Dec 18, 2010

Test

Test skali


Almost on the dot.

Dec 10, 2010

Dari a ke q

Dah lama aku tak tulis blog neh. Dah lama aku tak ceto panjang. Tapi takpe bukan ade yang dok follow pon blog neh. Takde org yang nak rindu ngan tulisan aku bukan ade anak gadis yang tak lelap tido pon kalau tak baca tulisan aku. Soo man man chou aa.
Dari savana ke tengah lautan. Macam tu laa tajuk yang aku nak tulis malam neh. Dulu asal memang kat tengah laut pon cuma wat wat tak sedar diri jer. Bila berpeluang bertukar angin keje kat savana memang la besh sebab banyak benda baru yang aku dapat.
Selama kat savana aku memang enjoy dengan keje. Dengan perangai orang dengan bahasa orang dengan makanan dorang. Kadang kadang aku rasa lain sebab 2 3 ari lepas perut aku ade ragam skit terasa diet aku berubah ditengah lautan. Padahal aku dah cuti panjang makan dan makan jer kat kampung.

Kadang kadan aku rasa macam lautan dah bukan macam tempat aku. Aku rasa macam shock skit bila keluar nampak laut kiri kanan. Paling pelik bila kena panjat anak tangga naik GCM cooler. Sebab biasa aku tekan pedal minyak jer nak gi keje. Sekarang aku tekan tapak kaki lak pi mana mana.

Dulu muka melayu tak banyak skrang muka melayu sesajer. Bila time keje aku rasa macam woah..... Ramainya melayu. Semua pon cakap melayu. Loghat kelantan tengganu kl johor semua ada. Tapi aku suka kat loghatul arabiah. Aku walaupun pelat bila bercakap tapi aku suka dengan bahasa.

Setelah seminggu aku kat laut aku slow slow masuk kawan. Ramai juga kawan kawan baru dan lama di kalangan kontraktor dan rakan se kompeni. Nasib baik pr skill aku bagus. Seminggu aku dah kenal ramai orang. Dah memang bakat aku kot pr.

Terkenang juga aku kat savana. Tempat aku berkawan dan blaja bahasa. Tringat juga aku ngan gatlouk. Al fatih wilson tariq dan ramai lagi best buddy aku masa kat savana. Geng geng sekuriti sumer. Huhuhu

Pak jak Pak kader memang tetap di ingatan.


Alhamdulillah tuhan bagi pengalaman berharga.

Jalan jalan batu nang
Makang nasik lauk ikang
Dari savana ke tengah lautang
Tempat jatuh lagi di kenang

Almost on the dot. Via iPod.

Dec 3, 2010

Back to where i belong

For the past 2 years I was given a chance to visit and work in other countries. The best experience and lotsa new environment. Totally new culture, people and languages.

Now i am back to the place Where I belong.
Welcome me myself to DLB

Dalam pening ada ceria. Kua kua kua.




Almost on the dot.

Location:South China Sea

Oct 28, 2010

Bola oh bola

Sukan bola memang menjadi sukan no 1 di dunia dan juga Malaysia. Semangat kesukanan dan intergrasi sukan sepatutnya telah mendidik kita menjadi masyarakat yang lebih matang membezakan antara baik dan buruk. Secara umumnya manusia cepat menerima keburukkan daripada kebaikan. Menjelang perlawanan akhir Kelantan dan Negeri Sembilan semangat pemain dan juga penyokong sudah mula menghampiri tahap gaban. Kedua dua barisan penyokong juga di hantui kenangan lama insiden beberapa tahun lalu. Insiden pergaduhan dan pertembungan dua gergasi bola sepak di Malaysia. Perkataan gergasi selalu digunakan untuk menunjukkan betapa kuasa mutlak kedua belah pihak. Tanpa kita sedari gergasi juga selalu dikaitkan dengan perbuatan ganas.

Dari perbualan kedai kopi dan tempat lepak penyokong, lebih ramai yang bercerita strategi untuk melakukan keganasan sukan daripada strategi untuk memantapkan lagi strategi kemenangan. Menyokong lebih suka berfikir gaban apakan nanti yang akan mereka jelmakan apabila keputusan permainan tidak berpihak kepada kita. Perwatakan menarik sudah tidak penting lagi melainkan watak gaban dan rasaksa yang akan bertukar menjadi ganas apabila dengan hanya mendengar kata kata kesat dari pihak yang berlawanan. Yaaa kita akan jadi seperti mereka di England. Yaa kita akan jadi seperti penyokong Fransa kita akan menganas apabila pengadil tidak menjalankan tugas. Kita akan menganas kalau puak kita mengalami kekalahan. Yaaa kita akan lakukan hatta perlakuan kita mencederakan dan merosakkan harta benda malah berkorban nyawa. Yaaa kita akan lakukan apa saja demi sebuah bola kecil yang disepak di padang.

Kelantan walaupun diperintah oleh seorang tok guru, tapi masih belum mampu mengubah mentaliti penyokong yang masih lagi bertukar menjadi gergasi kerana bola. Penyokong tegar lagi setia akan melalukan apa saja demi kehormatan bola. Mungkin kejadian orang Malaysia mempunyai semangat juang yang tinggi dalam setiap konflik baik sukan bola ataupun politik. Semangat juang kadangkala disalah gunakan untuk tujuan tertentu apabila terdapat berita mengenai tangan tangan gergasi hitam yang menaja keganasan sukan. Ada yang beroleh keuntungan dan laba yang besar di sebalik keganasan.

Sepatutnya cuti umum akan di berikan ketika perlawanan besar di seluruh negara supaya semua peminat bola dapat menyaksikan perlawan akhir dan mempunyai masa yang cukup untuk menziarahi sanak saudara yang berada di negeri di mana perlawanan akhir dijalankan. Mungkin peluang menyaksikan perlawanan akhir ini boleh di ambil kesempatan untuk kita bertandang kerumah kawan. Kawan dari Kelantan untuk berkopitiam di Negeri Sembilan dan sebaliknya.
Dengan hampirnya perlawanan akhir ini persahabat menjadi sedikit goyah. Tumpuan kemenangan menjadi sasaran.

Bersempena perlawan akhir Kelantan dan Negeri Sembilan. Saya ingin mengucapkkan tahniah kepada kedua dua pasukan yang merupakan musuh tradisi dalam arena bopasepak. Penggunaan musuh tradisi sepatutnya sudah lama ditukar kepada nama lain seperti wira bola atau pasukan tersohor untuk memupuk nilai yang baik. Perkataan musuh memang akan membawa kepada perbalahan.
Marilah kita menjadi masyarakat yang bersatu demi Malaysia yang tercinta dan majulah sukan untuk negara.

Sebagai penyokong kelantan. Gomo Klate Gomo yang sepatutnya ditukar kepada Klate bijok sokmo ataupun Klate hebak sunggoh. Kerana perkataan gomo sememangnya mengundang perbalahan.

Sekian. Huhuhu

Location:Wakaf Bharu,Malaysia

Oct 24, 2010

Trip


Huhuhu. Blog dak tharjath jadi travel blog pulak. Saje jer sambil tunggu mem makan


Almost on the dot

Oct 1, 2010

Saving ur contact

Cara cara mengimport maklumat contact dari buku alamat microsoft kepada Google.
1 bula buku alamat microsoft dan ekspot maklumat dalam bentuk CSV.
2 Gunakan plaxso untuk mengekstrak malumat contact anda jika terdapat masalah.
3 Login akaun google anda dan pilih contact. Import data contact anda untuk disimpan di pelayan google.



Aug 31, 2010

Merdeka 53

Banyak tengok kat jalan raya budak budak bawak beskal bawak bendera besar. Sekali pandang terasa betapa patriotik nya budak budak skrang, betapa tingginya kesedaran tentang perjuangan kemerdekaan dan betapa mereka juga berhak untuk berarak di sekitar jalan raya utama di kota Bharu pagi tadi. Pernah juga terfikir apakah mereka ini yang sekitar 15 ke 18 tahun malah ada yang lebih muda ini sebenarnya mengerti erti kemerdekaan? atau mereka hanya mengikut kawan kawan mereka berbasikal dan bergembira di hari merdeka. Apakah mak dan bapak mereka tau pergerakkan mereka pada pukul 3 pagi ini. Adakah anda juga tau mereka bertempik berteriak sambil mengibarkan bendera dan dan meniup air horn? Kadang kadang sambutan tidak mengambarkan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku.

Setelah 53 tahun merdeka berita buang bayi makin banyak di dada akhbar. Sejak kita Merdeka banyak isu perkauman yang di timbulkan. Sejak kita merdeka banyak kebebasan telah diberikan seperti kebebasan untuk menukar ugama. Sejak kita merdeka remaja lepas bebas keluar malam. Sejak kita merdeka banyak kemajuan yang kita telah capai dan akan terus kita kejar. Sejak kita merdeka tahap maksiat kita sudah menyamai negara yang tak pernah di jajah. Hebat sungguh negara kita yang telah mencapai kemerdekaan dan kemajuan setaraf negara luar.

Bukan aku anti sambutan kemerdekaan tapi aku anti sambutan kemerdekaan yang agak kosong. Perlu ada satu mekanisme yang akan membentuk satu sambutan untuk menghayati semangat juang dan kemerdekaan. Dua tahun yang lalu aku banyak berkawan dengan orang yang sangat berpatriotik untuk menuntut sebuah kemerdekaan. Orang orang yang sangat berahsia dan berwawasan tinggi untuk menjadikan negara mereka lepas bebas dari cengkaman. Cara mereka mungkin sama dengan cara kita 53 tahun yang lalu. Mereka serious dalam banyak benda. Mereka ada pakatan luarbiasa, teapi mereka tiada terpekik pekik melaung dijalan utama. Lagipon mereka bukan maju sangat macam kita nak beli basikal pon setahun mereka berkira, maklum lah mereka miskin bukan macam kita. Kereta pon hanya tuan besar yang guna.

53 tahun merdeka. baik buruk pon negara kita. Selamat menyambut Hari Merdeka. Kadang kadang malu juga dengan mereka " banyak nya bayi hidup mati merata-rata" kata mereka.

Aug 13, 2010

I will be missing 1

I will be missing a lot of things. The very first are all my friends at Tharjath. The Northern Arab and all my Gatguarlen Nuer. For the past 2 years I mixed around with them. Together we make jokes, worked together, taking food and a lot of good things to make me remember my stay at Tharjath.


It was the time Qatar Airways taking off from Khartoum Int. Airport and Iam looking through the windows. Iam looking for Ar Kawit looking for Amarat looking for a place I ever visit. The plane is flying higher that I can only saw the lights beneath the light which is slowly blur to my eyes. The memories remain the same despite a black sky at this time. I may be come back to meet my friends from the other world. My friend who help me a lot during the stay.

Almost on the dot.

Jul 3, 2010

Digital world

Pernah kah kita fikir berapa jauh kehidupan kita dengan teknologi masa kini. Apakah dengan teknologi yang kita gunakan seharian selari dengan teknologi yg terdapat di negara luar.
Teknologi yang dikuasai tidak digunakan kearah kebaikan. Teknologi perubatan yang banyak membantu menyelamatkan nyawa dan juga teknologi perang yang juga banyak membunuh juga.


Almost on the dot.

May 29, 2010

Koya blana

Yaaa aku macam putera raja kesana kemari bawak kereta besar. Semua gadis teruja. Mana tidaknya bahasa ku seperti mereka cuma aku di besarkan di eropah semestinya bahasa ku pelat pelat gaya melayu eropah. Suka sangat mereka bila aku menyapa. Seolah dapat bertemu putera raja. " datang lah ketempat kami, minum susu sebanyak yang anda suka. Hilangkan stress kerja". Sudah banyak jemputan ku terima. Sudah banyak permintaan gadis gadis ku tolak. Maklumlah putera raja takkan boleh mencemar air muka dengan minum susu dari lembu. Biasa po susu paket yang di proses di new zealand saja. Nanti murka pula ayahanda ketahui sang putera minum dari lembu.
Sempat juga gadis menyapa " wahai putera bolehkah bawak kami kesana" ade juga beta membawa mereka dulu tapi beta tidak tahan dengan lalat bersama. Tapi beta suka mereka. Mereka sangat friendy menghulur susu segar kepada beta.

Ahhhh betuh macam putera raja. Mungkin campuran ayahanda dan bonda dari nepal maka kulit beta sangat terang di mata mereka. Sehari pun tak habis mereka bercerita tengtang kulit beta yang cerah berseri. Rambut beta yang cokelat dan telinga beta yang aneh.

Setiap hari melambai saja gadis gadis desa membawa harapan supaya beta menyapa dan bawa mereka kesana. Supaya dapat di katakan alangkah baik nya putera itu menolong saja kerja nya.

Terkenang juga beta putih gigi dan jalinan rambut mereka. Hitam kilat kulit mereka terkena sinaran mentari. Kesian juga beta melihat mereka menapak berpuloh kilometer untuk mencuci baju dan seluar.

Kalau ada pon lelaki diantara mereka tidaklah dapat menandingi beta yang cerah dan bergaya ini. Tidak berkereta pula. Walaupun ayahanda punya kereta tapi beta yang melenjan kuasa kuda. Nampak gah bergaya laa beta.


Sekali beta berfikir. Betapa riaknya beta dengan mereka. Betapa riak beta yang cerah ini dengan mereka. Beta pon bukan nya muda. Masa banyak habis diluar negara angkara ayahanda. Walau hitam kulit mereka tapi hatinya baik saja. Tak macam beta cerah berseri tapi riak saje yang ada.


Almost on the dot.

May 28, 2010

I am not finish yet

For as long as my stay here i will remember this as a bad experience.
I know that i cannot park my 55 inside the base camp. Whenever i want to do something inside the based camp and they stop me at the gate, with a not so good word. I felt like I am a dog chased by the house owner. I am like a dog which try to sneak inside and search for the food waste. They really chase me like a dog. I saw them like a jewish stopping a Palestenian from entering Al Aqsa. I felt they humiliate like i cannot read and think like a dog. Even dog understand on a very unique ways.

Some of them treat me like a family. Nicely welcome me and greeting. This is only my personal point of view.

Different people different culture. Think.


Almost on the dot.via ipod.

May 25, 2010

Prince of thief


I met with prince of thief today. He is trying to steal the fence brace at OGM 5.
i saw him hiding in between the bush near to the fence. Hes may be thinking that I cannot see him.

Me: laughing out loud hahahahaha
Me:garre garre mala
Prince of thief: malaa
Me: laughing out LOUD.

I call him from the hidden bush and slowly he raised his head. Hes coming out because he can hear me and loughing.
I ask my local staff to communicate with him. I told my local staff to tell the prince of thief not to steal anythinf from our facilities and he can go as a free man.

This is my tips when you met with the prince of thief
-stay calm
-Do not angry or show your anger he will protect himself too
-You can only laugh when you feel that you are safe.
-Smile dont frighten them
-Ask them nicely to confirm that he is the real prince
-Alyaws observe for hidden weapon or harmful nuclear gasses
-Always bring hard object with you eg: radio

People usually steal because they need something badly. We cannot say that they are stealing because the like to steal. Punishment will not solve thief problem. From thousand years ago people kept on stealing. We can stop people from stealing by cutting their hand.





Almost on the dot.

May 23, 2010

Every day is a good day

We have found that one of our field facilities been broken by unknown intruder. They broke the pressure gauge and stole the control unit.

Lucky them we already shut the well and no risk to eletric shock. Lucky us no body get electrocuted.

My world is always safe. We just lost a few cheap hardware.

Did i mention they break the fence? Yes they did that.

Almost on the dot.



May 20, 2010

Macam sial

Memang selama ni Aku tak nak suka mengata kat dorang nih. Tapi rasa cam dah tak tahan gak nak sabar dengan perangai macam sial. Macam tak de otak tak de akai jer bila aku pikir. Dorang ingat aku mari sini jadi penjahat ke apa, macam lah aku ari ari dok tenyeh idung bongkak dorang.

Memang sial aa mamat tuh den tengok. Patut laa pak jak cakap sarban besar bakul pon ramai yang menipu. Tak bleh caya. Baik baik dengan dorang neh pon macam tak de guna yang simple pon tak bleh pikir. Dah la aku ari ari kena pump tayar keto yg dah botak macam taya stemroll. Pelik aku ari nie. Soalan macam makhluk asing dio tanyo.

Kalau aku dah bawak keto nak gi worksop mesti laa ada urusan aku nak buat kat workshop takkan aku saja saja nak menyombong tayang keto company lak. Nak bukak gate bukan payah pon. Tekan yoo alat kawalan. Itu pon banyak soal. Dah dua taun aku ulang alik pagar neh. Takkan aku nak gi rompak warehouse pulakkkk. Memang sial aa mamat neh.

Aku dulu keje antar barang, nak masuk istana pun takdo payah macam neh. Agak e nak tunjuk dedikasi keje kat aku kot. Pegi mampusssss. Sial gila ban mamat neh. Memang aku doa mamat neh kena tembak aa perang esok.

Akai tak dak kaa. Kalau dah pakai coverall company tuh maknanya aku keje ngan wnpoc laa takkan aku bleh jadi macam orang tempatan jage lembu pulak.

Yang aku peliknya keto yg takdo stiker company pon elok je keluar masuk. Macam tak de control jer. Nak jaga tanah kononn. Fukimak macam laa aku bodoh sangat. Tak pee ari ni ko wat naya kat aku esok esok ko tau laaa.

Satu lagi yang aku pelik gak laaa bos pon kena tahan. Ingat kalau presiden pon kalau bawak keto sorang sorang kena tahan kena maki sumer nak lepas gate. Bukan kenal orang mamat sial neh. Dah laa aku kena round sumer location keje dah dabel. Lagi nak bazirkan masa aku.


Sebagai lepas geram

Cam sial jer mamat tuh.


Almost on the dot.

May 18, 2010

Train

The word train come accross my mind today. To train other people now become a big task.

Its been a long time i lead the team and now is time to delegate all the task to them and create a new leader.

Today i will just sit back and observe them. Advice is on critical condition and for unusuall job planning. I have to train them to become a leader.

My plan
To train them for the responsibility.

Do
Become a passenger or driver.

Action
Evaluating. Pah ke sutt

Check
Tak payah check. Dorang Sumer dah tau hehehe.


Almost on the dot.


Apr 1, 2010

Cerita dongeng.

Akan ku penggal kepala pahlawan itu bila ilmu di dada ini sudah penuh, akan ku tebuk dadanya dan makan hatinya. Api kemarahan yang sentiasa menyala dan akan terus menyala itu menjadi semangat yang kental untuk putera.

Putera meneruskan perjalanan ke sebuah negeri untuk menuntut ilmu kebatinan. Putera menunggang kuda hitam yang amat setia menjadi teman perjalanan. Seramai 23 orang pengikutnya juga melalui bukit dan hutan merantau membelah bumi dah sungai. Sepakat Putera dan teman teman meneruskan perjalanan menuju kesebuah tempat yang tidak pasti gelaranya. Sejak dua purnama mereka meneruskan perjalanan, menempuh dugaan yang amat getir ketika melalui sebuah gunung. Ketika mereka berhenti seketika kerana hujan dan ribut, mereka di serang sekempulan haiwan yang amat aneh, pantas saja Putera dan pengikut setianya menghunuskan pedang. Makhluk aneh di bunuh tanpa belas kasihan, kepala dan tangan bercerai dari badan darah biru dan hitam mengalir ketanah mengalir bersama hujan. Dalam ribut mereka menamatkan pertempuran. Setiap hari mereka menempuh berbagai dugaan. Pelbagai helah musuh dapat di tentang. Putera memang mempunyai kehandalan yang luar biasa, begitu juga dengan pengikut pengikut nya yang lain.

Ketika sampai kesebuah negeri yang aman, Putera berhenti seketika untuk mendapatkan bekalan dan rehat yang di perlukan. Negeri Warda amat cantik dan makmur. Laluan di tepi jalanan sesak dengan peniaga dan orang lalu lalang. Lelaki bergaya bergitu juga perempuan.

korang takyah aa tanya lagi..abes dah idea aku..

Mar 30, 2010

kadang kadang...

Kadang kadang bila kita baik sangat dengan orang, orang tu pulak amik kesempatan dengan kita. Kadang kadang aku terfikir..berapa baik kita nak kena baik dengan orang supaya orang tak amik kesempatan dengan kita...kadang kadang aku pon baik dengan orang sebab nak amik kesempatan dengan orang jugak. Dulu aku rasa orang selalu amik kesempatan bila aku baik dengan orang. tapi sebenar nya aku pon sama gak amik kesempatan dengan orang. Macam org politik gak...kot...bila nak pilihan raya mesti baik.belanja makan kedai tepi jalan bagai...cam dah biaso kenal yoo, bila dah lepas pilihan raya ilang mano tah...

kadang kadang bila pikir balik idup memang macam nie kot...

Mar 26, 2010

I make my day.

You may be wondering on how do I make my day here in Tharjath. I woke up mostly at 6.10 in da morning and prepare myself to work. I walked to a parking space as my car was no longer allowed to enter the base camp. Few minutes walking and greeting other people along the way to the car park. It took longer time to reach the car park if I met someone that I knew and learning new words either in Arabic or u. Learning will never stop right?. I drove my car to CPF slowly looking at the field at the both side of the road. I just like to make my day here.

Mar 14, 2010

avatar

Itu ari Ahmad Bajuri ada datang bilik den sebab nak soh kudin tengok tengokkan lappy dia.pastu di bagi nya ceto Avatar. 3 ari lepas den layan ceto tuh den raso cam abatar lak. bila dah dekat setaun lebih keje kat tempat orang aku macam dah termasuk dengan avatar orang-orang kat sini. Dari satu patah perkataan aku belajar.makin hari makin bertambah perbendaharaan kata dari masyarakat Nuer yang aku grab. bukan aku tau banyak sangat pon, cuma basic greeting dan pertanyaan asas untuk hidup saja yang aku tau..sangat sedikit berbanding dengan orang lain yang dapat grab dengan banyak, tak macam aku.

mereka mula menerima kehadiran aku dalam masyarakat diorang.

Gelaran pertama yang aku dapat ialah Gatguarlen yang bermaksud pak menakan beberapa minggu aku menggunakan gelaran tersebut mereka memberi satu lagi kenaikan, cuma tambahan kepada Gatguarlen menjadi Gatguarlen Faint yang bermaksud pak menakan bapak ke belah mak aku pon tak sure sangat. aku memang suka bercampur dengan orang lain.aku suka belajar mengenai kehidupan bangsa lain.

selama beberapa bulan mereka mengekalkan gelaran yang aku terima. mungkin setelah mereka berpuashati dengan pencapaian bahasa dan pergaulan mereka menambah satu lagi gelaran kepada ku. satu gelaran dan juga penghormatan mereka kepada ku. mereka memanggil ku dengan bermacam-macam gelaran. gelaran yang aku terima sekarang adalah Gartorweish. Gartorweish bermaksud tuan tanah. pada mulanya mereka memanggil aku dengan nama Gartorweish Maleysie tapi mereka melupakan Maleysie setelah yakin dengan kedudukan avatar ku.

Pada suatu hari ketika aku melepak dengan geng-geng Nuer. salah seorang dari mereka memberi gelaran baru kepadaku. kali ini mereka memberi satu lagi gelaran menarik yang agak unik. tidak ramai yang tahu makna gelaran yang aku terima ini. Dorr Borah, inilah gelaran yang di berikan oleh seorang kawan yang pernah marah kepadaku kerana memandu kereta agak laju walaupon speedometer hanya menunjukkan angka 40 Km/h. Mereka menintroducekan aku dengan gelaran baru aku. Dorr Borah.

Pernah suatu masa ketika aku melawat Bantiu, seorang pakcik berkata kepadaku, "kalau tidak kerana tanda kamu akan menjadi seorang Nuer dengan percakapan kamu". Ada juga di kalangan mereka yang mengatakan aku sebenarnya sudah boleh mengahwini perempuan Nuer dengan kedudukan avatar ku sekarang. aku hanya memberi alasan tiada lembu hantaran dan malu-malu kucing. Mereka sanggup mendonate lembu mereka jikalau aku setuju dengan rancangan mereka.

Sepelik manapun gelaran yang aku terima daripada diorang aku mempunyai gelaran universal yang aku dapat dari dulu lagi. gelaran seolah berkelip-kelip macam lampu ultraman. gelaran yang tidak perlu aku jelaskan sangat maknanya. Gelaran yang menjadi gelaran pertama apabila kali pertama aku berjumpa dengan kawan-kawan baru. walaupon aku sudah mencapai Dorr Borah, mereka masih lagi menyapa ku dengan sebutan "Ni hao..Ni Hao" korang mesti perasan dan maklum gelaran universal ku.


pengajaran ayat:

1. buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali.
2. cintailah bahasa, bahasa jiwa bangsa dan
3. ada bahasa, ramai kawan.
4. org cina lagi awal datang kat tempat mereka, sebab tu mereka tau sebut "ni hao..ni hao" walaupon dengan pelat yg paling teruk.
5. wo hen hao....



Mar 12, 2010

I went to Mir mir..




I haven't cover all Southern Sudan during my stay. The policy and general security state limit my movement. It is not something that you watch on the Astro Traveler or Discovery Channel. Every risk will be bare by me and my friends.
Today I took an opportunity to visit the river bank of White Nile but not at Khartoum its where to the Southern part of the country.

I bring along people which I can trust and start the engine. Its not only for fun, I went there to pick up one of my colleague coming by the river from Juba, the capital state of the Southerners.
the location is on the map.



The journey took almost 2 hours from the camp to the river bank. We have passed few other village before reaching the the river bank and the place called Aduk. Taking picture is not really like a tourist, every spot of the place are considered military spot and you can get charge for it. I just snapped few picture inside the vehicle after reaching the signal from the GPS.

I was a good weather and the water is cold. I took off my clothes and jump into the water. The kids are all waiting for me inside the water. They are so happy to have a white visitor to swim along with them. After 15 minutes I am thinking of my white skin might attract predators like crocodile and other dangerous fish. My friends also showing a bit worry to have let me dive into the water. I walked at the river bank and lotsa eyes looking at me to have different skin from them.

It was my greatest experience to have visit the place.



Mar 9, 2010

den memang klakar..

itu ari masa balik ke Malaysia den amik Qatar Airways, dari Khartoum Transit jap kat Dowhah pastu balik Malaysia. Masa tuh den ado kawan dari South Sudan gak, Kapten Nicola ngan member dia sorang lagi..board ke aircraft untuk balik ke Malaysia kitaorang pakai shuttle bus sebab aircraft parking jauh skit...epot dorang tak de bosa sangat nak taruk pintu yg gerak-gerak sampai aircraft. so dari terminal kita naik bas gi ke aircraft....den borak2 ngan Kapten Nicola yg tak abis2 puji Kuala Lumpur yg membangun dengan pesat...tetibo den tertanyo Kapten Nicola...Are we going to KL by bus?....golak bosa mamat tuh. pastu den prasan ade minah sorang tak tahan nak golak gak...name ape tah den lupo..dari Nigeria nak gi KL gak...abesss lamo naa naik bas ......awek Nigeria tuh tak tahan trus golak gak....den tengok yoo gigi putih minah tuh....

Feb 4, 2010

cerita gempa


Itu hari kan ada gempa bumi kat Haiti, kuat juga kan? 7 skal ritcher. gambar nie aku amik dari berita Al Jazeera. Cerita pasal satu masjid kat Haiti yang tidak mengalami kerosakkan ketiga gempa bumi berlaku. Ada juga dua orang budak bukan Islam yang masuk kedalam Masjid tersebut dan terselamat. Subha nallah.
Posted by Picasa

Jan 7, 2010

Long hours flight..


A journey from Malaysia to Khartoum will eaten about 14 hours of flight time and transit. Sleeping and eating is the best thing u can do inside the cabin. My membership of Qatar Airways always good to provide me a low calorie meal on every flight. dont usually take some vegetables and this is what i did to impress one of the lovely air hostesses name Iman from Morocco. Yep..yep my wife will be very jealous if she find out this...huhuhu..
Posted by Picasa