Jan 1, 2009

Sejarah pengkomputeran...

Sejak dari penciptaan alatan berkomputer dan perkembangan pemproses yang semakin laju, bidang computer menjadi satu topic dunia yang semakin diminati. Komputer mula mendapat tempat pengguna bukan perniagaan pada tahun 1988. Pada masa terrsebut komputer menggunakan cakera liut 5 inci dan menggunakan system DOS. Pengguna mesti memastikan DOS di larikan terlebih dahulu sebelum menggunakan sesebuah computer. Perisian yang ditawarkan pula kebanyakan nya berasaskan sistem perniagaan dan tidak mesra pengguna. Linux juga berkembang pada masa ini.

Saya pernah menggunakan system seperti ini pada masa dahulu, masih lagi terbayang disket liut DOS dari IBM. Komputer kepunyaan abang saya rupanya telah menimbulkan bibit-bibit minat kepada bidang computer. Pernah juga saya meneruskan pengajian dalam bidaang komputer sedikit masa dulu tetapi tidak mendapat sebarang sijil dan kelayakkan kerana saya merasakan bidang computer tidak dinamik kerana kekangan dari peralatan dan perisian.

Pada masa sekarang bidang computer menjadi semakin pesat dengan pembangunan yang tak pernah kita fikirkan. Semakin hari semakin manusia bergantung kepada computer dan Internet untuk menguruskan kehidupan. Kehidupaan juga boleh menjadi tidak terurus jika komputer disalahgunakan.

Penghasilan peranti kecil berkomputer juga merupakan rentetan dari pembangunan bidang komputer yang semakin canggih. Boleh dikatakan setiap hari gajet baru akan keluar dipasaran. Gajet dicipta untuk membantu pengguna dan saling berhubungan dengan komputer.

Ramai di antara kita yang menggunakan PDA dan peranti kecil untuk menambahkan kecekapan penggunaan masa dan tenaga.


pengajaran ayat...beli laa PDA....

No comments:

Post a Comment