Nov 18, 2008
Tazkirah kat diri aku sendiri....
Assalamualaikum
Gambar nie aku amik kat airport Tharjath, masa nie tengahari. Yang paling aku respect pasal orang Sudan nie pasal diorang tetap dengan sembahyang, cukup time jer ramai2 pegi surau, pegi masjid. Kalau dekat opis, diorang mesti dah siapkan tempat semayang untuk berjemaah sebelum sampai waktu.
Aku pernah tengok pak cik Sudan semayang beralaskan tanah merah. Aku pernah tengok kontraktor berjemaah kat tepi kem diorang berlapik kan tikar getah.
Aku tak penah tengok org Malaysia semayang macam nie, sebab negara kita dah maju. Kalau kita pusing2 kat malaysia surau dan masjid memang banyak laa.sebab tu kita tak nampak pemandangan macam nie.
Aku buat tazkirah nie untuk diri aku sendiri..kadang2 bila aku sibuk dengan kerja miss juga time pagi, petang dan malam, kalau nak compare memang ketara laa iman aku dengan diorang. So nak ingatkan diri sendiri dan kawan2 yang lain aku decide post kat blog nie aa...
Kadang2 otak nakal aku berpusing gak.. kalau amik tokoh politik mesia...mesti diorang pilih calon PAS tapi aku tak nafikan sokongan BN pasal diorang nak pembangunan, nak Masjid Kristal kat tengah2 Sudan. Aku skrang rasa kat dua alam. InsyaAllah bersama kita tetap dengan Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah, ada juga ruangan tazkirah ini, ayah Su just nak share satu perkara bab sembahyang ni..
ReplyDelete“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,(iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya”.Al-mukmin 1-2.
“ Berdirilah untuk Allah ( dalam solatmu ) dengan khusyuk ”. Al-Baqarah : 238.
Apa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah rukuk, khusyuk, menundukkan pandangan dan merendahkan perasaan kerana merasa takut kepada Allah , Zat yang Maha Tinggi dan Agung.
Dan tempat kekhusyukan itu sendiri adalah hati nurani dan ia dapat memberikan kesan terhadap jasmani. Kalau boleh diibaratkan, maka hati nurani bagaikan seorang Raja, sedangkan anggota tubuh merupakan tentera-tenteranya. Maka atas dan kerana sang rajalah mereka itu melakukan sesuatu. Jika sang raja diasingkan, iaitu dengan hilangnya hati nurani dari sebuah ibadah, maka hilang pulalah sang rakyat, iaitu anggota tubuh. Pendek kata jika perintah raja ( Hati ) itu baik, maka baiklah pelaksanaan tenteranya iaitu ( Anggota tubuh ) dan begitulah sebaliknya..
tapi cuba lihat & kaji tuntutan ini, islam itu agama yang suci..
"Wahai anak-anak Adam pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (seperti mengerjakan sembahyang). Al-‘Araf: 31.
"Sesungguhnya masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad) yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya) sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)". At-Taubah: 108. ***Copyright brunet.bn/gov/mufti/pelita.htm**
Bersyukurlah kita setelah dilahirkan sebagai kelompok Al-sunnah Waljamaah, bagaimana kebersihan itu menjadi tuntutan dalam mazhab kita. Ayah su bukanlah ustaz atau pak lebai, tetapi sebagai peringatan kepada diri Ayah Su & rakan2.. moga2 menjadi renungan & pedoman dalam perjalanan kita menuju ke alam yang kekal abadi yakni Alam Barzah & Alam Akhirat.
Akhir kata, sebagai makhluk ciptaanNya..bukanlah hak kita untuk menilai se-seorang..tetapi adalah menjadi hak dan tututan kepada kita supaya memberi peringatan kepada sesama muslimin/muslimat berdasarkan keepada Al-Quran & Al-hadith.. * Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, Dan harta kamu dan sesungguhnya Allah melihat kepada hati dan amal ibadah kamu *. .Wallahuwallam bis'sawab.