Jan 31, 2009

Beribu-ribu bangsa terdapat di didalam dunia yang kita namakan bumi, berselerak di merata tempat. Diantara bangsa yang tersohor di dalam dunia ini adalah bangsa Arab, bangsa Cina, Bangsa India bangsa orang berkulit putih dan beberapa bangsa lagi yang bertaburan dimuka dunia. pernah juga aku mendengar guru bercakap, perjuangan yang berasaskan bangsa sebenarnya lebih merosakkan melainkan perjuangan diatas agama.

Sebagai seorang yang berbangsa melayu aku sebenarnya turut berbangsa dengan bangsaku. Dilahirkan didalam suasana orang melayu mengamalkan cara hidup seperti orang melayu. Orang melayu memang terkenal dengan adat resam dan budi bicara yang amat baik dan terpuji. Datang seorang sahabatku dari golongan bangsa Arab dan mengatakan orang melayu sangat baik, sangat baik sehingga ditindas oleh orang berbangsa lain. Orang melayu memang mempunyai pertimbangan yang agak lembut jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang agak agresif.

Kini bangsa melayu telah menjadi satu bangsa yang agak dikenali, satu bangsa yang telah bangkit dari pegangan dan budi pekerti yang tinggi. Orang melayu sudah melebarkan sayap ke negara asing. Orang melayu mampu bersaing dalam apa bidang sekalipun. Doktor yang hebat-hebat melakukan pembedahan kritikal, usahawan yang berjaya dan juga bidang hiburan.

Daripada golongan melayu yang besar aku kecilkan pemerhatian ku kepada golongan melayu yang lebih kecil stratanya. Selama beberapa tahun aku memerhatikan bangsa melayu. Membuat mini tesis kepada bangsa ku.

"Orang Melayu pun jahat juga" terdetik perkataan jahat ketika aku melarikan putung jariku untuk menaip hasil dari pemerhatianku. Adalah penting untuk aku mengingatkan saudaraku semua bahawa tulisan ini adalah mengambarkan sesuatu yang tidak disukai daripada pandangan peribadi sahaja. mungkin juga strata yang kecil tidak memberi gambaran yang penuh kepada pemerhatian ini. Mungkin juga pemerhatian ini tidak tepat dan melibatkan kekangan yang tidak dapat saya atasi.

Di sebalik kemurnian orang melayu terdapat juga beberapa fiil yang tidak sepatutnya menjadi kulit orang melayu. Hasil perbualan ku dengan seorang rakan, "orang melayu suka mengata orang dan membuat fitnah" rakan ku mengulas. Sebenarnya memang aku bersetuju dengan pendapat rakan ku ini, fikiran negatif selalu berada didalam benak melayu, orang melayu seolah-olah ahli farmasi yang memberikan preskrepsi kepada bangsa lain. Sebagai contoh, aku pernah melihat bangsa ku mengatakan bahawa bangsa ini adalah bangsa yang pemalas, degil dan hidung tinggi dan berbagai-bagai lagi label yang kita dengar. Orang melayu suka berprasangka dan tidak menghormati orang lain. Kita sudah mula menjajah dan menceroboh negara lain tanpa menghormati adat resam bangsa lain. Kita amat berbangga dengan pencapaian kita yang sudah terkenal. Datang kawan berbangsa Arab dan bertanya kepadaku apakah keluargaku di Malaysia berada dalam keadaan sihat, adakah anak-anak kecilku berada dalam keadaan baik semasa misafirku dan adakah Malaysia berada didalam keadaan baik. Pertanyaan yang begini membuatkan aku berfikir, apakah mereka begitu mengambil berat dengan kedatangan ku sebagai tetamu di negara mereka. Mereka sebenarnya memang begitu, mengambil berat tentang tetamu-tetamu mereka. Aku pernah mendengar perihal satu bangsa Arab yang mementingkan tetamu daripada golongan bangsa mereka sendiri. Tidak pernah aku terfikir untuk bertanya khabar tentang keluarga mereka selain daripada bertanyakan hal-hal yang berkaitan kerja. Tidak pernah aku menghormati mereka sebagai seorang kawan melainkan seorang pekerja bawahan. Tidak pernah aku berjenaka sebagai teman melainkan arahan kerja. Tidak terlintas bahawa mereka adalah saudara sedunia dan ada juga saudara seugamaku. Jika dulu aku berprasangka dengan mereka sekarang aku mula menjadi kawan.

Tidaklah menjadi satu beban yang berat kepada aku untuk menjadi kawan kepada bangsa lain. Apakah tiada ruang untuk kita belajar adat resam kawan-kawan aku yang baru. Apakah mejadi satu kesalahan untuk aku berbaik-baik dengan bangsa yang lain.

Aku merasakan bahawa bangsa kita amat mulia? Aku merasakan bangsaku adalah bangsa yang terpilih? aku pernah merasakan tidak penting untuk bertanyakan hal-hal keluarga selain kerja. Kadang-kadang aku rasa aku macam yahudi yang hanya memuliakan bangsanya. Tidak pernah aku terfikir bahawa mereka adalah saudara sedunia ku.

Draft satus.

No comments:

Post a Comment