Dec 12, 2008

Ubuntu...everyone?




To strengthen my computer and knowledge, I would like to introduce alternative Linux based computer Operating System which usually referred as Computer OS. Starting from Ubuntu 6.10, I been using Ubuntu as a second OS. I would like to recommend the OS to all my friend after taking a few consideration and benefits to the user.

They are;
  • Installation of Ubuntu Linux are much easier and shorter compared to Windows OS
  • Compatible with most laptops sold in this world. (Might not compatible for the laptop from Mars).
  • Faster boot up and shutdown.
  • Resilience to virus attack.
  • Stunning theme and free selection over the web.
  • Faster Firefox web browser.
  • Thousands of free software.
  • Free support*
  • Free Update
  • Operating in your language.
  • And many more....
for more information click here 



Cucuk jer..

Biasa kalau kita naik kapal terbang amoi tu dah sediakan headfon untuk kita dengar lagu ataupon tengok movie..headfon yang dia bagi tu memang untuk di pakai di dalam kapal terbang jer. Kalau kita peratikan dia nya penyambung pun tak sama macam yang kita selalu pakai. Kita nya single jack, dia punya sepasang. Mungkin dia tak bagi kita cilok masuk poket so dia design pelik skit.

Salah satu jack yang di sediakan memang kita bleh cucuk dengan heaadfon sendirik, mungkin ramai diantara kita yang bawak walkman ke, Ipod ke so bleh dengar pakai headfon sendiri.

Itu ari aku ngan kudin dah try memang boleh, kalau tak boleh tak tau laa den...

Dec 10, 2008

Bila sampai di Doha...

1230am: Aku landing kat Doha. Bas penumpang membawa aku dan penumpang lain ke tempat pemeriksaan dan seterusnya menuju ke Lounge. Semasa pemeriksaan dan imbasan di jalankan aku terpaksa melalukan diri dibawah alat pengesan besi beberapa kali akibat dari bunyi penggera. Walaupun terpaksa membuka tali pinggang tetapi penggera masih lagi berbunyi, aku meraba-raba poket seluar Jeans yang biasa di pakai, kemudian aku mengeluarkan iPod Nano yang selalu ku simpan semasa perjalanan. Aku bolos, Kudin seterusnya.

Dengan gaya bahasa Arab Sudan Kudin dengan yakin menyebut Assalamualaikum dan ucapan ringkas "Kullu sana wa enta toyb" sempena Eid Mubarak kepada pegawai yang bertugas. Kudin juga menghulurkan tangan dan bersalam dengan pegawai tersebut, sesuatu yang tak ku duga Kudin boleh berkelakuan demikian, ramah dan mesra.

Aku juga mengambil peluang untuk mengucapkan salam dan ucapan ringkas. Pegawai yang sedang duduk bertanya kepada ku tentang perjalanan ku, "awak hendak kemana" yang aku rasa maksud nya, "aku hendak ke Malaysia" jawab ku separuh yakin.

Pegawai yang pada mulanya nampak garang dengan aku tadi mula menunjukkan senyum " rupanya kamu boleh berbahasa Arab" katanya. " Saya hanya boleh bercakap dengan sedikit" balas ku tenang.

Kudin tersenyum melihat gelagat aku dan pegawai pemeriksaan tadi.

Tiba-tiba pegawai yang sedang duduk bertanyakan sesuatu kepada Kudin. "Anda datang dari mana?" Katanya. Kudin memandang terus kepadaku, seperti mengarahkan soalan tadi kepada ku.

"Kami dari Sudan hendak Ke Malaysia" jawab ku. Aku hulurkan tangan dan bersalam dengan pegawai tadi. Mesra juga mereka sebenarnya.

Soalan berputar di benak fikiran ku, kenapa mereka agak garang dengan ku tadi dan begitu mesra dengan Kudin. Mungkin raut muka yang membuat mereka berkelakuan demikian, teringat juga peristiwa yang berlaku semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, Ketika menunggu untuk daftar masuk, seorang warga cina datang kepadaku. Dengan penuh yakin dia menghulurkan tiket dan menanyakan sesuatu kepadaku. Aku cuma menahan telinga untuk menjaga hati kawan baru.

Sebelum habis kawan Cina berkata-kata Kudin memberitahunya bahawa aku adalah warga Malaysia, kemudian dia terhenti. "Apa khabar?" tanyaku perlahan."Hendak kemana" tanyaku lagi. Dia menunjukkan tiket dan memberitahu bahawa dia akan ke Guang Dong dengan bahasa Inggeris.

Aku orang Malaysia...

Perbualan dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia dan Bahasa Klate.

Dec 6, 2008

Malaysia Hall Today....

Mmmm...not bad.. everybody's happy aa..










Watch slideshow click here.

Sembilan Langkah Asas...

Menghadapi Masalah

Dalam tips motivasi kali ini, saya berikan Anda 9 langkah asas dalam
menghadapi masalah.

Langkah-langkah tersebut adalah :

* Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

* Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran Anda!

* Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan abis, sepertimana kita mengosongkan poket.

* Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif.

* Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat pada diri.

* Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat, atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung, ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

* Bunuh perasaan negatif (takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri) sekarang juga!

* Kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

* Ingat, sesusah-susah kita, ada lagi orang yang lebih susah. Anda mesti bersyukur kerana Anda masih ada pilihan dan alternatif- alternatif untuk menyelesaikan masalah satu persatu. Pilih untuk jadi orang yang sentiasa bermotivasi hari ini juga!


Sumbangan: Ab Latif Ibrahim