Mar 10, 2024

 Hati

Aku menolak kata hati dan menjadi sakit. 

Aku menepis kata hati dan menjadi sakit. 

Aku menafikan kata hati dan mejadi sakit. 

Aku melakukan semua untuk menjaga hati yang lain. 

Aku lakukan semua supaya aku tidak menguris perasaan dan hati orang lain. 

Aku biarkan rindu itu pergi bersama angin, dingin cukup bagiku

Sakit semakin mencengkam. 

Aku terima sebagai ujian.

Mandi dan menangis 

Harap takde yang perasan.

 Bertahun rasanya aku hidup sendiri. Mencari kebahagian sendiri. Bersabar dengan ujian yang mendatang. Insan terdekat tidak pernah menghargai dan menghormati. Hari demi hari aku semakin jauh tersisih. Sepi dan kering dalam perasaan. Hobi yang bermacam mengisi hari hariku. Damai dalam dunia ku. Aku meyimpan segala rahsia didalam lukisan yang aku lukis dan warna. Aku menyorok rahsia hati dalam setiap lukisan. Nampak cantik dari kejauhan. Selepas beberapa tahun aku mengenal seni. Aku semakin lebat menyimpan rahsia di dalam karyaku. Ada cerita, ada perasaan, ada kenyataan, ada kesakitan, ada kritik dan macam macam rahsia terbenam di lubuk lukisan. Yang jelas ku pandang tapi tidak terlihat dimata awam. Kalau di tanya kawan apa erti sebuah lukisan. Jawapanku mudah. Lukisan itu aku. Sentiasa berusaha mencantikkan lukisan walaupun ada kekurangan. Seperti hidup kita. Sentiasa saja ada kekurang dan berusaha membetulkan lopong lopong menjadi seekor rama rama yang cantik. 

Aku bina personaliti dalam persahabatan. Aku di senangi kawan, tidak kira lelaki dan perempuan. Ada yang memuji karya lukisan. Ada juga yang tidak meyukai. Tak semua hati kita dapat puaskan. 

Hati. Persoalan yang sulit. Disebalik ceria, ada kesakitan. Hati, semakin kering dan kehilangan cinta.