Korang ingat tak dolu-dolu ada citer "Crime Story" yang jahat nama Ray Luca, drug dealer dan macam-macam dealer. Aku memang minat citer nie pasal ada watak baik dan watak jahat, pompuan dalam citer nie pon lawa-lawa gak. Ada satu benda yang aku ingat pasal citer nie, bab last-lask gak laa.
synopsis
Ray Luca nie jahat dan licik tapi mana- mana dia lari ataupon kegiatan apa pon dia buat polis mesti tau gak, kalau ada sapa-sapa yang dia rasa mengkhianati kegiatannya maka hukumannya adalah bunuh, abyss memang tak bleh lari nya, talam dua muka memang tak bleh idup senang dengan Ray Luca. Dalam citer nie kalau Ray dihadapkan ke mahkamah dia tetap akan lepas kerana dia ada peguam yang hebat yang merupakan orang no 2 dalam kegiatan Ray. Bila tiba ke penghujung cerita Ray telah lari jauh dengan orang-orang kanan tetapi masih lagi dapat di kesan oleh polis. Ray Mula mengesyaki abyss adalah orang yang paling dekat dam sentiasa bersama nya. Peguam yang dibela oleh Ray adalah orangnya.
dipendekkan cerita semasa Ray mengacukan pistol di kepala peguamnya dia berkata " Respect is something that you can give but you cannot demand"
moral citer nie aku simpan sampai sekarang, hormat ialah satu benda yang kita boleh bagi tapi kita tak boleh mintak.
Aku selalu hormat dengan orang dan juga binatang, sebagai contoh aku hormat kat ular tedung tapi aku tak boleh nak mintak ular tedung hormat kat aku. Aku mungkin tak bunuh ular tedung tapi ular tedung mungkin boleh bunuh aku dengan racun dia yang power atau mungkin aku akan lawan balik untuk mempertahankan diri, paling simple aku lari la....
Kalau kat binatang pon aku hormat inikan pula orang yang lebih kurang sama macam aku. Macam-macam cara kita boleh tunjuk hormat kepada orang lain. kalau aku nak tulis memang satu page full aa blog aku nie.
Tapi ade juga kes bila aku hormat dengan orang tiba-tiba orang tu jadi garang macam ular tedung macam harimau. tapi aku hormat juga pasal aku tau dia bukan binatang, cuma hormat aku dah jadi kurang skit la.mungkin sama macam aku hormat binatang laa...
Sepanjang masa aku kat Tharjath aku tak de masalah dengan hormat dan menghormati sesama pekerja, sesama orang atasan dan binatang liar kat Tharjath. Aku selalu refer buaya kat OGM 5 sebagai kawan aku. Meercat pon kawan aku juga. kucing liar pon kawan aku.Badak air dah lama tak kelihatan kerana pemalu. bila ada kawan-kawan yang baru tak lupa aku kenalkan mereka dengan kawan-kawan aku. Korang jangan pula salah tafsir cakap aku nak jadi binatang sebab banyak kawan dengan binatang. Tapi itu lah cara aku hormat kat binatang yang aku rasa aku faham dan dok tengah nak faham. Aku harap orang yang baca ni pon hormat juga dengan tulisan aku. Walaupon aku tau ada yang tak brapa setuju dengan cara aku nie.
Sesamalah kita menghormati sesama kita.
No comments:
Post a Comment