Dec 10, 2008

Bila sampai di Doha...

1230am: Aku landing kat Doha. Bas penumpang membawa aku dan penumpang lain ke tempat pemeriksaan dan seterusnya menuju ke Lounge. Semasa pemeriksaan dan imbasan di jalankan aku terpaksa melalukan diri dibawah alat pengesan besi beberapa kali akibat dari bunyi penggera. Walaupun terpaksa membuka tali pinggang tetapi penggera masih lagi berbunyi, aku meraba-raba poket seluar Jeans yang biasa di pakai, kemudian aku mengeluarkan iPod Nano yang selalu ku simpan semasa perjalanan. Aku bolos, Kudin seterusnya.

Dengan gaya bahasa Arab Sudan Kudin dengan yakin menyebut Assalamualaikum dan ucapan ringkas "Kullu sana wa enta toyb" sempena Eid Mubarak kepada pegawai yang bertugas. Kudin juga menghulurkan tangan dan bersalam dengan pegawai tersebut, sesuatu yang tak ku duga Kudin boleh berkelakuan demikian, ramah dan mesra.

Aku juga mengambil peluang untuk mengucapkan salam dan ucapan ringkas. Pegawai yang sedang duduk bertanya kepada ku tentang perjalanan ku, "awak hendak kemana" yang aku rasa maksud nya, "aku hendak ke Malaysia" jawab ku separuh yakin.

Pegawai yang pada mulanya nampak garang dengan aku tadi mula menunjukkan senyum " rupanya kamu boleh berbahasa Arab" katanya. " Saya hanya boleh bercakap dengan sedikit" balas ku tenang.

Kudin tersenyum melihat gelagat aku dan pegawai pemeriksaan tadi.

Tiba-tiba pegawai yang sedang duduk bertanyakan sesuatu kepada Kudin. "Anda datang dari mana?" Katanya. Kudin memandang terus kepadaku, seperti mengarahkan soalan tadi kepada ku.

"Kami dari Sudan hendak Ke Malaysia" jawab ku. Aku hulurkan tangan dan bersalam dengan pegawai tadi. Mesra juga mereka sebenarnya.

Soalan berputar di benak fikiran ku, kenapa mereka agak garang dengan ku tadi dan begitu mesra dengan Kudin. Mungkin raut muka yang membuat mereka berkelakuan demikian, teringat juga peristiwa yang berlaku semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, Ketika menunggu untuk daftar masuk, seorang warga cina datang kepadaku. Dengan penuh yakin dia menghulurkan tiket dan menanyakan sesuatu kepadaku. Aku cuma menahan telinga untuk menjaga hati kawan baru.

Sebelum habis kawan Cina berkata-kata Kudin memberitahunya bahawa aku adalah warga Malaysia, kemudian dia terhenti. "Apa khabar?" tanyaku perlahan."Hendak kemana" tanyaku lagi. Dia menunjukkan tiket dan memberitahu bahawa dia akan ke Guang Dong dengan bahasa Inggeris.

Aku orang Malaysia...

Perbualan dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia dan Bahasa Klate.

1 comment:

  1. kawe ingat kita kena belajar bahasa arab a kat tharjath ni pasal bila balik ke doha ke dubai boleh la nk berintraksi senang sikit so diorg ni akan jadi mcm respect la sikit kat kita nii..kawe ingat kena belajar laa....so pasal kawan baru tuu molek sangat la demo belajar bahasa dr quang dong tuuu pasal mmg muka mcm cina.....patut la dia datang terus menyapa demo..sebijik mcm kat sana la kot..apa2 pong bahasa mmg penting bg kita yang jadi perantuan nii...aku cuma tahu bahasa hokkien dgn kantonese jerr....soya2 laa...ok la tho..kalau umur panjang jumpa lagi demo mari sini kawe balik dah.....selamat...

    ReplyDelete