Akan ku penggal kepala pahlawan itu bila ilmu di dada ini sudah penuh, akan ku tebuk dadanya dan makan hatinya. Api kemarahan yang sentiasa menyala dan akan terus menyala itu menjadi semangat yang kental untuk putera.
Putera meneruskan perjalanan ke sebuah negeri untuk menuntut ilmu kebatinan. Putera menunggang kuda hitam yang amat setia menjadi teman perjalanan. Seramai 23 orang pengikutnya juga melalui bukit dan hutan merantau membelah bumi dah sungai. Sepakat Putera dan teman teman meneruskan perjalanan menuju kesebuah tempat yang tidak pasti gelaranya. Sejak dua purnama mereka meneruskan perjalanan, menempuh dugaan yang amat getir ketika melalui sebuah gunung. Ketika mereka berhenti seketika kerana hujan dan ribut, mereka di serang sekempulan haiwan yang amat aneh, pantas saja Putera dan pengikut setianya menghunuskan pedang. Makhluk aneh di bunuh tanpa belas kasihan, kepala dan tangan bercerai dari badan darah biru dan hitam mengalir ketanah mengalir bersama hujan. Dalam ribut mereka menamatkan pertempuran. Setiap hari mereka menempuh berbagai dugaan. Pelbagai helah musuh dapat di tentang. Putera memang mempunyai kehandalan yang luar biasa, begitu juga dengan pengikut pengikut nya yang lain.
Ketika sampai kesebuah negeri yang aman, Putera berhenti seketika untuk mendapatkan bekalan dan rehat yang di perlukan. Negeri Warda amat cantik dan makmur. Laluan di tepi jalanan sesak dengan peniaga dan orang lalu lalang. Lelaki bergaya bergitu juga perempuan.
korang takyah aa tanya lagi..abes dah idea aku..