Jul 24, 2009

kunci..

Sejak kunci dicipta lebih dari 4001 taun yang lalu kunci telah mengalami beberapa perubahan. Daripada seketul kayu yang di ukir menjadi menjadi kunci hinggalah kepada kunci electronik. Sebuah rumah yang besar bergantung kepada beberapa anak kunci yang kecil untuk menjaga persekitaran didalam dan di luar rumah. Terdapat berbagai-bagai jenis kunci dicipta pada masa kini. Kunci selalu digabungkan dengan ibu kunci ataupun alat yang seumpamanya supaya dapat berfungsi dengan cekap. Kunci juga selalu digambarkan sebagai alat yang penting dalam hidup. Banyak perumpamaan dan kata kias menggunakan kunci. Ada juga lagu-lagu yang tersohor menggunakan kunci sebagai kiasan contoh nya "Kau kunci hatiku" nyanyian Ramlah Ram.

Dalam bidang kmputer juga kunci memainkan peranan penting dalam transaksi eletronik masakini. Pelbagai kunci dicipta untuk membantu manusia hidup dengan aman.

Cerita kunci pada kali ini sebenarnya hendaklah dirujuk kepada gambar ini. Gambar kunci ini sebenar di ambil dari kereta yang aku pakai setiap hari untuk menjalankan kerja. Kunci ini sebenarnya digunakan untuk membuka pagar kepada telaga minyak, tampa kunci ini sesiapa pun tidak berhak untuk mendekati telaga minyak, inilah amanah yang aku terima dari pihak syarikat Aku pun sebenarnya lupa dari mana aku mendapatkan bendera kecil ni.

Sebagai kiasan dan perumpamaan dan juga semangat untuk aku supaya berhati-hati, bahawa aku sebenarnya memegang kunci perniagaan kami disini.


Bendera kecil yang terdapat pada tempat gantungan kunci juga merupakan alat pengenalan, bahawa aku sebenarnya rakyat Malaysia, bukan dari China, bukan dari Filipina bukan dari Vietnam. Pengenalan negara amat penting dari sebagai pengenalan kepada negara kita Malaysia dan juga untuk diri sendiri, aku selalu di anggap orang dari Tanah Besar Cina kerana berkulit cerah dan mirip Cina Bukit. Mereka mempunyai pandangan yang berbeza-beza dengan warga negara yang lain. Aku pernah di halang dari mengambil makanan kerana mirip muka yang agak berbeza dari kawan Malaysia ku yang lain. Semoga kita semua terus bersemangat untuk memegang kunci.

Jul 17, 2009

Sekitar Tharjath July 2009


Dua ekor Rusa yang berkeliaran di kawasan operasi Tharjath.

Kadang-kadang idea untuk mengisi blog menjadi kosong, tiada cerita-cerita yang hebat untuk dipaparkan. Tiada issue penting yang nak di kongsi bersama teman-teman. Kami mula menerima hujan bermula pertenganhan may 2009. Kesan rumput-rumput yang terbakar semakin hilang, rumput baru mulai tumbuh dan menghijau. Suhu yang dahulunya meningkat sehingga 46'C kini mulai turun kepada 37'C Hujan mulai turun. Permulaan musim sejuk akan bermula. Musim sejuk di kawasan Tharjath tidak sama seperti musim sejuk di Eropah. Tiada salji dan suhu sejuk yang melampau. Musim sejuk di kawasan Tharjath sebenarnya adalah perubahan ekstrim suhu pagi dan petang. Pernah direkodkan suhu pada sebelah pagi menurun sehingga 16'C dan meningkat sehingga 37'C ketika petang.

Musuh utama ketika musim hujan ialah nyamuk yang membawa penyakit Malaria. Simpanan ubat yang sudah luput tarikh masih lagi tersimpan di dalam almari dan akan dibuka apabila menerima gigitan nyamuk yang pertama, ini bukan lah preskripsi doktor,ini adalah preskripsi saya. Kawan-kawan yang lain mungkin sudah mula mengambil ubat anti Malaria apabila tiba musim nyamuk. Mungkin suatu hari blog ini akan terhenti kerana aku di jangkiti Malaria. Keadaan ini lah yang kami hadapi sepanjang musim berbeza dengan kawan-kawan yang lain. Betapa bertuahnya menjadi rakyat malaysia.

Pada ketika ini terdapat banyak rusa berkeliaran di sekitar kawasan operasi, setiap pagi dan petang aku melihat Rusa berlari dan melompat di jalan tanah berwarna merah kawasan operasi. Sebahagian daripada cerita Rusa terpaksa aku rahsiakan supaya tidak menjadi havoc, denda yang tinggi akan di kenakan jika didapati menangkap Rusa walaupun untuk tujuan peliharaan.(den golak skit2 time tulis neh). Aku hanya melihat Rusa berlari-lari, terbayang juga bara api yang membara.

Itulah saja coretan budak Tharjath untuk kali ini. Makhtoub..makhtoub..makhtoub..

Jul 13, 2009

Perubahan yang bagus...


Semakin giat dijalankan kerja-kerja untuk meningkatkan lagi kesegaran persekiratan Tharjath Base Camp.

Tadi maso den jalan2 nak keluar keje den ado tengok pegawai mano tah duk amik gamba taman-taman hijau kek dalam Base Camp. Den amik gak laa gambar nie sebab den pon suko suasano hijau neh. Memang skrang ni dorang tanam banyak rumput hijau nak bagi nampak cantik. Perubahan persekitaran walau macamana pon tak semestinya akan mengubah tahap dan pemikiran seseorang.

Dalam hati den ado gak cakap " esok-esok taun-taun depan hijau lagi ke kawasan neh" nanti bila balik mesia esok den nak tropong lagi area nie..salah satu kegunaan Geotag.

Jul 5, 2009

Jul 3, 2009

Bila balik cuti....2

Selain dari menghabiskan banyak masa untuk belajar di Mashiwein.com, den juga ada bekerja siang dan malam untuk menjadikan impian seorang peniaga wanita yang bergelar Che Salmah.

Sejak 4 tahun yang lalu beliau telah menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan dengan menjual Serunding Daging dari Kelantan. Beliau nampaknya sangat yakin dengan pasaran serunding dan ingin menjual secara online, maka bermulalah masa kerja den yang tak tentu untuk memikirkan konsep dan aliran laman web yang akan dihasilkan. Simple and functional adalah kunci utama den dalam setiap pembikinan laman web baru. Ciri-ciri baru akan ditambah dari masa kesemasa mengikut kesesuaian pelanggan den dan seterusnya tidak membebankan poket pelanggan den.

Oleh kerana beliau bersetuju dengan konsep den maka lahirlah sebuah lagi laman web Che Salmah.Com

Grafik dan content laman web ini amat minima supaya pengunjung tidak hilang fokus. Sistem order yang di pasang mengambil masa yang lama untuk alihan bahasa dan mengikut citarasa Che Salmah. Beliau mahukan konsep niaga dan santai, berfungsi sepenuhnya dengan perbelanjaan yang minima.

Tahniah Che Salmah kerana berjaya merealisasikan impian anda untuk berniaga di Internet. Sesungguhnya peluang terbuka luas selagi ada kemahuan.