Jun 28, 2011

Pasal cita cita oram putis cakap ambition or cherished desire

Bla sebut pasal cita cita semua orang akan ingat zaman persekolahan, mesti ingat muka cikgu yang tanya " ok murid murid hari ni cik gu nak tanya apakah cita cita murid murid semua, sila bangun dan bagi tau apa cita cita awak".

Saya suka tengok cerita spy dan cerita polis masa kecik. Saya minat dengan perkataan Diplomat dan kekebalan yang di perolehi oleh diplomat seperti yang di tunjukkan dalam tv. Bila tiba giliran saya maka cita cita saya ialah Diplomat, walaupun saya sebenarnya tak tahu apa itu diplomat.

Kita pon selalu tanya anak anak kita, apa cita cita mereka? Jawapan mereka rupanya lebih baik dari jawapan kita dahulu, anak saya yang pertama nak jadi pakar senjata , yang kedua nak jadi spiderman dan yang ketiga nak jadi doktor princess ( ade ke watak doktor dalam patung Barbie?).

Korang rasa korang memang dapat ke cita cita korang yg dari kecik dulu, korang rasa tepat ke cita cita korang. Penah tak rasa macam tak puashati sebab belum capai cita cita korang?

Kebiasaanya kalau cakap pasal cita cita mesti nak jadi seorang yg berjaya. Berpendapatan tinggi dan dihormati rakan rakan yang lain. Mesti bercita cita untuk menambahkan kuasa dan pengaruh. Kita akan dianggap lemah jikalau tidak berjaya melunaskan hutang cita cita kita. Mesti melakukan yang terbaik, caiyunnnnk macam drama korea.

Setelah beberapa tahun berlalu saya mula mengkaji dan berfikir apakah cita cita saya sebenarnya. Mungkin ramai yg tidak setuju jika saya katakan cita cita saya ialah menjadi hamba, woahhh ini suda terbalik kod, daripada jawatan yang bagus kenapa nak jadi hamba pula. Sebagai seorang islam saya bercita cita nak jadi hamba yang baik kepada tuhan.

Rileks, cita cita bukanya satu dosa jika tidak di teruskan, cita cita boleh berubah ubah. Cita cita tak mestinya satu jer, tak best. Cari la beberapa cita cita yg bagus sebagai motivasi untuk terus berjaya dalam hidup.

Selamat bercita cita kepada semua pembaca.


- Almost on the dot.

Location:Jalan Cta 2,Klia,Malaysia