mereka mula menerima kehadiran aku dalam masyarakat diorang.
Gelaran pertama yang aku dapat ialah Gatguarlen yang bermaksud pak menakan beberapa minggu aku menggunakan gelaran tersebut mereka memberi satu lagi kenaikan, cuma tambahan kepada Gatguarlen menjadi Gatguarlen Faint yang bermaksud pak menakan bapak ke belah mak aku pon tak sure sangat. aku memang suka bercampur dengan orang lain.aku suka belajar mengenai kehidupan bangsa lain.
selama beberapa bulan mereka mengekalkan gelaran yang aku terima. mungkin setelah mereka berpuashati dengan pencapaian bahasa dan pergaulan mereka menambah satu lagi gelaran kepada ku. satu gelaran dan juga penghormatan mereka kepada ku. mereka memanggil ku dengan bermacam-macam gelaran. gelaran yang aku terima sekarang adalah Gartorweish. Gartorweish bermaksud tuan tanah. pada mulanya mereka memanggil aku dengan nama Gartorweish Maleysie tapi mereka melupakan Maleysie setelah yakin dengan kedudukan avatar ku.
Pada suatu hari ketika aku melepak dengan geng-geng Nuer. salah seorang dari mereka memberi gelaran baru kepadaku. kali ini mereka memberi satu lagi gelaran menarik yang agak unik. tidak ramai yang tahu makna gelaran yang aku terima ini. Dorr Borah, inilah gelaran yang di berikan oleh seorang kawan yang pernah marah kepadaku kerana memandu kereta agak laju walaupon speedometer hanya menunjukkan angka 40 Km/h. Mereka menintroducekan aku dengan gelaran baru aku. Dorr Borah.
Pernah suatu masa ketika aku melawat Bantiu, seorang pakcik berkata kepadaku, "kalau tidak kerana tanda kamu akan menjadi seorang Nuer dengan percakapan kamu". Ada juga di kalangan mereka yang mengatakan aku sebenarnya sudah boleh mengahwini perempuan Nuer dengan kedudukan avatar ku sekarang. aku hanya memberi alasan tiada lembu hantaran dan malu-malu kucing. Mereka sanggup mendonate lembu mereka jikalau aku setuju dengan rancangan mereka.
Sepelik manapun gelaran yang aku terima daripada diorang aku mempunyai gelaran universal yang aku dapat dari dulu lagi. gelaran seolah berkelip-kelip macam lampu ultraman. gelaran yang tidak perlu aku jelaskan sangat maknanya. Gelaran yang menjadi gelaran pertama apabila kali pertama aku berjumpa dengan kawan-kawan baru. walaupon aku sudah mencapai Dorr Borah, mereka masih lagi menyapa ku dengan sebutan "Ni hao..Ni Hao" korang mesti perasan dan maklum gelaran universal ku.
pengajaran ayat:
1. buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali.
2. cintailah bahasa, bahasa jiwa bangsa dan
3. ada bahasa, ramai kawan.
4. org cina lagi awal datang kat tempat mereka, sebab tu mereka tau sebut "ni hao..ni hao" walaupon dengan pelat yg paling teruk.
5. wo hen hao....