Oct 28, 2010

Bola oh bola

Sukan bola memang menjadi sukan no 1 di dunia dan juga Malaysia. Semangat kesukanan dan intergrasi sukan sepatutnya telah mendidik kita menjadi masyarakat yang lebih matang membezakan antara baik dan buruk. Secara umumnya manusia cepat menerima keburukkan daripada kebaikan. Menjelang perlawanan akhir Kelantan dan Negeri Sembilan semangat pemain dan juga penyokong sudah mula menghampiri tahap gaban. Kedua dua barisan penyokong juga di hantui kenangan lama insiden beberapa tahun lalu. Insiden pergaduhan dan pertembungan dua gergasi bola sepak di Malaysia. Perkataan gergasi selalu digunakan untuk menunjukkan betapa kuasa mutlak kedua belah pihak. Tanpa kita sedari gergasi juga selalu dikaitkan dengan perbuatan ganas.

Dari perbualan kedai kopi dan tempat lepak penyokong, lebih ramai yang bercerita strategi untuk melakukan keganasan sukan daripada strategi untuk memantapkan lagi strategi kemenangan. Menyokong lebih suka berfikir gaban apakan nanti yang akan mereka jelmakan apabila keputusan permainan tidak berpihak kepada kita. Perwatakan menarik sudah tidak penting lagi melainkan watak gaban dan rasaksa yang akan bertukar menjadi ganas apabila dengan hanya mendengar kata kata kesat dari pihak yang berlawanan. Yaaa kita akan jadi seperti mereka di England. Yaa kita akan jadi seperti penyokong Fransa kita akan menganas apabila pengadil tidak menjalankan tugas. Kita akan menganas kalau puak kita mengalami kekalahan. Yaaa kita akan lakukan hatta perlakuan kita mencederakan dan merosakkan harta benda malah berkorban nyawa. Yaaa kita akan lakukan apa saja demi sebuah bola kecil yang disepak di padang.

Kelantan walaupun diperintah oleh seorang tok guru, tapi masih belum mampu mengubah mentaliti penyokong yang masih lagi bertukar menjadi gergasi kerana bola. Penyokong tegar lagi setia akan melalukan apa saja demi kehormatan bola. Mungkin kejadian orang Malaysia mempunyai semangat juang yang tinggi dalam setiap konflik baik sukan bola ataupun politik. Semangat juang kadangkala disalah gunakan untuk tujuan tertentu apabila terdapat berita mengenai tangan tangan gergasi hitam yang menaja keganasan sukan. Ada yang beroleh keuntungan dan laba yang besar di sebalik keganasan.

Sepatutnya cuti umum akan di berikan ketika perlawanan besar di seluruh negara supaya semua peminat bola dapat menyaksikan perlawan akhir dan mempunyai masa yang cukup untuk menziarahi sanak saudara yang berada di negeri di mana perlawanan akhir dijalankan. Mungkin peluang menyaksikan perlawanan akhir ini boleh di ambil kesempatan untuk kita bertandang kerumah kawan. Kawan dari Kelantan untuk berkopitiam di Negeri Sembilan dan sebaliknya.
Dengan hampirnya perlawanan akhir ini persahabat menjadi sedikit goyah. Tumpuan kemenangan menjadi sasaran.

Bersempena perlawan akhir Kelantan dan Negeri Sembilan. Saya ingin mengucapkkan tahniah kepada kedua dua pasukan yang merupakan musuh tradisi dalam arena bopasepak. Penggunaan musuh tradisi sepatutnya sudah lama ditukar kepada nama lain seperti wira bola atau pasukan tersohor untuk memupuk nilai yang baik. Perkataan musuh memang akan membawa kepada perbalahan.
Marilah kita menjadi masyarakat yang bersatu demi Malaysia yang tercinta dan majulah sukan untuk negara.

Sebagai penyokong kelantan. Gomo Klate Gomo yang sepatutnya ditukar kepada Klate bijok sokmo ataupun Klate hebak sunggoh. Kerana perkataan gomo sememangnya mengundang perbalahan.

Sekian. Huhuhu

Location:Wakaf Bharu,Malaysia

Oct 24, 2010

Trip


Huhuhu. Blog dak tharjath jadi travel blog pulak. Saje jer sambil tunggu mem makan


Almost on the dot

Oct 1, 2010

Saving ur contact

Cara cara mengimport maklumat contact dari buku alamat microsoft kepada Google.
1 bula buku alamat microsoft dan ekspot maklumat dalam bentuk CSV.
2 Gunakan plaxso untuk mengekstrak malumat contact anda jika terdapat masalah.
3 Login akaun google anda dan pilih contact. Import data contact anda untuk disimpan di pelayan google.



Aug 31, 2010

Merdeka 53

Banyak tengok kat jalan raya budak budak bawak beskal bawak bendera besar. Sekali pandang terasa betapa patriotik nya budak budak skrang, betapa tingginya kesedaran tentang perjuangan kemerdekaan dan betapa mereka juga berhak untuk berarak di sekitar jalan raya utama di kota Bharu pagi tadi. Pernah juga terfikir apakah mereka ini yang sekitar 15 ke 18 tahun malah ada yang lebih muda ini sebenarnya mengerti erti kemerdekaan? atau mereka hanya mengikut kawan kawan mereka berbasikal dan bergembira di hari merdeka. Apakah mak dan bapak mereka tau pergerakkan mereka pada pukul 3 pagi ini. Adakah anda juga tau mereka bertempik berteriak sambil mengibarkan bendera dan dan meniup air horn? Kadang kadang sambutan tidak mengambarkan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku.

Setelah 53 tahun merdeka berita buang bayi makin banyak di dada akhbar. Sejak kita Merdeka banyak isu perkauman yang di timbulkan. Sejak kita merdeka banyak kebebasan telah diberikan seperti kebebasan untuk menukar ugama. Sejak kita merdeka remaja lepas bebas keluar malam. Sejak kita merdeka banyak kemajuan yang kita telah capai dan akan terus kita kejar. Sejak kita merdeka tahap maksiat kita sudah menyamai negara yang tak pernah di jajah. Hebat sungguh negara kita yang telah mencapai kemerdekaan dan kemajuan setaraf negara luar.

Bukan aku anti sambutan kemerdekaan tapi aku anti sambutan kemerdekaan yang agak kosong. Perlu ada satu mekanisme yang akan membentuk satu sambutan untuk menghayati semangat juang dan kemerdekaan. Dua tahun yang lalu aku banyak berkawan dengan orang yang sangat berpatriotik untuk menuntut sebuah kemerdekaan. Orang orang yang sangat berahsia dan berwawasan tinggi untuk menjadikan negara mereka lepas bebas dari cengkaman. Cara mereka mungkin sama dengan cara kita 53 tahun yang lalu. Mereka serious dalam banyak benda. Mereka ada pakatan luarbiasa, teapi mereka tiada terpekik pekik melaung dijalan utama. Lagipon mereka bukan maju sangat macam kita nak beli basikal pon setahun mereka berkira, maklum lah mereka miskin bukan macam kita. Kereta pon hanya tuan besar yang guna.

53 tahun merdeka. baik buruk pon negara kita. Selamat menyambut Hari Merdeka. Kadang kadang malu juga dengan mereka " banyak nya bayi hidup mati merata-rata" kata mereka.

Aug 13, 2010

I will be missing 1

I will be missing a lot of things. The very first are all my friends at Tharjath. The Northern Arab and all my Gatguarlen Nuer. For the past 2 years I mixed around with them. Together we make jokes, worked together, taking food and a lot of good things to make me remember my stay at Tharjath.


It was the time Qatar Airways taking off from Khartoum Int. Airport and Iam looking through the windows. Iam looking for Ar Kawit looking for Amarat looking for a place I ever visit. The plane is flying higher that I can only saw the lights beneath the light which is slowly blur to my eyes. The memories remain the same despite a black sky at this time. I may be come back to meet my friends from the other world. My friend who help me a lot during the stay.

Almost on the dot.