilik ku dan kami mula berkenalan. Aku yang memang terkenal dengan bakat perhubungan awam, mempunyai bakat semulajadi untuk berhubung dengan orang lain dan juga kawan-kawan sekerja.

Ternyata, setelah beberapa sessi pertemuan dengan beberapa kawan baru, mereka juga sebenarnya sama seperti kita. Mereka menghormati tetamu, mereka suka bercerita, mereka juga berupaya menunjukkan gigi putih mereka, mereka sebenarnya menghormati kita. Mereka sebenarnya suka apabila aku dan kudin hanya dapat menyebut beberapa perkataan Arab dan mereka juga suka mengajar kita untuk berbahasa Arab. Dengan gaya bahasa Inggeris, mereka cuba sedaya upaya untuk menerangkan sesuatu perkara atau ayat-ayat bahasa Arab.

Aku sudah merasakan bahawa meraka adalah sebahagian dari kawan-kawan tebaik ku.

Kami sebenarnya dijemput untuk meraikan Imam Yusuof yang akan pulang ke Khartoum dan meneruskan perjalanan ke Makkah Al Mukaramah, InsyaAllah.
Posted by Picasa

Nov 28, 2008

Hj Man Come in....[Walkie-Talkie]

Aku[Walkie-Talkie]: Hj Man come in...
Hj Man[Walkie-Talkie]: yee..bang...
Hj Man[Walkie-Talkie]:Ada apa-apa ke?
Aku[Walkie-Talkie]:bibik dah sampai.nasik dah masak, lauk special ini ari.
Hj Man[Walkie-Talkie]:Ok sekejap lagi saya sampai....

Boleh dikatakan macam nie lah dialog aku ngan Aji Man bila dah masuk tengahari. Cerita pasal keje dah bertukar jadi cerita pasal makan. Kudin pon ade gak menyampok skit-skit citer pasal lauk best yang chef dah masak.

Ari nie aku betul-betul teringat kat Aji Man. Sebab Aji man dah balik, dah sampai Malaysia. Aji Man suka makan, apa masak pun sedap.

Ari nie aku teringat kat Aji Man sebab ari nie kitaorang dapat dua ekor rusa, aku ada dengar Aji Man dok sebut-sebut pasal rusa dua tiga hari sebelum balik. Harap-harap trip depan bila Hj Man datang lagi kitaorang boleh dapat lagi daging rusa. Bila time makan sumer member-member dok sebut nama Hj Man dengan Aji Lias, elok jer daging sampai depa plak balik cuti. Untuk pengetahuan Robin Masak soup, den masak goreng lada hitam dan panggang. John Justin pun masak soup telur ari nie. Ravi memang kontrak bakar membakar. Kalau ada Hj man mesti dia cakap "rugi dua tahun kalau tak makan".

Harap Hj Man tak rasa macam rugi walau setahun pun kerana sudah berada di Malaysia bersama keluarga. Selamat bercuti Hj Man, Latiff, Shady dan Hj Lias.

InsyaAllah berjumpa lagi.

Nov 26, 2008

Mok..aku nok tubik...

Biasa laa kalau ada kes-kes yang tak sedap di dengar memang aku rasa takut dan nak balik keje Malaysia jer..sapa pon tak suka berdepan dengan keadaan sulit dan mengancam nyawa. Ini lah harga yang perlu dibayar bila aku decide nak datang kerja kat sini. Baru-baru nie ada kes penculikan warga cina yang di culik dan di tembak mati. Empat warga cina dapat di selamatkan daripada sembilan. Hidup dan mati,ajal dan pertemuan memang menjadi ketentuan yang maha esa.

Dulu sempat juga aku habiskan satu buku yang bertajuk "Stop worrying and start living". Satu cerita yang melekat di dalam memori aku ialah cerita Pak arab yang dok di tengah-tengah padang pasir. Apibila ditanya apakah yang menjadi inspirasi dan kekuatan untuk bertahan terus berada di tengah padang pasir dan menjalani kehidupan seperti biasa, dia hanya berkata " Makhtoub,makhtoub dan makhtoub" dan menyatakan ini adalah ketentuan tuhan kepadanya.


Kadang-kadang hati kecil berkata Mokk.....aku nok tubik....

Tapi segala-galanya bergantung kepada makhtoub......

Nov 25, 2008

BBQ @ Tharjath

Assalamualaikum

Kawan-kawan ni gambar kita BBQ malam tadi den dah upload kat Picasa kalau nak tengok ada kat tepi belah kanan tu...

Nov 24, 2008

Citer pasal makan lagi....

Kadang-kadang kita bertuah kerana dapat merasa daging rusa kat sini, kalau nak ikutkan memang melanggar undang-undang untuk mendapatkan rusa. Agaknya diorang nya sekuriti nak cari duit skit diorang tembak dan jual kat wakil kita. Biasa dak-dak Mala yang supply, dekat sana natural habit memang belum terusik lagi. Memang ada dekat sana, kadang-kadang memang melintas kat depan Land Cruiser, rasa nak langgar jer.

Bro Halim sedang memproses daging rusa


Daging separuh masak

Nampak cam sedap kan?
Memang sedap....

Nov 23, 2008

Cerita pasal Mu'alaf

Assalmualaikum

Ok nie cerita pasal ada dak local sorang masuk Islam, mengucap dak nie depan Imam Masjid kat Tharjath nie laa..Masa mula-mula convert dak ni memang aa takut-takut skit pasal geng dia dah cop nak masuk arab. Dia nie mula terpikat dengan Islam selepas menziarahi bapak sedara dia kat Khartoum yang dah lama convert.

Satu ari Hj Fadzilah bawak dak nie jumpa aku ngan kudin kat Malaysia Hall, bincang-bincang macamana nak tolong sedara baru kita nie. Maka timbul lah satu idea untuk bagi pekerjaan dekat Masjid untuk tolong-tolong kemas dan cuci masjid. Aku, kudin dan Hj Fadzilah berjanji untuk mengada kan kutipan setiap bulan untuk sedara baru kita. Kalau boleh nak bagi kerja kat dak nie tapi aku pon bukan company manager cuma enginear kecik jer.

Sebab aku dah janji dengan wakil mereka maka setiap bulan aku akan adakan kutipan untuk dak nie. Setiap hari jumaat akan lakukan kutipan untuk menolong dak nie, nie jer laa yang aku mampu buat. Aku harap kawan-kawan semua bersedia untuk memberi sumbangan, InsyaAllah.

Nov 22, 2008

Buku Rancangan Mengajar...

Korang tau dak kalau cik gu baru nak ngajar mesti kena sediakan Buku Rancangan Mengajar. Buku nie biasa Guru Besar akan check setiap minggu. Kalau cik gu yang baru keluar maktab dan lawa maka Guru Besar akan check lebih kerap. Cerita aku kali nie bukan pasal buku ngajar dan cik gu lawa.. tapi macamana aku handle aku nya trainee...

Mula-mula dulu den rasa tugas mengajar nie bukan bidang aku, bini den pon selalu tegur bila aku ngajar matematik kat anak aku, selalu cakap aku tak de bakat jadi cik gu. Aku rasa bukan aku tak de bakat, cuma aku tak penah buat keje tu. Kalau kita tengok line trainer kita dulu pon bakat mengajar diorang bukan nya tinggi sangat tapi diorang cuba gak laa mengajar aku dengan baik.

Masa aku mula-mula terima trainee dulu aku pon cemas gak laa..pasal aku ni dilatih untuk keje jer bukan untuk mengajar. Bakat mengajar aku memang tak de langsung. Kali pertama aku dapat trainee yang bagus skit laa..dengar cakap dan mudah di ajar. Kalau nak bangdingkan dengan Kudin yang dapat trainee yang agak degil.

Aku nya style. Pagi, diorang keluar ngan aku lepas tu aku wat keje aku, mana-mana yang diorang tak faham diorang bleh tanya aku. Aku nya trainee pon bukan nya calang-calang orang semua engineer nya. Bila aku tanya pasal diorang nya kelayakkan memang semua diploma ngan degree holder semua. Tapi aku macam ada problem gak laa. Korang mesti nak tanya kenapa aku menghadapi masalah bila nak ajar diorang, sepatutnya lagi senang ajar orang yang dah pandai.

Masaalahnya yang pertama, diorang belajar terlalu tinggi sehingga tak kenal spanner, screw driver dan juga pipe wrench, hammer pon diorang tak kenal. Pelik aku yang pertama dengan sylibus diorang nie. Kadang aku pikir gak diorang nie training nak jadi technician ke nak jadi supervisor, konpius aku..

Aku pon dulu ada gak belajar dikloma (separuh jalan jer) dan aku pon dulu ada gak di ajar dengan basic semua. Kalau setakat screwdriver tu dari umo 10 taun aku dah kenal.

Kadang-kadang aku jadi angin juga time pagi depa dok lepak lam kete jer, macam dah tau semua benda. Macam bagus jer, tapi bila aku tanya satu benda, insulator pon depa tak tau nak sebut.

Sekarang nie aku dah came out dengan rancangan mengajar. Aku akan cuba kurang kan skit la agresif aku. Sekarang nie aku dah rangka pelan pembelajaran untuk diorang supaya aku tak dapat stress diorang pon suka dengan training. Aku nya pelan pembelajaran sekarang berkonsepkan psaikologi dan juga keamanan. Pendekatan yang aku jalankan sekarang ialah pembahagian masa yang sesuai untuk diorang belajar dengan selesa. Biasanya aku akan bagi satu task untuk diorang buat kemudian aku akan bagi masa untuk diorang habiskan task diorang. Aku akan tinggalkan diorang di satu tempat supaya diorang dapat belajar dengan aman.

Sekarang aku tengah monitor pelan pembelajaran aku.

Nov 19, 2008

Karooff......

Ini masa aku on da way nak balik mesia ada lak aku punya trainee invite pegi makan Karooff dan kopi Sudan Jabana (ada campuran rempah-rempah). Nama tempat nie Gandahar..ni pon aku dah translate dari tuilisan jawi..bunyi lebey kurang aa....

Hidangan
  • Karooff
  • Salad
  • Roti
  • Sambal yang tak berapa pedas. Tak de belacan.
  • Timun, wajib ada.
  • Satu bucket kecil air sejuk dengan satu gelas, memang kena kongsi gelas stainless steel tu.
  • Kopi Jabana.
Korang kalau ada trainee tu bleh aa cuba-cuba tanya kot2 bleh gak kena karooff. OK laa lain kali aku citer pasal awek sudan lak....Iam just joking...ahehehehe.....

Nov 18, 2008

Abang Din..

Masa aku mula-mula kerja dulu memang aa dia ni terkenal dengan bengkeng (garang)dia. Aku pon dengar-dengar citer orang gak dia nie garang pantang salah skit memang kena tarbi nya..aku dulu jumpa kejap jer ngan abg Din ni. Kalau tengok muka memang garang kalau tengok perwatakan memang garang. Kalau dengar dia cakap pon dia memang garang. Orang kita macam aku cakap aa suka label orang, suka bagi nama tambahan. Orang kita memang tak bleh kena marah.

Aku nya point of view, abg Din nie memang rigid, tapi dia ridgid dengan peraturan kerja. Kalau buat kerja mesti betul-betul, kalau buat sesuatu benda mesti kena ikut procedures. Kalau buat salah memang kena tegur, dah cara dia macam tu, kita memang nampak dia kasar, tapi seingat-ingat aku laa....sampai sekarang aku masih ingat lagi pelajaran yang aku terima dari abg Din nie.

Untuk pengetahuan semua, Abg Din bakal bersara...skit ari lagi..

Untuk para isteri..

(Tekan pada gambar untuk imej yang lebih menarik)

Den tau sumer para isteri kat mesia mesti tertanya-tanya abang-abang kat sudan nie makan macamana, apa makan nya, apa minum nya....yelaa kalau kat rumah para suami main order2 jer nak makan apa?. Kat Tharjath nie kita makan ala kadar jer...makan apa yang ada. Ari den bawak kamera nie kebetulan ada 3 lauk, sayur kobis goreng kicap, daging masak hitam dan ayam masak tomato. Kitaorang makan dengan nasik tomato Hj Lias a.k.a Pelita .( dalam oven ada ikan masin tapi den malas nak amik gambar karang akak cakap ari2 makan ikan masin lak..ahehehe).

Alhamdulillah sepanjang kitaorang berada diperantauan belum ada lagi yang kelaparan...kecuali bulan puasa itu ari aa sumer org lapar..Time petang jer akan ada orang yang memang suka masak dan suka tolong orang masak...so akak-akak kat mesia jgn laa risau sangat kat abang2 yang jauh diperantauan. InsyaAllah Selamat.

Dan kebiasaan juga bila lepas makan kita akan layan borak.Topik borak dan selepas makan.

Rosli: Biasa citer pasal Motor dan Kebun
Hj Alias: Pengalaman Kerja dan Golf.
Hj Man: Topic sejagat.
Tg Rahim: Pengalaman kerja dan cerita rakyat.
Kudin: Pengalaman kerja Kapal.
Aku: Biasa aku pemberita jer tukang promosi.
Robin: Pengalaman kerja dan cerita umum.

Ok laa kak jgn risau-risau.



Tazkirah kat diri aku sendiri....


(Above picture taken from Ravi's iPhone)




Click on the picture for a better size

Assalamualaikum

Gambar nie aku amik kat airport Tharjath, masa nie tengahari. Yang paling aku respect pasal orang Sudan nie pasal diorang tetap dengan sembahyang, cukup time jer ramai2 pegi surau, pegi masjid. Kalau dekat opis, diorang mesti dah siapkan tempat semayang untuk berjemaah sebelum sampai waktu.

Aku pernah tengok pak cik Sudan semayang beralaskan tanah merah. Aku pernah tengok kontraktor berjemaah kat tepi kem diorang berlapik kan tikar getah.

Aku tak penah tengok org Malaysia semayang macam nie, sebab negara kita dah maju. Kalau kita pusing2 kat malaysia surau dan masjid memang banyak laa.sebab tu kita tak nampak pemandangan macam nie.

Aku buat tazkirah nie untuk diri aku sendiri..kadang2 bila aku sibuk dengan kerja miss juga time pagi, petang dan malam, kalau nak compare memang ketara laa iman aku dengan diorang. So nak ingatkan diri sendiri dan kawan2 yang lain aku decide post kat blog nie aa...

Kadang2 otak nakal aku berpusing gak.. kalau amik tokoh politik mesia...mesti diorang pilih calon PAS tapi aku tak nafikan sokongan BN pasal diorang nak pembangunan, nak Masjid Kristal kat tengah2 Sudan. Aku skrang rasa kat dua alam. InsyaAllah bersama kita tetap dengan Islam.


Posted by Picasa

Nov 17, 2008

Pasal blog nie..

Pasal aku dah publish blog nie..so nak tau gak laa sapa yang dok baca....harap bleh aa taruk comment kat bawah tu..click jer pastu ikut arahan.....ok laa..ma gua along..

Nov 16, 2008

Masak-masak jom...

Kita orang kat Tharjah nie memang nak kena ada skill masak, sebab tak brapa sanggup nak adap makanan kat kantin. Bukan tak sedap tapi menu sama jer ari-ari kurang variety ahehehe....
Aku nasib baik aa sebab boss kat sini pon suka masak ahehehe so bleh a ku tumpang makan, aku biasa jadi assistant cook jer... walaupon sumer orang tau memang sambal yang aku buat pedas dan masin...

T.Arasu memang terkenal dengan masakan india dan ala mamak. Kudin mesti jadi bibik. aku bawak kamera jer dengan alasan gambar masuk blog dapat laa aku makan....ahehehe..Hj. Alias memang terkenal dengan masakan ala chinese, tengok muka pon dah cam cina bukit aaa lebey kurang macam aku gak laa...tapi ee ko jangan under estimate, kari dio pon sodap....ala-ala Pelita Nasik Kandar gak...caya laa boh.....

bodek skit..

Apa yang aku nak sampaikan ialah kalau boss yang betul2 straight ngan keje memang kurang seronok aa kitaorang kat sini. Kalau jadi malaikat keje aku ingat tension giler aa dok sini... hua..hua..hua...aku rasa member lama aku ada laa yang paham kot...

Nature 1


Local people with a fishing net, In between TJ-7 and TJ -15

Ini cara diorang jemur ikan. Diorang hanya akan tangkap yang besar jer, diorang jalin ikan-ikan sebelum di jual. Aku ada tanya dak trainee brapa rega ikan cam nie, dalam 5 Sudan Pound aaa...






Pak cik nie mata dia rabun, dengan selamba cakap Noir dengan aku...macam la aku paham sangat cakap diorang skit2 boleh laa..lepas dia cakap-cakap selamba jer bukak seluar pegi tengok net dia pastu tunjuk ikan yang dia dah tangkap. Aku bagi air mineral sorang satu...diorang suka laa...




Gambar nie tipikal aa untuk kawasan savana macam tempat aku nie...

Happy Hours-Shisya Session






Kat mana2 pon kita kerja kita mesti ada happy hours, ye lah kalau concentrate keje jer tak de leisure mesti boring , mesti stress nya. kalau dekat ngan family tak pe laa bleh gak layan family. Dok jauh ngan family kena aa ada aktiviti untuk isik masa lapang baru tak terasa sangat boring.

Nature @ Tharjath

Sekarang nie aku tengah kumpul satu series aa.... Aku bagi nama Nature@Tharjath bila2 free aku upload aa gambar dekat sini.

First aku nak tunjuk gambar dragonflyGambar nie jadi desktop background aku lama gak...kalau korang suka bleh click kat gambar untuk saiz desktop 800 aa..

Isi masa lapang

Itu ari aku citer2 ngan member aku Khoo pasal kamera, rupanya dia dah ada Nikon D300 DSLR..mahal tu..tak mampu aku nak ada hobi camera sebesar tu...memang pro nya kamera aa..aku ada gak laa pakai satu DSLR Nikon D60 standard kit. Harga bleh tahan gak laa sebab aku tak de banyak modal cam Khoo. Sebelum aku beli kamera nie dah banyak aa gambar aku amik..yang ada sumer lam blog nie sumer pakai camera Sony DSC-F77 4 MP yg umo dia dah 5 taun kot. Aku memang suka amik gambar sebab aku pikir besok2 sumer bleh jadi kenangan kat aku laa...bukan senang nak mari Sudan wooo...kalau company tak soh mari nak pakai duit sendiri tak de aa..
soo aku start aa hobi fotographi ..sebab aku ada masa time keje kat field bleh amik gambar wat kenangan.
Kat sini ada banyak subject, ada banyak stories, ada banyak unexpose nya subject... itu yang penting.

Itu ari time cuti aku ade laa gi kursus fotografi kat KL bayar 400 gak tu nak dapat ilmu, dulu2 aku tak kursus pon amik gambar akak aku kawen pakai SLR biasa nya..sampai skrang ade lagi gambar kawen dia. Aku rasa macam aku nie ada bakat gak laa lam bidang nie, kalau tak caya ko tengok aa gambar model yang aku shoot nie.Gambar nie aku dah kecikkan sebab tanak bagi korang salahguna

U all mesti tanya...

Kenapa aku dah lama tak kemaskini blog ni, dulu time malam-malam memang aku dok reka nak tulis blog tapi baru skrang nie aku ada internet bila malam. Bila aku datang bulan nie pukul 8 jer takdo line so i rehat aa..main2 kamera, repair web page aku offline pastu tido. Tak do lai nak tulis blog. Tapi skrang ni mungkin diorang dah reinstate balik internet connection so aku sambung balik blog nie.
Biasa la.. kalau diorang nak potong pukul 8 diorang potong jer line... sebab diorang kan pandai..lagi pandai dari aku. Dulu aku suka gak menyelinap kedalam network lain, tapi dekat sini resource susah nak dapat, kalau dekat laptop lama aku dulu macam-macam program hitam ada untuk kerja2 macam nie...ahehehe...lagi pon aku tak bleh nak tunjuk terror karang tak pasal2 aku kena pulak...sumpah aku tak kacau apa2 pon kat sini. Setakat nie pon aku setakat masuk network jer, aku tak pernah nak tengok email orang lain ke pay slip orang lain sumer.

Oct 12, 2008

Counter measures


I can only stand for 15 minutes inside 80 Deg C

Make me hungry after warm water.


After 7+- hours flight from KLIA to Ad Doha me and my friend Shafie drop by Doha Business Lounge for a refresh. Warm Jacuzzi and sauna probably the best things to do after hours of long journey. I just think that all those luxury 5 star services is to counter the boring flight time. Yes, I don't have a quality sleep during the flight.

Oct 1, 2008

Eid @ Tharjath 30 September 2008










Friends,

This is the snapshot of the Eid Mubarak at Tharjath, Southern Sudan. Celebration was simple but means a lot to me. Eid kullu sana wa enta toyyib.