Bermodalkan baik pulih komputer terpakai dengan percuma, salah seorang dari mereka mendekati Kudin untuk meminta pertolongan kecil untuk melakukan senggaraan kepada komputer riba salah seorang kakitangan di dalam gambar sebelah. Mereka datang kebilik ku dan kami mula berkenalan. Aku yang memang terkenal dengan bakat perhubungan awam, mempunyai bakat semulajadi untuk berhubung dengan orang lain dan juga kawan-kawan sekerja.
Ternyata, setelah beberapa sessi pertemuan dengan beberapa kawan baru, mereka juga sebenarnya sama seperti kita. Mereka menghormati tetamu, mereka suka bercerita, mereka juga berupaya menunjukkan gigi putih mereka, mereka sebenarnya menghormati kita. Mereka sebenarnya suka apabila aku dan kudin hanya dapat menyebut beberapa perkataan Arab dan mereka juga suka mengajar kita untuk berbahasa Arab. Dengan gaya bahasa Inggeris, mereka cuba sedaya upaya untuk menerangkan sesuatu perkara atau ayat-ayat bahasa Arab.
Aku sudah merasakan bahawa meraka adalah sebahagian dari kawan-kawan tebaik ku.
Kami sebenarnya dijemput untuk meraikan Imam Yusuof yang akan pulang ke Khartoum dan meneruskan perjalanan ke Makkah Al Mukaramah, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment