Jul 8, 2008

Soalan lazim

Perang ade lagi ke? Makan ok ke? Ade rumah ke? Ada air ke? Kat gurun ke? Korang pegi keje naik apa? Talipon ada? Tak takut ke? Orang-orang kat situ tak kacau ke?

Ni laaa soalan-soalan lazim bila den cakap den nak gi keje kat Sudan. Pertanyan demi pertanyaan den kena jawab dengan teliti. Masa den mula-mula nak datang dulu pon den Tanya macam nie gak kat member-member tapi jawapan diorang "ko datang sendirik laa..." so den decide nak datang gak laa..


Kemudahan asas seperti tempat tinggal makan dan minum memang telah disediakan oleh pihak syarikat, ade juga kemudahan yang tidak terdapat ditempat-tempat lain disediakan di block 5B. Kalau nak tau gak kemudahan den cuba senaraikan

  1. Tempat tinggal yang lengkap bilik tidur dan toilet disamping bekalan air yang sedikit payau.
  2. Kenderaan untuk keluar bekerja sperti Toyota Hilux dan Toyota Land Cruiser yang aku dok bawak hari-hari.
  3. Bekalan air mineral di dalam air botol.
  4. Banyak lagi aa keperluan asas termasuk juga kemudahan internet yang asyik sangkut-sangkut.

Perang tak de laa kat kawasan ni, kat tempat lain memang ada perang perang saudara dan perang tak bersaudara. Tembak-tembak sumer tak de laa, kawasan ni bleh dikatakan aman peringkat 3, apa-apa pun boleh jadi, harap-harap tak jadi laa.....kalau nak jadi pun jadi kat tempat lain aa..

Dulu den cakap ngan my wife I am not here for money but experience, wife pon agreed aa bagi green light so bleh aa sampai sini untuk pengalaman baru yang sememang nya den perlukan setelah beberapa taun bekerja di laut biru. Den satu jer...den cakap" its is the matter of to be or not to be"

No comments:

Post a Comment