Jun 22, 2009

Bila balik cuti....

Ok this time cuti den agak meletihkan skit. Walaupun letih ada juga kepuasan apabila dapat menyiapkan satu projek dalam masa yang agak singkat.

Projek kali nie bertajuk geotagging, geotagging mula menjadi ketagihan sejak den ado Nikon P600 dan GPS enable PDA. Apa sebenarnya geotagging?

Ok sebagai contoh, kamera P6000 dari Nikon mempunyai GPS yang terbina dalam (ayat skema lak), kamera ini mampu berkomnikasi dengan satelite GPS yang banyak terdapat diruang udara, apabila feature ini di aktifkan kamera akan merekodkan data kepada setiap gambar yang di ambil. Data ini akan disimpan sebagai "EXIF" file yang terdapat pada kebanyakan kamera.

Kebiasaannya den menggunakan Picasa 3 dan Google Earth untuk mendapatkan lokasi dimana gambar di ambil. Satu fail akan disimpan untuk menunjukkan lokasi dan photo, tetapi hanya den saja yang syok sendiri ...skrang nak bagi sumer kawan-kawan syok lak tengok peta, bleh zoom-zoom lagi.

Picasa web juga mampu mengesan data GPS dan memaparkan peta lokasi.

Projek yang sedang den usahakan sebenarnya adalah tiruan dari beberapa website yang telah sedia ada.

Objective project
  1. Pecuma pada setiap masa
  2. Untuk kawan-kawan semua
  3. Untuk orang lain.
  4. Untuk tujuan perniagaan.
  5. Untuk menghabiskan masa cuti.
  6. Untuk mengelakkan diri dari kerahan tenaga oleh ......( ya marra..i nak buat nie kejap, u antar budak2 ek...) hehehe..

Status projek- siap dah, tunggu nak promote jer...

laman web Mashiwein.com ( baca dulu jangan tokan lai.... )

kawan-kawan yang ada GPS nya PDA bleh la... register dan upload gambar dan seterusnya memaparkan lokasi di google map. Bila balik, gi jalan mana-mana bleh tunjuk kat member-yang lain. Malaysia pon bleh upload gak...upload dari PDA pon bleh...no hal nya...

kalau nak bagi cadangan pon memang dialu-alukan (bleh spend masa lagi wat web neh....)

sekian...

Jun 12, 2009

menakjubkan...

Setiap hari kita cuba melakukan sesuatu perkara, kita belajar dan terus belajar supaya kita dapat menjadi pelajaran kita berguna kepada kita dan orang lain.

Kesungguhan sebenarnya merupakan kunci utama dalam proses pembelajaran. video ini adalah salah satu perkara yang menakjubkan

.

Jun 7, 2009

Nasi Briyani nya ceto....

Aku masih lagi merasakan hentakan tayar Blue Bird Aviation flight Beech 200 yang agak keras ketika mendarat di lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum. Bahang panas terus hinggap di lengan seketika keluar dari pesawat. Aku mengenakan kacamata hitam untuk mengelakkan silau dari panas terik matahari. Terasa debu-debu halus memasuki lubang hidung dan bergerak tanpa batasan ke kerongkong dan seterusnya. Terasa juga bahang seakan jalur halus di lengan ku yang yang agak cerah. Orang asia agaknya memang tak tahan panas. Aku, Mgie dan Rosdi bergegas ke conveyor yang berpusing untuk mengambil bagasi.

Kami berdiri di luar bangunan untuk menunggu kenderaan untuk menghantar kami ke Kompleks Pejabat. Aku mengeluarkan sebatang rokok untuk di nikmati setelah dua jam menahan gelora ketika berada diparas 17 ribu kaki di atas paras laut. Sesekali aku melihat diriku di cermin bangunan, sesekali aku berbisik kepada diriku sendiri, aku tetap macho ditengah panas ditemani kepulan asap dari sebatang rokok. Aku sudah terbayang Nasi Briyani yang lazat untuk di santap nanti. Mgie juga menngiyakan cadangan untuk makan Nasi Briyani yang di jual di kantin pejabat. Selain dari melunaskan urusan pejabat Nasi Briyani dan Roti Canai memang menjadi urusan kedua penting ketika berkunjung ke pejabat. Setelah sebulan mengambil makanan yang sama ketika berada di Tharjath, peluang yang ada untuk mengecap makanan yang lain tentunya menjadi keutaman kepada kami.Pemandu van datang...


Tho:guano kereto tak banyok ari nie?

Mgie: ye laa skrang baru pukul 11 pagi orang tak keluar lagi.

Driver: Mashi wein?

Aku: nahnu mashi maktab.

Rosdi : ( senyap yoo mungkin ngantuk, nite shift)

Perjalanan dari lapangan terbang ke pejabat hanya mengambil masa 15 minit, kenderaan agak lenggang mungkin kerana penghuni Khartoum belum keluar dari kantor maktab untuk mencari makan, mungkin masih awal seperti yang Mgie katakan. Sempat juga aku bertanya khabar kepada pemandu sambil melihat poster yang memuji-muji Presiden Al Basyir, pembawa perubahan kepada Negara Sudan. Mgie dan Rosdi berborak-borak mengenai keadaan bandaraya Khartoum, aku dengan selesa melabuhkan punggung disebelah pemandu dihadapan. Aku cuma memerhatikan keadaan jalan raya yang bersipang siur dan sempat juga aku membebel tengtang pusingan bulatan yang juga terdapat landasan keretapi di tepi nya. Keadaan belum tersusun tidak seperti jalinan jalan raya disebelah pantai barat Malaysia.

15 minit berlalu, kami sampai di pejabat.

Sudah beberapa kali aku menjejakkan kaki ke pejabat yang tersegam indah. Pejabat yang berdiri teguh mengadap sungai Nil. Begitu lah gahnya pejabat kami yang menunjukkan kuasa dang pengaruh urusniaga kepada Sungai Nil. Taman hijau dan pokok bunga kecil menjadi hiasan dilaman pejabat. Hati kecil bertanya "kenapa kosong jer pejabat nie".

Mgie: Jom kita amik tiket.
Tho: Alaa..skrang lunch time org sumer gi makan tak de orang gak kat opis, elok kita gi makan ...
Rosdi: mana-mana aa aku ikut jer...

Setelah mendapat kad pelawat kami bergerak ke kantin untuk menikmati Nasi Briyani. aku seperti biasa berjalan dihadapan di ikuti Mgie dan Rosdi yang melangkah agak perlahan.

Tho: mano abih blako doh ni... Nasik Briyani ado? (den tanyo kek budak Pinoy tu, memang sah dia tak paham cakap kelantan sebab dia tak respon cuma terpinga-pinga jer)
Tho lagi: Tak dok lauk a ari nie cepat abih...
Mgie: Memang aa kita dah lewat skit orang lain sumer dah kebas..
Tho : We want Nasi Briyani, three Chicken Nasik Briyani (den order kek dak pinoy tuh..)
Budak tuh: Mengangguk-angguk tanda paham.

Rosdi berjalan perlahan menuju ke kaunter pembayaran, sempat juga aku memberitahu rosdi untuk menikmati Nasi Briyani sebelum membuat pembayaran, Rosdi mengatur langkah membasuh tangan dan meneruskan pembayaran

Mgie: berapa bayar?
Rosdi:40
Tho: mahalnya pasala cam dobel jer..
Mgie:Aku rasa last time murah jer aku bayar...pasal mahal lak ari nie.
Mgie: agak nya bila nasik dah abis diorang baru masak kot..so mahal aa skit.
Tho:Nyum.nyum.nyum...makan yoo..

Nasi Briyani sudah sedia terhidang. Aku mencari ayam yang di timbus dengan nasi. Kami menikmati Nasi Briyani dengan tenang, jenaka kecil Mgie menemani hidangan. Aku sempat juga menoleh kepada dua aweks yang sedang makan di di sebuah sudut yang agak jauh dari tempat kami. Setelah habis mengisi perut kami menikmati Teh Tarik dan asap dari rokok jenama Malaysia.

kami berjalan perlahan menuju ke blok pejabat untuk melunaskan urusan sebelum berangkat ke Malaysia, kami menggunakan lif ketingkat tiga, kami memang sedikit terperanjat kerana suasana pejabat tidak seperti biasa, pejabat amat kosong dan malap dan kami juga sebenarnya tersalah tingkat, urusan sebenar nya di tingkat 2. Sempat juga aku melihat dan memuji karya Ismail Mat Husain yang digantung ketika bergegas keluar untuk ke tingkat 2. "karya Ismail Mat Husain semestinya bernilai puluhan ribu, Ismail Mat Husain pakar lukisan Batik" komen ku kepada kawan-kawan yang mungkin kurang mahir menilai hasil seni.

Kami meneruskan langkah ke tingkat 2. Kali ini kami memang kami terpinga-pinga, kami seperti tidak percaya dengan apa yang di beritahu, kami seperti di tipu, kami hanya mampu ketawa sesama sendiri apabila di beritahu. "Today is Saturday, no people working today"
Kata A Malik yang masih setia di pejabat.

Kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Kepada kawan-kawan semua sila ingat hari dan haribulan sebelum menapak.....

Sepanjang hari kami ketawa kerana tidak percaya hari Sabtu adalah hari cuti. Den raso ari sabtu cuti gak kat tompat den..aheheeheh...

Jun 4, 2009

Wahai anak ku...


Wahai anak ku. Gambar ni babah amik masa babah keje, budak-budak neh dok tengah carik ikan kat tepi kolam. Budak-budak ni pakai nya tak sempurna macam kita di Malaysia, yang sorang tu tak de seluar pendek pon. Wahai anak ku di Malaysia, anak ku masa lapang nya bermain playstation, anak kita masa lapang nya bermain komputer, anak kita masa lapang nya bermain basikal dan anak kita setiap masa di jaga bonda.

Mereka suka bergambar, mereka akan senyum dan mintak untuk bergambar, dengan berbagai-bagai aksi mereka bergaya di depan kamera tanpa malu dan segan. Mereka tak kenal takut, mereka tak kisah berjalan di gigi air maupun bermain kolam, mereka adalah kanak-kanak yang hidup dengan dunia mereka yang riang, mereka jauh sekali dengan tusyen yang membosankan.

Apakah mereka mempunyai masa depan? masa depan untuk membangunkan diri sendiri dan kampung halaman. Sekolah mereka berbatu jauh di hadapan.

Wahai anak ku di Malaysia, suka sangat babah nak buat perbandingan apakah mereka yang bertuah atau anak ku di Malaysia. Wahai anak ku di Malaysia, babah harap kamu sentiasa bersyukur dengan apa yang kamu dapat ketika kamu masih di Malaysia.

Buat anak ku di Malaysia selamat berjaya di hari hadapan.

Jun 3, 2009


About photography. I am not really good in taking picture. I know the above picture will not describe you the story, its only a leaning well head sign located at one of the WNPOC, Tharjath . I know the picture mean nothing to you except for a black and white normal picture. I know you can have this kind of picture too, even better in vibrant colours.

What make this picture so special to me?. I drove twice a day passing by the sign without notice how it will look like in black and white. I know, after few years I can only see the picture in colour while others will see this in black and white.

Some people taking picture for money and glory and glamorous, I took picture for something in my life.

Jun 2, 2009

Korang tengok lah betapa serious nya member den. Kalau dulu kita keje sesama mesia memang kita wat biasa2 jer. Kita jarang nak serious sangat pasal kita tau kita serious bila kita nak mintak tolong kawan ataupon kalau kita nak tolong kawan kita. Orang kita memang macam tuh, memang terkenal dengan sikap yang suka berlembut. tapi bila kita mencapai tahap gaban malaikat kerja maka kita kena lah mengabdikan sikap tegas dan sentiasa serious.

Eldin memang orang yang serious walaupon belum lagi mencapai tahap malaikat kerja, persekitaran kerja dan panas terik matahari mungkin menjadi pemangkin kepada ke seriousan Eldin. Bekerja dengan orang bukan mesia juga merupakan faktor utama keseriousan beliau.

Disebalik keseriousan kerja Eldin sebenarnya seorang yang baik. Den tau sebab dia roomate den.

Jun 1, 2009

Lets do it nicely....

Ok then ..I am just thinking of contributing something to my friend out of my not so boring days. Still have to wait for few days to leave Tharjath. Not to deny Nikon had gain a good reputation to be with us capturing every priceless moment during the stay. Ranging from D40 to D300, these are our companion to record every journey.

Have you ever wonder why our picture are not really good as what they publish over National Geographic Magazine.!@?...

Have you remember your Nikon editing software and tweaking a photo just to make it look like what they did?

Ok now take a look between these two photos.




normal picture from the camera on the left and National Geographic style on the right side






The picture on the right looks more dramatic with a shiny skin and sharper skin tone, shadow on the face look more accurate to tell the audience the the girl are photograph on a hot day. Texture on the shirt and the necklace are more sharper than the stock photo even the background looks more detail.

Kind of this picture usually found on established well known magazine.

Now I am going to tell you a secret to make it like other professionals. There will be two simple step to do it.
  1. Go to Gimp and download this free image editing software.
  2. Download plug-gin file to do the job for you. Can click here for the start.
Gimp software is totally free and simple to use, Gimp can be run on Linux and Windows environment.

Happy shooting to all my friends, my Nikon friends. Lets do it nicely.....

(I am taking more time to write a post than tweaking the picture above)