Menghadapi Masalah
Dalam tips motivasi kali ini, saya berikan Anda 9 langkah asas dalam
menghadapi masalah.
Langkah-langkah tersebut adalah :
* Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.
* Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!
* Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.
* Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.
* Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat pada diri.
* Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung, ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
* Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!
* Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.
* Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih ada pilihan dan alternatif- alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu. Pilih untuk jadi orang yang sentiasa bermotivasi hari ini juga!
Sumbangan: Ab Latif Ibrahim
Betul tu latiff aku pun pikir mcm tu jugak bg yang beragama islam kita kena byk beristifar dan selalu ingatkan padanya..insyallah akan di permudahkan sebab benda ni terjadi pada aku sendiri,selama 5 bulan aku dah dpt pertunjuk dr dia sebab trainee aku kat biorem ni dah nampak perubahan ..citer yang aku dpt kongsi ni ada pada kudin dan pada chief kita Tho man..legaaa rasanya sekarang nii.....penting sekali sabarrrrrrr....
ReplyDelete