Ini masa aku on da way nak balik mesia ada lak aku punya trainee invite pegi makan Karooff dan kopi Sudan Jabana (
ada campuran rempah-rempah). Nama tempat nie Gandahar..ni pon aku dah translate dari tuilisan jawi..bunyi lebey kurang aa....
Hidangan
- Karooff
- Salad
- Roti
- Sambal yang tak berapa pedas. Tak de belacan.
- Timun, wajib ada.
- Satu bucket kecil air sejuk dengan satu gelas, memang kena kongsi gelas stainless steel tu.
- Kopi Jabana.
Korang kalau ada trainee tu bleh aa cuba-cuba tanya kot2 bleh gak kena karooff. OK laa lain kali aku citer pasal awek sudan lak....Iam just joking...ahehehehe.....
Sebenarnya ayah Su ada juga pengalaman makan karooff nie last trip. Masa bulan posa (27.09.2008), masa transit nak balik M'sia, nak bercuti raya..happy sakan ler kira nya..( maklum ler dah 3 tahun tak beraya bersama family).
ReplyDeleteTempat tu nama nya 'Al-Waha',sebuah restoran terbuka kat bandar Khartoum ( bertentangan dengan sungai Nil). Kami sebenarnya ber empat, myself..Ben (Instrument T/leader), Mr.Habib ( Inst.Trainee) dan sorang lagi aku lupa nama nyer (juga Inst.Trainee). Dari transit house,kami pergi menaikki 'Tut-tut'(Vespa yg ada dinding,alar mcm kat Indon tuu..). Sampai je kawasan bandar kami ambil 'Amjad'(Sebenar Van prebet sapu kat kampung kita). Sebenornya 'Tut-tut' tu tak leh masuk kawasan bandar kerana permitnya kat kawasan pinggir bandar jer.Kalau tertangkap, silap hari bulan bukan aje driver yg masuk jail tapi penumpang nya sekali (he..he..baru padam muka aku). Ok lah..gedebak gedebuk, kos tambang lebih kurang 10SDG aje.
Okeylah, sampai kat 'Al-waha' tu kami order lah karooff tu ( mengikut standard set ler..). Pada mulanya si Mr.Habib ni tanya ler..nak makan berape kilo sorang(peranjat beruk gak aku..), aku & Ben cakap mcm biasa ler, standard kau org.. nak di jadikan cerita, dia org order ler ikut standard dia orang, lepas tu,aku tanya ler berape kilo order..kau tahu berape kilo dia order..? (pasti kau org tak tahu punya..!! he..he), 8 kilo beb..(sekali lagi aku & Ben terperanjat,tapi kali ni tak mcm beruk ler..kau tahu mcm aper..peranjat mcm orang lerrr...ha..ha..ha ,kena lagi engkao *#*% :),rupa nya mengikut Mr.Habib standard orang sudan makan karooff ni adalah 2kg per person, itu daging fresh aje tak termasuk daging yg ada kat tulang(sebenarnya kat restoran tu mike dah devide doh,daging saje ade & tulang pun ade termasuklah bahagian rusuk), jadi terpaksa ler aku & Ben cancel balik order tu, lastly selepas bincang2,kami order 2kg aje untuk empat orang ( ikut standard M'sia ler..). Dia punya set exactly serupa macam Ravi tunjuk kan kat atas, cuma yang bezanya, kat restoran nie..mike tak provide kopi Sudan Juvana, tapi minuman berkabonat seperti sarsi dan pepsi. Kata Mr.Habib, minuman ni akan membantu sistem penghadaman selepas memakan daging yang di kira makanan berat tu ( fikir2 , logic gak..). Masakan daging tu sama jer kat mane2 iaitu 'karooff salai' (di potong kecil2 lebih kurang 2cm dan di salai atas bara ler...) & cicah dengan air lada + asam limau (agak pedas juga air lada tu, mungkin order dr M'sia kut, yg ravi makan tuu lada sudan kut..). Okey lah, di pendekkan cerita, kami selesai makan lebih kurang kul 2 pagi (tapi masa kami nak balik tu, makin ramai orang tempatan datang, mungkin bulan posa dia org kluar mlm jer..siang hari tidur ). Kos nya lebih kurang dalam 56SDG jer (aku pun tak berape ingat,pasal Mr.Habib yg beria-ia sgt nak bayar..).Sampai transit house kul 3 pagi, terus jer tertidur dek kerana perut terlampau penuh dengan 'karooff' ( 1/2 kg jer, aku tak tahu ler kalau masuk 2kg tadi).
Okey lah..last but not least, ayah Su rasa 'karooff' sudan ni ada beza sikit kalau nak di bandingkan dengan 'karooff' kat M'sia, makan banyak mane pun..kepala kau orang takkan rasa pening dek di sebabkan 'darah naik'(tapi benda lain lak naik,lagi bahayaaa..ha..ha..ha.), tapi kalau 'karooff Mesia',cuba ler kau org makan sampai 1/2 kg..for sure kepala ada pening ckit lepas makan, dak pun mesti tak leh pakai baju lepas makan, pendek kata tak berbaju ler..sampai rasa tak leh pakai ape2 pun akibat dek kepanasan.. so kalu dah mcm tu (bagi yg dah 'kahwin',especially pada ibu2 mithali), paham2 jer ler.. bagi ler anak2 tidur awal2 sikit, kalau anak2 tanya.."nape kena tidur awal,esok kan hari jumaat, tak sekolah kan..?" ..jawab ler..papa kamu panas tuu..makan karooffff... he..he..he.. tau tak aper.. The End.
Kat M'sia, 'Karooff' = daging kambing.
Setahu i dia org panggil Kopi Sudan tu Gahwa bukannya Juvana( bukannya budak bawah umur masuk pusat pemulihan ). Betul tak Abang Din ?
ReplyDeleteakbara74
Assalamualikum !
ReplyDeleteSetahu i Kopi tu bukannya nama Juvana( Mcm nama budak bawah umur masuk pusat pemulihan )tapi nama kopi arab tu ialah Gahwa. betul tak Abang Din ?
akbara74
Betul aa tu kopi Gahwa...baru tadi aku tanya...aku bukan apa nak test market jer..nak tengok respon ahehehehe...
ReplyDeleteTau tak aper.. he.he.hee..
ReplyDelete