Mar 10, 2024

 Hati

Aku menolak kata hati dan menjadi sakit. 

Aku menepis kata hati dan menjadi sakit. 

Aku menafikan kata hati dan mejadi sakit. 

Aku melakukan semua untuk menjaga hati yang lain. 

Aku lakukan semua supaya aku tidak menguris perasaan dan hati orang lain. 

Aku biarkan rindu itu pergi bersama angin, dingin cukup bagiku

Sakit semakin mencengkam. 

Aku terima sebagai ujian.

Mandi dan menangis 

Harap takde yang perasan.

 Bertahun rasanya aku hidup sendiri. Mencari kebahagian sendiri. Bersabar dengan ujian yang mendatang. Insan terdekat tidak pernah menghargai dan menghormati. Hari demi hari aku semakin jauh tersisih. Sepi dan kering dalam perasaan. Hobi yang bermacam mengisi hari hariku. Damai dalam dunia ku. Aku meyimpan segala rahsia didalam lukisan yang aku lukis dan warna. Aku menyorok rahsia hati dalam setiap lukisan. Nampak cantik dari kejauhan. Selepas beberapa tahun aku mengenal seni. Aku semakin lebat menyimpan rahsia di dalam karyaku. Ada cerita, ada perasaan, ada kenyataan, ada kesakitan, ada kritik dan macam macam rahsia terbenam di lubuk lukisan. Yang jelas ku pandang tapi tidak terlihat dimata awam. Kalau di tanya kawan apa erti sebuah lukisan. Jawapanku mudah. Lukisan itu aku. Sentiasa berusaha mencantikkan lukisan walaupun ada kekurangan. Seperti hidup kita. Sentiasa saja ada kekurang dan berusaha membetulkan lopong lopong menjadi seekor rama rama yang cantik. 

Aku bina personaliti dalam persahabatan. Aku di senangi kawan, tidak kira lelaki dan perempuan. Ada yang memuji karya lukisan. Ada juga yang tidak meyukai. Tak semua hati kita dapat puaskan. 

Hati. Persoalan yang sulit. Disebalik ceria, ada kesakitan. Hati, semakin kering dan kehilangan cinta. 

Jan 20, 2012

Baru ku sedar

Baru ku sedar

Saat kelahiran ku, papaku yang mengazankan di telinga ku
Saat aku masih kecil ummi yang menyusukan aku sehingga aku bisa sihat dan membesar.
Ketika aku masih kecil bapaku tidak putus putus memanjat kan doa ke hadrat illahi, mendoakan kesejahteraan ku.
Baru kusedar, ketika aku mula bertatih meniti gelegar kayu, papaku lah yang memegang jari kecil ku untuk memimpin, aku tau papaku tersenyum ketika itu, saat aku mula melangkah.

Baru kusedar, azan pertama yang aku dengar adalah janji kepada yang esa, tuhan yang satu.

Baru ku sedar papaku yang selalu mengajarkan pertuturan pertamaku.
Baru ku sedar papaku yang mengaturkan doktor ketika aku mula batuk dan hingus di hidung.
Baru ku sedar, papa ku bekerja membanting tulang mencari rezeki untuk membesar kan aku,
Baru ku sedar papa dan ummi begitu sayang kepadaku.

Baru ku sedar, ketika umurku semakin meningkat, aku lupa akan jasa papa dan ummi
Baru ku sedar betapa aku semakin degil ketika itu.
Baru ku sedar, perkataan ku menguris hati papa, padahal papa yang mengajarkan percakapan ku dulu.
Baru ku sedar kenapa papa menyuruh aku solat dan baca quran, tapi kedegilan ku menguji kesabaran papa.
Baru ku sedar kenapa papa ku sesekali amat marah dengan ku, baru ku sedar papa cuma mengajarku erti kehidupan.

Suatu ketika aku membayangkan suara azan papa ku
Suatu ketika aku bayangkan papa terbongkok bongkok memimpinku bertatih.
Suatu ketika aku bayangkan papaku "a a a" ketika menyuapkan bubur nasi kepadaku
Suatu ketika aku bayangkan papa mengajarkan doa suci kepadaku.
Suatu ketika aku bayangkan papa menepuk belakang supaya aku tidur.
Suatu ketika dimana papa menyanyi untuk tidurkan ku.
Suatu ketika papa memeluk erat tubuh kecilku.

Masih lagi ku ingat senyum papa melihat ku.

Ayah, semakin hari, semakin rindu dengan ayah.
Ayah, semakin hari semakin segar senyuman mu kelihatan.
Ayah, semakin hari semakin kuat rasa rindu

Ayah, Mie dah pandai baca quran
Ayah, Mie dah sembahyang
Ayah, Mie dah tak degil macam dulu
Ayah, Cucu ayah tak macam Mie dulu, dorang dengar cakap
Ayah, Mie memang sangat rindu dengan ayah.
Ayah, Mie doakan ayah selamat
Ayah, Mie doakan kesejahteraan ayah.

Al Fatihah untuk ayah.

Baru ku sedar.



- Almost on the dot.

Dec 16, 2011

Lama rasanya

Memang lama rasanya tak menulis kat blog ni sebab client blogger sudah kaput. So baru dapat penganti and baru nak kumpul idea untuk blog..hehehe

Jul 25, 2011

SMPC 88 reunion

Semua orang pon ade zaman skolah, skolah rendah skolah menengah, skolah tinggi. Aku belajar di Sek Men Pengkalan Chepa. Bukan skolah sains skolah biasa jer.. Bila habis SPM taun 88 semua kluar bawa diri masing masing, ade blajar tinggi ade terbang tinggi ade sambung perniagaan family. Daddy ade bisnes gerai buah tapi aaku tak minat sangat.huhuhu.

Pengalaman skolah memang best terutamanya bila cerita pasal gewē lamo. Tapi aku takde gewē pon tapi memang banyak kenangan manis masa skolah. Masa skolah kita ade kawan baik, kawan seponteng dak kawan setuysen.

Lepas 20 tahun skolah kami adakan reunion di Pengkalan Balak, Melaka. Memang meriah memang best. Jumpo kengkawan lamo. Banyak cerita banyak jenaka.


Rasa macam balik ketahun 88 bila jumpa ramai kawan. Rasa macam nak jumpa lagi kawan kawan.



- Almost on the dot.