Oct 28, 2010

Bola oh bola

Sukan bola memang menjadi sukan no 1 di dunia dan juga Malaysia. Semangat kesukanan dan intergrasi sukan sepatutnya telah mendidik kita menjadi masyarakat yang lebih matang membezakan antara baik dan buruk. Secara umumnya manusia cepat menerima keburukkan daripada kebaikan. Menjelang perlawanan akhir Kelantan dan Negeri Sembilan semangat pemain dan juga penyokong sudah mula menghampiri tahap gaban. Kedua dua barisan penyokong juga di hantui kenangan lama insiden beberapa tahun lalu. Insiden pergaduhan dan pertembungan dua gergasi bola sepak di Malaysia. Perkataan gergasi selalu digunakan untuk menunjukkan betapa kuasa mutlak kedua belah pihak. Tanpa kita sedari gergasi juga selalu dikaitkan dengan perbuatan ganas.

Dari perbualan kedai kopi dan tempat lepak penyokong, lebih ramai yang bercerita strategi untuk melakukan keganasan sukan daripada strategi untuk memantapkan lagi strategi kemenangan. Menyokong lebih suka berfikir gaban apakan nanti yang akan mereka jelmakan apabila keputusan permainan tidak berpihak kepada kita. Perwatakan menarik sudah tidak penting lagi melainkan watak gaban dan rasaksa yang akan bertukar menjadi ganas apabila dengan hanya mendengar kata kata kesat dari pihak yang berlawanan. Yaaa kita akan jadi seperti mereka di England. Yaa kita akan jadi seperti penyokong Fransa kita akan menganas apabila pengadil tidak menjalankan tugas. Kita akan menganas kalau puak kita mengalami kekalahan. Yaaa kita akan lakukan hatta perlakuan kita mencederakan dan merosakkan harta benda malah berkorban nyawa. Yaaa kita akan lakukan apa saja demi sebuah bola kecil yang disepak di padang.

Kelantan walaupun diperintah oleh seorang tok guru, tapi masih belum mampu mengubah mentaliti penyokong yang masih lagi bertukar menjadi gergasi kerana bola. Penyokong tegar lagi setia akan melalukan apa saja demi kehormatan bola. Mungkin kejadian orang Malaysia mempunyai semangat juang yang tinggi dalam setiap konflik baik sukan bola ataupun politik. Semangat juang kadangkala disalah gunakan untuk tujuan tertentu apabila terdapat berita mengenai tangan tangan gergasi hitam yang menaja keganasan sukan. Ada yang beroleh keuntungan dan laba yang besar di sebalik keganasan.

Sepatutnya cuti umum akan di berikan ketika perlawanan besar di seluruh negara supaya semua peminat bola dapat menyaksikan perlawan akhir dan mempunyai masa yang cukup untuk menziarahi sanak saudara yang berada di negeri di mana perlawanan akhir dijalankan. Mungkin peluang menyaksikan perlawanan akhir ini boleh di ambil kesempatan untuk kita bertandang kerumah kawan. Kawan dari Kelantan untuk berkopitiam di Negeri Sembilan dan sebaliknya.
Dengan hampirnya perlawanan akhir ini persahabat menjadi sedikit goyah. Tumpuan kemenangan menjadi sasaran.

Bersempena perlawan akhir Kelantan dan Negeri Sembilan. Saya ingin mengucapkkan tahniah kepada kedua dua pasukan yang merupakan musuh tradisi dalam arena bopasepak. Penggunaan musuh tradisi sepatutnya sudah lama ditukar kepada nama lain seperti wira bola atau pasukan tersohor untuk memupuk nilai yang baik. Perkataan musuh memang akan membawa kepada perbalahan.
Marilah kita menjadi masyarakat yang bersatu demi Malaysia yang tercinta dan majulah sukan untuk negara.

Sebagai penyokong kelantan. Gomo Klate Gomo yang sepatutnya ditukar kepada Klate bijok sokmo ataupun Klate hebak sunggoh. Kerana perkataan gomo sememangnya mengundang perbalahan.

Sekian. Huhuhu

Location:Wakaf Bharu,Malaysia

Oct 24, 2010

Trip


Huhuhu. Blog dak tharjath jadi travel blog pulak. Saje jer sambil tunggu mem makan


Almost on the dot

Oct 1, 2010

Saving ur contact

Cara cara mengimport maklumat contact dari buku alamat microsoft kepada Google.
1 bula buku alamat microsoft dan ekspot maklumat dalam bentuk CSV.
2 Gunakan plaxso untuk mengekstrak malumat contact anda jika terdapat masalah.
3 Login akaun google anda dan pilih contact. Import data contact anda untuk disimpan di pelayan google.